Susulan isu kepulangan bintang muda sensasi negara, Nazmi Faiz Mansor dari Portugal ke tanahair.
Kelab S-C Beira Mar mengesahkan Nazmi membuat keputusan meninggalkan kelab itu atas sebab peribadi.
Jurucakap SC Beira Mar, Luis Viega berkata, pada mulanya Beira Mar setuju melepaskan Nazmi untuk tempoh enam bulan.
Namun kemudiannya, Nazmi meminta untuk dilepaskan secara terus dengan isu peribadi dijadikan sebagai alasan keputusannya itu.
Veiga turut menyangkal dakwaan yang mengatakan kelab terbabit mengalami masalah kewangan.
Tegas Veiga, SC Beira Mar tidak akan menyertai liga jika masalah itu berlaku.
Nazmi, 19 tahun menamatkan kontrak di SC Beira Mar yang berpangkalan di Portugal selepas enam bulan bersama pasukan itu.
Dia kemudiannya mengikat kontrak selama tiga tahun dengan Kelab Liga Super Malaysia, PKNS Selangor.
Dalam pada itu, Veiga memaklumkan SC Beira Mar akan terus komited membantu membangunkan bola sepak negara.
Terbaru, pihaknya kini sedang berkerjasama dengan ketua jurulatih T-Team Peter Butler untuk membawa beberapa pemain ke Portugal.
Pemain-pemain terbabit akan dipilih sendiri Butler yang juga bekas pengendali Kelantan dan Terengganu untuk menyertai kelab terbabit, musim depan.
Pengesahan ini bermakna beberapa pemain dari Pantai Timur Tampak bakal jadi pilihan bagi mengikuti jejak Nazmi dan Fakri Saarani ke Negara Eropah itu nanti.