KUALA LUMPUR: Pelumba Malaysia Nazim Azman memenangi perlumbaan pertamanya dalam EuroFormula Open yang berlangsung di litar Red Bull Ring, Austria pada Ahad.
Dalam dua perlumbaan yang berlangsung, Nazim yang mewakili Pasukan CryptoTower Racing menamatkan perlumbaan di kedudukan keenam dalam perlumbaan pertama yang berlangsung pada tengah hari dan kemudian memenangi perlumbaan kedua pada sebelah petang selepas mencatatkan masa 34 minit 0.256 saat (s).
Ketinggalan 0.732 saat di belakang Nazim di tempat kedua, Cem Bolukbasi pelumba Turki daripada pasukan Van Amersfoort Racing sementara rakan sepasukannya Louis Foster dari Great Britan di tempat ketiga dengan catatan masa 34:2.250s.
"Sememangnya, ia satu permulaan yang baik. Ia amat mencabar dan Cem sememangnya amat pantas dan saya berfikir perkara utama ialah tidak melakukan sebarang kesilapan dan ia berbaloi. Foster juga menghadapi persaingan sengit daripada Cameron (Cameron Das daripada pasukan Motopark). Jadi tinggal hanya saya dan Cem berdua (untuk tempat pertama). Secara keseluruhannya saya gembira dengan keputusan ini," kata Nazim dalam satu kenyataan.
Selepas 17 perlumbaan, Nazim kini berada di tangga keempat dengan 208 mata sementara Foster mendahului dengan 257 mata diikuti Das dengan 255 mata, Jack Crawford 218 mata di tangga ketiga.
Sementara perlumbaan ketiga di Red Bull Ring dijadualkan berlangsung Ahad malam.
Baki dua lagi pusingan akan diadakan di litar Monza, Itali dan Barcelona, Sepanyol.
Sementara itu, kejayaan Nazim mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu di laman Twitter rasminya.
"Nazim Azman daripada Team Crypto Tower merebut kemenangan siri pertamanya di perlumbaan EuroFormula di Red Bull Ring, Austria. Tahniah!! #malaysiaberbangga," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 12 2021

Dalam dua perlumbaan yang berlangsung, Nazim menamatkan perlumbaan di kedudukan keenam dalam perlumbaan pertama dan kemudian memenangi perlumbaan kedua selepas mencatatkan masa 34 minit 0.256 saat. - Foto Facebook Team Malaysia

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Nazim sekadar tempat kelima pada pusingan pertama
Perlumbaan terbabit akan kembali ke Malaysia untuk pusingan 9 dan 10 pada 25 hingga 27 Ogos depan.

Nazim Azman berentap di Piala Porsche Carrera Asia 2023
Pelumba berusia 21 tahun itu bakal bersaing dalam kategori PCCA PRO menggunakan jentera Porsche 911 GT3 Cup dengan kerjasama EBM.

Nazim catat kemenangan pertamanya dalam EuroFormula Open di Austria
Nazim kini di tangga keempat dengan 208 mata, Foster mendahului dengan 257 mata, diikuti Das dengan 255 mata, Jack Crawford 218 mata.