BAGI terus memperkasakan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP), satu inisiatif yang baik dilakukan seketeriat NFDP apabila berjaya melaksanakan pertandingan bola sepak wanita bawah 12 tahun sempena Karnival Sukan Wanita, yang terkandung di dalam buku fasa 2 NFDP.
Ini merupakan satu lagi ‘platform’ untuk pemain-pemain muda wanita memperagakan bakat mereka dan seterusnya akan menjadi aset masa depan bola sepak negara, menurut penganalisis bola sepak tempatan Hasnizam Uzir.
Bukan itu sahaja, tambahnya, dengan karnival yang dijalankan, ia pasti akan dapat memperomosikan bola sepak wanita di peringkat akar umbi serta menggalakkan ibu bapa menyokong anak-anak perempuan mereka meminati sukan bola sepak.
Menurut Hasnizam, daripada penganjuran pertandingan bola sepak wanita bawah 12 tahun sempena Karnival Sukan Wanita yang berlangsung dua hari di UPM itu, ia telah berjaya mengumpulkan seramai 210 pemain wanita B-12 dari 14 pasukan Akademi Tunas Negeri di bawah NFDP dan 14 jurulatih wanita yang terbabit dalam kejohanan ini.
Selain itu, menulis di stadiumastro.com, beliau berkata, beliau juga dapat melihat sendiri bakat-bakat wanita di akar umbi begitu baik.
"Walaupun ada sedikit kekurangan daripada segi teknik, sekiranya mereka terus diberikan latihan dan disediakan ‘platform’ untuk pertandingan di peringkat umur seperti liga, ia pasti mampu meningkatkan keyakinan diri mereka untuk memberi persembahan berkualiti.
"Ia dibuktikan semasa pasukan teknikal NFDP mengumpulkan 30 pemain terbaik wanita B-12 tahun untuk bermain sesama mereka sebelum penutupan pertandingan.
"Lebih menyeronokkan apabila dapat melihat pemain-pemain wanita B-12 tahun bermain mengikut sistem dan falsafah bola sepak NFDP, yang mana mereka bijak dalam menstrukturkan diri mereka mengikut posisi masing-masing dan bermain dengan hantaran pendek serta dapat menggekalkan bentuk segi tiga dan segi empat," katanya.
Hasnizam berkata, ia menampakkan bahawa mereka sudah boleh memahami corak dan cara bola sepak Malaysia dimainkan.
Katanya, ia merupakan satu tanda positif sekiranya usaha yang dilakukan NFDP ini dapat disambut baik oleh pemegang taruh lain seperti Persatuan Bolasepak Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ia bagi mewujudkan satu liga untuk pemain-pemain wanita di peringkat akar umbi ini supaya suatu hari nanti Malaysia mempunyai skuad wanita yang hebat dan mampu memberi saingan kepada jaguh-jaguh bola sepak wanita Asia, tambahnya.
Astro Arena
Thu Sep 07 2023

Hasnizam berkata, ia merupakan satu tanda positif sekiranya usaha yang dilakukan NFDP ini dapat disambut baik oleh pihak lain seperti Persatuan Bolasepak Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang

Penyertaan bekas pemain dalam FAM mampu pacu pembaharuan - Jamal Nasir
Legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan pemilihan dua bekas pemain kebangsaan dalam kepimpinan baharu FAM sebagai perkembangan positif kepada sukan itu.

Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.

KL City kutip tiga mata tewaskan TFC di laman sendiri
Kuala Lumpur City FC (KL City FC) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam ini.

Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak
Asmat berkata ini sebahagian daripada usaha untuk penglibatan yang lebih meluas dalam dunia sukan.

FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti idea penubuhan badan bebas pengadil untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti dilontarkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail.

Neymar sah kembali ke kelab pertama, Santos
Neymar menyatakan beliau telah lama mengimpikan langkah itu menjadi kenyataan.

Teruja kepulangan ke Santos FC, peminat Neymar ukir tatu di kaki
Kepulangan Neymar ke Santos FC mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat.

Paul Pogba beri bayangan bakal kembali ke pangkuan Man Utd?
Terdahulu, Pogba mencapai kata sepakat bersama Juventus untuk menamatkan kontraknya lebih awal atas persetujuan bersama.