PERTAHANAN kanan Newcastle United, Kieran Trippier, terpaksa berehat panjang selepas mengalami kecederaan retak tulang kaki.
Trippier merupakan salah seorang daripada lima pemain baru pasukan itu yang di datangkan pada bulan lalu -- selain Dan Burn, Matt Targett, Bruno Guimaraes dan Chris Wood yang turut ditandatangani pasukan bimbingan Eddie Howe itu.
Pemain kebangsaan England berkenaan terpaksa dikeluarkan dalam babak kedua ketika The Magpies menewaskan Aston Villa 1-0 hujung minggu lalu, di mana dia turut bertindak sebagai penjaring tunggal menerusi sepakan percuma gemilangnya.
Ia merupakan jaringan kedua Trippier bersama Newcastle selepas turut menemui sasaran sewaktu menewaskan Everton 3-1 pada Selasa lalu.
Pasukan bimbingan Howe itu kini telah merekodkan tiga kemenangan berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan kini dibezakan tiga mata dengan kedudukan tiga terbawah.
Newcastle dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa ujian imbasan yang dilakukan selepas perlawanan itu menujukkan Trippier mengalami keretakan di tulang kaki kirinya.
Bagaimanapun, tiada sebarang tempoh ditetapkan bagi pemulihan pemain berusia 31 tahun itu.
"Trippier terpaksa diketepikan kelab ini dalam perlawanan seterusnya selepas mengalami retak tulang kaki ketika kemenangan 1-0 ke atas Aston Villa pada Ahad lalu," kata Newcastle dalam laman web rasmi mereka.
"Pemain berusia 31 tahun itu menjaringkan gol tunggal di St James park yang membantu kemenangan ketiga berturut-turut Magpies dalam EPL tetapi terpaksa dikeluarkan pada awal babak kedua kerana kecederaan kaki.
"Trippier terus menjalani ujian X-ray selepas perlawanan itu dan imbasan mendapati dia mengalami keretakan di tulang metatarsal kelima di kaki kirinya.
"Seluruh kelab ini mendoakan Kieran agar cepat sembuh."
Astro Arena
Tue Feb 15 2022

Trippier terpaksa dikeluarkan dalam babak kedua ketika The Magpies menewaskan Aston Villa 1-0 hujung minggu lalu, di mana dia turut bertindak sebagai penjaring tunggal menerusi sepakan percuma gemilangnya. - Foto Astro Arena

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Newcastle hilang khidmat Trippier gara-gara retak tulang kaki
Trippier merupakan salah seorang daripada lima pemain baru pasukan itu yang di datangkan pada bulan lalu -- selain Dan Burn, Matt Targett, Bruno Guimaraes dan Chris Wood.

Pemain saya bukan 'sampah' - Pochettino
Spurs mengalami kekalahan ketiga berturut-turut awal pagi tadi, tewas 2-1 kepada Inter dalam aksi pembukaan Kumpulan B, Liga Juara-Juara (UCL).

Wira Piala Dunia England dapat tempat letak kereta khas
Imej Kane menghiasi ruang di kedai Chingford di Lidl, hanya beberapa batu berhampiran sekolah lama pemenang Kasut Emas Piala Dunia Rusia itu.

Croatia lakar sejarah mara ke final Piala Dunia FIFA
Di sebalik menguasai permainan, Croatia hanya menemui rentak serangan pada babak kedua dan mendapat gol penyamaan pada minit ke-68.

Gol yang tak masuk akal - Mourinho
Spurs dapat gol dalam tempoh 11 saat, Alexis Sanchez tidak menyerlah, Chelsea kalah, Manchester City lebar pendahuluan.