Pemain antarabangsa Brazil itu kekal sebagai pemain termahal dunia selepas dibeli €222 juta (RM1 bilion) daripada Barcelona pada Ogos 2017.
Pemain berusia 30 tahun itu telah membuat 144 penampilan bersama kelab ke ibu negara Perancis itu yang menyaksikannya memenangi 11 trofi, tetapi dia masih belum dapat merealisasikan impian menjulang Liga Juara-Juara (UCL) bersama kelab gergasi Ligue 1 itu.
Neymar menandatangani perjanjian baru selama empat tahun tahun lalu, tetapi ramai yang lebih gemar melihat bekas bintang Barcelona itu disingkirkan daripada Parc des Princes ekoran ketibaan pengendali baru, Christophe Galtier.
Dan bekas pertahanan PSG, Meunier yang menghabiskan empat tahun di PSG sebelum berkelana ke Borussia Dortmund pada 2020 percaya perkembangan kerjaya Neymar terbantut.
"Saya perlu mengakui bahawa saya adalah peminat tegar Neymar ketika dia masih bermain di Barcelona. Bagaimanapun, pada pandangan saya, dia kehilangan keajaibannya di Paris, ," kata Meunier kepada Kicker.
"Sekarang terpulang kepadanya untuk bangkit. Andai saya berumur 10 tahun, saya pasti akan menggantung posternya di dalam bilik saya."
Neymar telah menyumbangkan 100 gol buat PSG, dijurangkan 71 gol daripada yang dilakar Mbappe dalam tempoh sama.
Produk remaja Santos tersebut menjaringkan 19 gol liga dalam kempen sulungnya bersama Parisians, tetapi sejak itu gagal menguruskan lebih daripada 15 gol sejak empat musim lalu termasuk 13 gol dalam kempen 2021-22.
Pemain antarabangsa Belgium itu sendiri mengalami detik sukar di PSG dan dia menjelaskan ia dipengaruhi faktor di dalam dan di luar padang.
“Di Paris, saya diketepikan oleh pengarah sukan ketika itu (Leonardo) kerana enggan menyambung kontrak,” katanya.
"Secara peribadi, bukan mudah untuk meninggalkan Paris. Isteri saya, anak-anak saya dan saya sendiri, kami semua menyayangi bandar ini. Sukar untuk berputus asa. Tetapi lama-kelamaan kami berjaya menyesuaikan diri sebagai sebuah keluarga."
*Artikel asal disiarkan di Stadium Astro