KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom berkemungkinan terlepas aksi di Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) 2024 (Nations Cup) kerana mengalami kecederaan akibat kemalangan ketika menjalani latihan di Velodrom Nasional di Nilai, Selasa lepas.
Muhammad Shah Firdaus berkata, beliau yang sepatutnya berlepas ke Australia Sabtu ini, bagaimanapun masih menunggu keputusan daripada barisan kejurulatihan untuk menentukan sama ada akan menyertai kejohanan berlangsung pada 2 hingga 4 Feb di Adelaide itu, atau melupakan hasrat berbuat demikian.
Jika terpaksa melupakan penyertaan di Piala Negara-Negara kali ini, pelumba diberi julukan The Terminator Shah itu terlepas peluang menambah pungutan mata ke Sukan Olimpik Paris 2024.
"Perancangan awal, saya hanya mahu menyertai Nations Cup di Australia dan Hong Kong pada Mac untuk memastikan mata ke Olimpik lebih terjamin, jadi saya tidak perlu ke Nations Cup di Kanada pada April sebab tidak mahu perjalanan jauh.
"Tetapi kalau awal-awal sudah tidak dapat sertai, ia akan merencatkan perancangan saya. Kalau dari segi mata ke Olimpik saya sudah layak, cuma saya perlu mengukuhkan kedudukan kerana sekarang kelayakan ke Olimpik masih berjalan," katanya kepada Bernama.
Menceritakan mengenai kemalangan dialaminya, atlet berusia 28 tahun itu berkata, beliau terlibat dalam kemalangan berkelajuan tinggi selepas tayar basikal ditunggangnya meletup semasa sedang memecut untuk mengejar motosikal di hadapannya.
Menurutnya, kecederaan dialami agak serius apabila melibatkan bahu kirinya, luka di keseluruhan bahagian paha dan bengkak di buku lali menyebabkan beliau tidak mampu untuk berjalan.
"Masa kayuh ada dengar bunyi sesuatu, masa tengah selekoh tayar belakang meletup dan saya terus jatih. Mereka (jurulatih) bergegas bawa saya naik ambulans ke Institut Sukan Negara (ISN).
"Bila scan tiada yang patah. Saya tengah kecewa, pening kepala memikirkan masa-masa penting ini boleh cedera. Tapi tak boleh nak buat apa, ISN suruh saya rehat. Saya hari-hari cuci luka supaya cepat sembuh," katanya yang menyifatkan kemalangan dialami sama seperti menimpa Datuk Azizulhasni Awang ketika melakukan persiapan ke Sukan Asia Hangzhou 2022.
Tempoh kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 bagi sukan berbasikal trek telah bermula sejak 19 Julai tahun lepas hingga 14 April ini.
Sebagai rekod, Muhammad Shah berjaya merangkul pingat perak acara keirin lelaki di Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Kaherah, Mesir pada Mac sebelum beliau menyambar pingat perak acara sama di Kejohanan Trek Antarabangsa Belgium (IBTM) di Ghent pada April.
Beliau juga turut berjaya peroleh gangsa bagi acara pecut dan keirin pada Sukan Asia Hangzhou 2022.
- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 25 2024
![Muhammad Shah Firdaus mungkin terlepas peluang tambah mata kelayakan Muhammad Shah Firdaus mungkin terlepas peluang tambah mata kelayakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81706181205_TBShahFirdausSahro.jpg)
Atlet berusia 28 tahun itu berkata, beliau terlibat dalam kemalangan berkelajuan tinggi selepas tayar basikal ditunggangnya meletup semasa sedang memecut untuk mengejar motosikal di hadapannya. - Gambar Bernama
![Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683697104_CyberAttack.jpg)
Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM
ABM memberi amaran bahawa penipu biasanya menggunakan taktik 'kejuruteraan sosial' untuk memanipulasi pengguna.
![Malaysia, Thailand sasar dagangan dua hala cecah AS$30 bilion menjelang 2027 Malaysia, Thailand sasar dagangan dua hala cecah AS$30 bilion menjelang 2027](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720094373_Flag.jpg)
Malaysia, Thailand sasar dagangan dua hala cecah AS$30 bilion menjelang 2027
Harapan itu disuarakan susulan berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Malaysia-Thailand (JTC) kali ketiga di Kuala Lumpur, pada Khamis.
![China sokong usaha Kazakhstan untuk sertai BRICS China sokong usaha Kazakhstan untuk sertai BRICS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720107136_OrganizationSCOs.jpg)
China sokong usaha Kazakhstan untuk sertai BRICS
Pengumuman dibuat dalam satu kenyataan bersama selepas pertemuan antara Presiden Xi Jinping dan Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev.
![Pasaran modal perlu perluas pembangunan bakat untuk sokong pengembangan industri - Lim Pasaran modal perlu perluas pembangunan bakat untuk sokong pengembangan industri - Lim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718092295_tbLimHuiYing.jpg)
Pasaran modal perlu perluas pembangunan bakat untuk sokong pengembangan industri - Lim
Pembangunan kemahiran dan kapasiti adalah penting bagi membina asas kukuh dan memperoleh keupayaan untuk mengubah pengetahuan kepada pertumbuhan.
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
![Kem basikal trek bawa basikal baharu ke Olimpik Paris 2024 Kem basikal trek bawa basikal baharu ke Olimpik Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717666064_TBHannahYeoh.jpg)
Kem basikal trek bawa basikal baharu ke Olimpik Paris 2024
Kem berbasikal negara mendapat suntikan dalam perjuangan membutirkan emas pertama Sukan Olimpik Paris 2024 apabila bakal menerima basikal baharu WX-R Vorteq versi temasya itu.
![Daya ketahanan mental lebih baik daripada sebelum ini - Azizulhasni Daya ketahanan mental lebih baik daripada sebelum ini - Azizulhasni](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716893566_AzizulhasniAwang.jpg)
Daya ketahanan mental lebih baik daripada sebelum ini - Azizulhasni
Azizulhasni menetapkan sasaran untuk memenangi emas di Olimpik Paris pada penampilan terakhirnya dan kelima di temasya terbesar dunia itu.
![Nurul Izzah mahu 'berguru' dengan Mohd Azizulhasni, Muhammad Shah Firdaus Nurul Izzah mahu 'berguru' dengan Mohd Azizulhasni, Muhammad Shah Firdaus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714080265_NurulIzzahIzzati.jpg)
Nurul Izzah mahu 'berguru' dengan Mohd Azizulhasni, Muhammad Shah Firdaus
The Pocket Rocket Women mahu menimba ilmu dengan Azizulhasni Awang serta Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang berpengalaman.
![Norza yakin atlet akan tunai janji raih emas di Olimpik Paris Norza yakin atlet akan tunai janji raih emas di Olimpik Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716197602_NorzaZakaria.jpg)
Norza yakin atlet akan tunai janji raih emas di Olimpik Paris
Peminat sukan tanah air diseru tidak meragui keupayaan atlet kebangsaan untuk merangkul pingat emas Olimpik sulung negara pada Olimpik Paris.
![Paris 2024: Beasley elak latihan berlebihan Paris 2024: Beasley elak latihan berlebihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715743251_AzizulhasniAwang.jpg)
Paris 2024: Beasley elak latihan berlebihan
Kebanyakan atlet ketika ini meningkatkan rejim latihan mereka menjelang Sukan Olimpik paris 2024 namun ia berbeza buat jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang.
![Perlumbaan di Jepun beri nilai tambah buat Azizulhasni Perlumbaan di Jepun beri nilai tambah buat Azizulhasni](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715582311_Azizulhasni.jpg)
Perlumbaan di Jepun beri nilai tambah buat Azizulhasni
Azizulhasni berkata pihaknya dan pasukan berpuas hati dengan prestasi yang dicapai pada perlumbaan yang berlangsung di Velodrom Izu di Shizuoka, Jepun itu.
![MOM jangka 10 lagi atlet akan raih tiket ke Olimpik Paris MOM jangka 10 lagi atlet akan raih tiket ke Olimpik Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702705100_TBNorzaZakaria.jpg)
MOM jangka 10 lagi atlet akan raih tiket ke Olimpik Paris
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan bahawa sebanyak 18 atlet kebangsaan daripada tujuh jenis sukan layak ke Olimpik Paris 2024 setakat hari ini.
![Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714125303_DatukMohdAzizulhas.jpg)
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
![Penampilan kelima di Olimpik bukan sekadar melengkapkan penyertaan - Azizulhasni Penampilan kelima di Olimpik bukan sekadar melengkapkan penyertaan - Azizulhasni](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713858592_TBAzizulhasniAwang.jpg)
Penampilan kelima di Olimpik bukan sekadar melengkapkan penyertaan - Azizulhasni
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bakal menjadi atlet lelaki pertama Malaysia beraksi di lima Sukan Olimpik berturut-turut.
![Azizul, Shah Firdaus, Nurul Izzah secara rasmi layak ke Olimpik Paris - Amarjit Azizul, Shah Firdaus, Nurul Izzah secara rasmi layak ke Olimpik Paris - Amarjit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713835970_tbmashup.jpg)
Azizul, Shah Firdaus, Nurul Izzah secara rasmi layak ke Olimpik Paris - Amarjit
Mohd Azizulhasni, Muhammad Shah dan Nurul Izzah Izzati secara rasmi layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan berlangsung dari 23 Julai hingga 11 Ogos ini.