KUALA LUMPUR: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail memaklumkan baginda sedar wujud gerakan mengheret Institusi Diraja susulan insiden melibatkan seorang pegawai polis pengiring yang didakwa memukul pemandu kenderaan e-hailing pada 28 Mei lalu.
Baginda yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) dalam satu kenyataan hari ini berkata, tindakan mengaitkan anggota keselamatan luar dengan diri baginda dan seluruh Institusi Diraja disifatkan sebagai tidak wajar.
"Merujuk kepada kejadian yang berlaku di St Regis Hotel Kuala Lumpur pada 28 Mei, saya telah dimaklumkan pada hari berikutnya dan dengan segera saya menggesa pasukan pengiring keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk bekerjasama dengan pihak penyiasatan," katanya hari ini.
Tunku Mahkota Ismail menambah, baginda tidak membenarkan sebarang tindakan atau ugutan yang menyalahi undang-undang.
Justeru, baginda menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat secara menyeluruh berhubung kejadian tersebut.
Tunku Mahkota Ismail juga berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan mengikut undang-undang dan memberi keadilan sebaiknya kepada mangsa.
"Saya menggesa semua pihak membenarkan pihak berkuasa menjalankan siasatan," tambahnya.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain sebelum ini mengesahkan polis membuka kertas siasatan setelah mangsa yang bekerja sebagai pemandu e-hailing, membuat laporan polis.
Bagaimanapun, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dalam satu kenyataan berkata, individu berkenaan, yang juga orang kurang upaya (OKU), telah membuat laporan polis kedua untuk menarik balik laporan polis pertama, pada hari sama.
Pemandu berusia 46 tahun itu mendakwa ditumbuk di kepala dan diminta untuk mengalihkan kenderaannya.
Hasimi Muhamad
Fri May 31 2024

Tunku Mahkota Ismail berkata baginda tidak membenarkan sebarang tindakan atau ugutan yang menyalahi undang-undang. -Foto The Royal Johor

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
Sebanyak 1,821 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan menerima Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.
AWANI Borneo [12/3/2025] – Peruntukan baik pulih| Balik kampung| Pendidikan Tinggi Percuma
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
Thailand ramal jana RM131 bilion Sambutan Tahun Baharu
Festival Songkran menarik minat ramai pelancong khususnya daripada kalangan pelawat antarabangsa, tidak ketinggalan juga rakyat Malaysia.
Agenda AWANI: Mengurus perpaduan, cakap baik-baik
Apa cabaran terbesar dalam menguruskan perpaduan dan mempromosi hidup bersama dalam budaya damai di Malaysia? Jadikan media sosial sebagai platform semai kecintaan, bukan kebencian? Diskusi 8.30 malam
Suara Rakyat: Dulu syurga beli-belah, kini sepi daripada pengunjung
Peniaga di Kompleks Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu berharap pihak berwajib dalam mengambil langkah segera menghidupkan semula Kompleks Hentian Bas Majlsi Bandaraya Kuala Terengganu yang suatu ketika dulu menjadi syurga beli belah bagi pelancong dan penduduk setempat, tetapi kini sepi.

Rusia, AS bakal berbincang dalam beberapa hari lagi - Kementerian Luar Rusia
Pegawai Rusia dan Amerika Syarikat (AS) boleh mengadakan rundingan dalam beberapa hari akan datang.

70 peratus pelajar baharu SBP, MRSM perlu pilih STEM mulai tahun hadapan - PM Anwar
Perlu ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang displin Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara ini, bagi menampung keperluan dalam bidang berkaitan.
Rakyat Malaysia terjebak penipuan sindiket selamat pulang
25 warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Mywaddy, Myanmar selamat tiba di kompleks ICQS, Bukit Kayu Hitam, Kedah.
12 direman kes rasuah pendaftaran kelahiran
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman 12 individu kerana disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran bertaraf bukan warganegara kepada warganegara dan pendaftaran kelahiran menggunakan dokumen sokongan palsu.

Tidak wajar kaitkan kes pukul OKU dengan Institusi Diraja - Pemangku Sultan Johor
Baginda menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat secara menyeluruh berhubung kejadian tersebut.

Fahmi, Saifuddin serta tiga menteri JPM merafak sembah pelantikan Tunku Mahkota Ismail
Beberapa jemaah menteri turut merafak sembah dan menitipkan doa dan kesejahteraan kepada Tunku Mahkota Ismail serta keluarganya.

Tunku Ismail bakal dilantik sebagai Pemangku Sultan Johor esok
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan dilantik sebagai Pemangku Sultan dalam Majlis Istiadat Pelantikan Pemangku Sultan esok.

Tunku Mahkota Johor terima menghadap PM Anwar
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, hari ini berkenan menerima menghadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini, sempena lawatan Perdana Menteri itu ke negeri itu.

Isteri TMJ dikurnia gelaran Che Puan Mahkota
Isteri Tunku Mahkota Johor Che Puan Besar Khaleeda Bustamam dilantik dan dikurniakan gelaran Che Puan Mahkota, berkuat kuasa semalam (1 Jan).

Piala Malaysia: TMJ tinjau kualiti padang Stadium Nasional
Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Ibrahim berkenan melawat keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.

Kembara Mahkota Johor 2023 dipimpin TMJ bermula
Jelajah itu kembali diadakan selepas tiga tahun tidak dianjurkan berikutan pandemik COVID-19 sejak 2019.

'Hendak jumpa arwah ibu', pesakit jantung terbalik adik Adam hembus nafas terakhir
Pesakit jantung terbalik Mohd Adam Amsyar, 11, yang bergantung dengan mesin oksigen untuk bernafas telah meninggal dunia di Hospital Pontian pada malam Selasa.

Kedah, Perak antara terawal minat naik taraf rumput Zeon Zoysia
Negeri yang berminat perlu pastikan kondisi fasiliti sedia ada termasuk sistem saliran air stadium berada dalam keadaan baik.

PRU15: Elak kekecohan, TMJ ingatkan bangsa Johor jaga tingkah laku
TMJ tidak mahu keharmonian dan keselamatan di Johor terjejas oleh pihak-pihak tertentu kerana PRU15 akan datang.