Bekas rakan sepasukan Neymar di kem Brazil, Willian, percaya penyerang itu berkemampuan untuk membintangi mana-mana pasukan apabila dia terus dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United.
Neymar telah mengharungi pengalaman yang mengecewakan bersama Paris Saint-Germain (PSG) sejak meninggalkan Barcelona pada 2017 dan gagal memenangi Liga Juara-Juara (UCL) dan tidak pernah bermain lebih daripada 22 perlawanan sepanjang musim Ligue 1.
Pemain berusia 31 tahun itu sedang diketepikan untuk baki musim ini berikutan kecederaan buku lali pada Mac lalu yang menyaksikan kelabnya terkandas dalam pusingan 16 UCL kepada Bayern Munich.
Dengan PSG masih ternanti-nantikan kejayaan di peringkat benua, Neymar dan gandingannya, Lionel Messi, telah dikaitkan dengan perpindahan di hujung musim ini.
Old Trafford disebut-sebut menjadi destinasi berpotensi buat bintang Brazil itu selepas kembali ke UCL dan Willian percaya pemain berkenaan mampu berkembang maju di England.
“Neymar, dengan kualiti yang dia ada mampu beraksi di mana-mana sahaja,” kata pemain sayap Fulham itu kepada Stats Perform.
“Ke mana sahaja dia pergi di dunia ini, dia mampu beraksi dengan mudah berdasarkan kualiti yang dia ada, bakat yang dia ada.
"Ia pasti akan menjadi sangat menarik untuk melihatnya bermain dalam Liga Perdana Inggeris (EPL). Ke mana sahaja dia pergi, dia mempunyai kualiti yang diperlukan untuk menikmati dan menjelmakan bola sepak indah.
"Dia mempunyai tempat dalam mana-mana pasukan di dunia untuk kualitinya. Anda hanya perlu tahu jika dia mahu pergi ke United.
"Ia adalah kelab yang hebat. Yang pasti, jika dia pergi ke sana, dia akan berada di kelab besar. Ia adalah sebuah kelab yang telah memenangi banyak kejuaraan di sini, ia dianggap sebagai salah satu kelab terbesar di England di samping Liverpool, Arsenal dan Chelsea, semuanya kelab besar.
"Sekiranya dia datang ke England, tidak syak lagi ia akan menjadi perkara yang hebat untuk melihatnya dalam EPL." - Stadium Astro
Astro Arena
Sun May 28 2023
Pemain berusia 31 tahun itu sedang diketepikan untuk baki musim ini berikutan kecederaan buku lali pada Mac lalu yang menyaksikan kelabnya terkandas dalam pusingan 16 UCL kepada Bayern Munich. - Gambar/ Reuters
Polis tidak kesan unsur kongsi gelap kes samun kilang barangan lusuh
Polis tidak mengesan sebarang unsur kongsi gelap dalam kes samun melibatkan 16 lelaki termasuk dua warga China di sebuah kilang barangan lusuh di Telok Panglima Garang di sini pada 9 Nov lepas.
Trump calonkan usahawan John Phelan untuk jawatan Setiausaha Tentera Laut
Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu mengumumkan pencalonan usahawan John Phelan untuk jawatan Setiausaha Tentera Laut dalam pentadbirannya.
Najib, Irwan lepas tanpa bebas kes pecah amanah RM6.6 bilion
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu melepas tanpa membebaskan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.
Ia susulan enam pertuduhan pecah amanah didakwa ke atas kedua mereka melibatkan harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 billion.
Ia susulan enam pertuduhan pecah amanah didakwa ke atas kedua mereka melibatkan harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 billion.
Negeri Kelantan dilanda banjir besar termasuk Kuala Kerai - Abdul Latiff
Ahli Parlimen Kuala Kerai berdoa untuk seluruh Negeri kelantan yang dilanda banjir besar. "Mudah-mudahan hujan turun adalah hujan rahmat bukan hujan yang membawa bencana"katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Mangsa banjir di Kelantan cecah 8,838 orang, Rantau Panjang hampir lumpuh
Mangsa banjir di Kelantan cecah 8,838 orang, Rantau Panjang hampir lumpuh
[TERKINI] Situasi banjir di Terengganu kembali buruk, mangsa bertambah
Wakil Astro AWANI Terengganu, Nur Fazlizai Ali membawakan perkembangan semasa banjir di Terengganu yang kembali memburuk dengan jumlah mangsa bertambah di PPS.
[TERKINI] Mangsa di Kelantan meningkat mendadak, negeri lain terkawal
Mangsa banjir di empat negeri meningkat kepada 1,332 daripada 387 keluarga, setakat jam 6 pagi, pada Rabu.
Pulau Pinang sedia beri sumbangan kewangan jika Lembaga Lembangan Ulu Muda ditubuhkan
Pulau Pinang sedia memberikan sumbangan kewangan sekiranya Lembaga Lembangan Ulu Muda (LLUM) dapat ditubuhkan bagi mengawal dan menguruskan sumber air di Ulu Muda, Kedah.
Bicara kes Muhyiddin dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
Ia berkaitan tuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri Ogos lepas.
Subsidi gaji dalam tempoh latihan bidang pemanduan - YB Ipoh Timor
Ahli Parlimen Ipoh Timor mencadangkan Kementerian bersama agensi yang terlibat mewujudkan subsidi gaji upah dalam tempoh latihan bidang pemanduan bagi mengatasi krisis kekurangan pemandu berkemahiran.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Saya hampir putus asa - Neymar dedah kecederaan ACL hampir paksa dirinya bersara
Penyerang Al-Hilal itu hanya bermain 29 minit sejak Oktober lalu, apabila dia mengalami kecederaan lutut yang serius.
Neymar sepatutnya menang lima Ballon d'Or - Buffon
Gianluigi Buffon percaya Neymar seharusnya memenangi sekurang-kurangnya lima anugerah Ballon d'or dalam karier bola sepaknya.
Santos mahu Neymar kembali pada 2025
Penyerang Brazil, Neymar berkemungkinan kembali ke kelab asalnya Santos tahun depan selepas bergelut dengan kecederaan setelah menyertai kelab Liga Pro Saudi Al-Hilal.
'Palmeiras kelab bola sepak, bukan bahagian perubatan'
Neymar sedang bergelut dengan tahap kecergasannya selepas perpindahan berprofil tinggi ke kelab Liga Pro Saudi Al Hilal pada musim panas lalu.
Al Hilal mahu tamatkan kontrak Neymar
Kelab Liga Pro Saudi, Al Hilal dilaporkan mahu menamatkan kontrak Neymar selepas bintang Brazil itu mengalami masalah kecederaan berterusan.
'Doktor sudah beri amaran kepada saya' - Neymar
Neymar membuka mulut mengenai kecederaan terbaharunya selepas dia terpaksa digantikan ketika aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) menentang Esteghlal pada Selasa.
Neymar cedera lagi!
Ini merupakan hanya penampilan kedua pemain berusia 32 tahun itu selepas pulih sebelum kembali mengalami kecederaan.
Kelayakan Piala Dunia 2026: Neymar tidak tersenarai dalam skuad Brazil
Jurulatih Brazil, Dorival Jnior, tidak menyenaraikan Neymar untuk perlawanan bertemu Venezuela dan Uruguay.
Selepas 369 hari cedera, Neymar kembali beraksi
Neymar kembali beraksi pada Selasa selepas tidak bermain selama 369 hari apabila penyerang Al Hilal itu muncul sebagai pemain gantian.
Neymar beri amaran, beraksi dengan Mbappe umpama 'neraka'
Gandingan Neymar dan Mbappe sebelum ini pernah menjadi mimpi ngeri buat pasukan lawan ketika beraksi bersama di Paris Saint-Germain.