JOHOR BAHRU: Isteri Tunku Mahkota Johor Che Puan Besar Khaleeda Bustamam dilantik dan dikurniakan gelaran Che Puan Mahkota, berkuat kuasa semalam (1 Jan).
Gelaran baharu itu diumumkan Yang DiPertua Jumaah Majlis DiRaja Johor Datuk Dr Abdul Rahim Ramli, menerusi satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook The Royal Johor.
“Jumaah Majlis DiRaja mengumumkan iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Di Pertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim dengan kuasa hak dan keistimewaan baginda di bawah Fasal 23 Bahagian Pertama, dan Fasal 7(2)(e) Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 dan dengan persekutuan Jumaah Majlis DiRaja telah suka dan berkenan pada 31 Dis 2023 melantik, mengurniakan dan menggelar suri Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor sebagai Yang Amat Mulia Che Puan Mahkota Khaleeda Binti Bustamam.
“Bagi versi Bahasa Inggeris, Her Highness Che Puan Mahkota Khaleeda Binti Bustamam,” menurut kenyataan itu hari ini.
Abdul Rahim memaklumkan oleh itu, mulai 1 Jan 2024, gelaran itu hendaklah digunakan di dalam semua urusan, sebutan dan persuratan rasmi, manakala gelaran Che Puan Besar tidak lagi digunakan.
Che Puan Mahkota dilahirkan di Kuala Lumpur pada 16 Julai 1993 dan selamat diijab kabul dengan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Istana Bukit Serene di sini pada 24 Okt 2014.
Pasangan diraja itu kini dikurniakan empat cahaya mata iaitu dua putera dan dua puteri.
Bernama
Tue Jan 02 2024

Mulai 1 Jan 2024, gelaran itu hendaklah digunakan di dalam semua urusan, sebutan dan persuratan rasmi, manakala gelaran Che Puan Besar tidak lagi digunakan. - Gambar FB@The Royal Johor
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Isteri TMJ dikurnia gelaran Che Puan Mahkota
Isteri Tunku Mahkota Johor Che Puan Besar Khaleeda Bustamam dilantik dan dikurniakan gelaran Che Puan Mahkota, berkuat kuasa semalam (1 Jan).

Che' Puan Khaleeda santuni Bella, rakan-rakan di Legoland
Dalam perkongsian di laman media sosial, Che' Puan Khaleeda dilihat mesra bersama Bella sambil berkongsi cerita dengannya.

Tunku Mahkota Johor, Che Puan Khaleeda timang cahaya mata ketiga
Isteri Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che Puan Khaleeda Bustamam selamat melahirkan cahaya mata ketiga malam tadi.

TMJ sambut puteri sulung
Isteri Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che Puan Khaleeda Bustamam selamat melahirkan puteri sulung pagi tadi.

Majlis persandingan TMJ penuh gemilang
Ribuan menyaksikan majlis persandingan diraja di antara Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan pasangannya Che Puan Khaleeda Bustamam.