SEPANG: Pemandu muda negara, Nazim Azman yang membuat penampilan sulung di Piala Porsche Carrera Asia 2023 terpaksa akur apabila hanya meraih tempat kelima pada perlumbaan pusingan pertama di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), malam tadi.
Nazim, 21, yang bersaing dalam PCCA PRO menggunakan jentera Porsche 911 GT3 dengan kerjasama Earl Bamber Motosport (EBM) itu mengakui sukar mengekalkan momentum apabila pesaingnya memiliki pengalaman luas selain terpaksa berlumba pada waktu malam.
"Perlumbaan sangat berbeza di Piala Porsche Carrera (berbanding dengan Formula 3 (F3) terutamanya pada waktu malam. Ini adalah cabaran baharu kerana saya tidak pernah mengalaminya jadi agak sukar apabila kereta boleh mengikut rapat dan pemandu di sini sangat berbakat dan agresif," katanya kepada pemberita selepas perlumbaan itu.
Nazim yang mempunyai pengalaman sebagai pelumba F3 pada tahun lepas itu merekodkan 2 minit 16.196 saat (s) untuk menamatkan perlumbaan di kedudukan kelima pada pusingan pertama dan akan meneruskan saingan pada pusingan kedua hari ini.
Perlumbaan pusingan pertama membabitkan 19 pelumba dimenangi Luo Kailuo mewakili Toro Racing dengan catatan masa 2:12.239s manakala tempat kedua milik Martin Ragginger (Porsche Holding) setelah merekodkan 2: 12.679s.
Tempat ketiga pula diduduki pelumba Team Shanghai Yongda iaitu Chris Van Der dengan catatan 2:12.672s.
Mengikut rekod, Malaysia diberi penghormatan untuk membuka tirai perlumbaan 2023, yang seterusnya akan bersambung di Korea Selatan, Jepun, Thailand, Singapura sebelum berakhir di pangkalan Porsche Motorsport Asia Pasifik di Shanghai, China.
Perlumbaan terbabit akan kembali ke Malaysia untuk pusingan 9 dan 10 pada 25 hingga 27 Ogos depan serta pusingan 3 Siri Kejohanan Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 29 2023
Pelumba pasukan Sime Darby Racing Team Nazim Azman beraksi pada perlumbaan Porsche Carrera Cup Asia 2023 Race 1 di Litar Antarabangsa Sepang. - Foto BERNAMA
Dr Wan Azizah cadang wujudkan 'rumah kucing'
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan supaya 'rumah kucing' diwujudkan bagi menjaga kebajikan kucing gelandangan, terutama di kawasan perumahan kos rendah.
Sami Malaysia ditahan di Thailand, disyaki mencuri di kuil
Pihak polis Chang Phueak di Chiang Mai menerima laporan mengenai kehilangan barangan berharga daripada wat itu.
Pendapatan Selangor tidak hanya bergantung kepada hasil tanah - Amirudin
Amirudin berkata pentadbirannya tidak hanya bergantung kepada hasil tanah dan sumbangan kerajaan Persekutuan dalam menambah hasil negeri.
Keputusan ceburi bidang sukan bawa tuah buat 'Pocket Rocketman'
Biarpun keputusan yang diambil ketika beliau berusia 15 tahun itu amat berat, Azizulhasni nekad demi mengejar impiannya.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
AWANI 7:45 [20/11/2024] – Delegasi perniagaan bayar RM4.5 juta | Perolehan aset luar negara | Penjenayah perang | Polis 'curi tulang'
Kerajaan jimat hampir RM1 juta, PM ke lima negara.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Nazim sekadar tempat kelima pada pusingan pertama
Perlumbaan terbabit akan kembali ke Malaysia untuk pusingan 9 dan 10 pada 25 hingga 27 Ogos depan.
Nazim Azman berentap di Piala Porsche Carrera Asia 2023
Pelumba berusia 21 tahun itu bakal bersaing dalam kategori PCCA PRO menggunakan jentera Porsche 911 GT3 Cup dengan kerjasama EBM.
Nazim catat kemenangan pertamanya dalam EuroFormula Open di Austria
Nazim kini di tangga keempat dengan 208 mata, Foster mendahului dengan 257 mata, diikuti Das dengan 255 mata, Jack Crawford 218 mata.