KUALA LUMPUR: Atlet pecut muda negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi semakin menghampiri rekod 200 meter (m) kebangsaan dengan memperbaharui catatan masa peribadi terbaik pada Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) di Cali, Colombia, pagi ini waktu Malaysia.
Muhammad Azeem mencipta masa 20.83 saat (s) ketika memenangi perlumbaan Saringan Tiga pusingan awal 200m lelaki di Stadium Olimpik Pascual Guerrero sekali gus mengesahkan tempat dalam kalangan 24 pelari terbaik layak ke separuh akhir.
Beliau yang berada di lorong lapan mempamerkan larian cemerlang untuk menewaskan Aidan Murphy dari Australia di tempat kedua dan atlet Jamaica Bryan Levell ketiga, dengan kedua-dua pelari melintasi garisan penamat dengan catatan masa sama 20.85s.
Atlet kelahiran Perak berusia 18 tahun itu sebelum ini mempunyai catatan peribadi terbaik 20.89s yang dianggap masa kedua dua terpantas dalam sejarah acara 200m negara iaitu selepas rekod kebangsaan 20.77s milik Russel Alexander Nasir Taib yang dicipta pada 2019.
Sebagai rekod, Muhammad Azeem mencipta rekod baharu 100m kebangsaan dengan masa 10.09s di kejohanan sama, Selasa lepas.
Sementara itu, juara 100m kejohanan Letsile Tebogo dari Botswana yang berusia 19 tahun sekali lagi mencuri perhatian selepas melangkah ke separuh akhir dengan bergaya apabila memecahkan rekod kejohanan dengan kepantasan 19.99s ketika mengungguli Saringan Dua.
Pada masa sama, pemenang pingat emas 100m dan 200m Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam, Puripol Boonson dari Thailand, yang berusia 16 tahun, turut mara ke pusingan seterusnya selepas menamatkan Saringan Empat di kedudukan pertama dengan merakam 20.68s.
Catatan 20.83s yang dilakukan Muhammad Azeem adalah kesembilan terpantas dalam keseluruhan 48 atlet yang beraksi dalam saingan pusingan awal.
Saingan separuh akhir pada jam 4.30 pagi ini (waktu Malaysia) dan akhir dijadual berlangsung awal pagi esok waktu Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 03 2022

Muhammad Azeem (gambar) mempamerkan larian cemerlang untuk menewaskan Aidan Murphy dari Australia di tempat kedua dan atlet Jamaica Bryan Levell ketiga. - Gambar fail/Sinar Harian

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Azeem belum berdesup habis...
KOM bangga dengan prestasi Muhammad Azeem Mohd Fahmi yang membaharui rekod kebangsaan acara 60 meter (m) dalam dewan di Amerika Syarikat.

Azeem Fahmi inginkan satu lagi rekod kebangsaan
Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi yang memperbaharui rekod kebangsaan acara 60 meter (m) berkeyakinan untuk melakar kejayaan lebih besar musim ini.

Olimpik Paris 2024: Kepada rakyat Malaysia, saya mohon maaf - Azeem Fahmi
Azeem Fahmi, meluahkan rasa kesal selepas menamatkan cabaran di Sukan Olimpik Paris 2024 apabila menduduki tangga tercorot.

Olimpik Paris: Azeem Fahmi tamatkan saringan di tempat kedua, layak ke pusingan pertama
Raja Pecut negara, Azeem Fahmi, layak ke pusingan pertama acara 100 meter Sukan Olimpik Paris 2024.

Imej lebih segar iringi pecutan Muhammad Azeem di Paris 2024
Jaguh pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi kini tampil dengan imej yang lebih segar bersempena penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik bagi edisi 2024 di Paris.

Paris 2024 bukan larian terakhir di pentas Olimpik - Azeem
Pemegang rekod kebangsaan yang akan beraksi di Paris atas tiket wildcard ini tekad untuk layak secara merit pada edisi Los Angeles 2028.

Azeem Fahmi optimis buru kelayakan merit ke Sukan Olimpik 2028
Atlet pecut sensasi negara, Azeem Fahmi tanam tekad untuk memburu kelayakan secara merit di temasya berprestij Olimpik Los Angeles 2028.

Olimpik Paris 2024: Terima kasih KOM atas kepercayaan diberikan - Azeem Fahmi
Raja pecut negara, Azeem Fahmi, sah mengisi slot ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas pengumuman yang dilakukan oleh Kesatuan Olahraga Malaysia.

Olimpik Paris 2024: KOM pening, tangguh keputusan ke Selasa depan
Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Seri Shahidan Kassim akan mengumumkan keputusan tersebut pada minggu depan.

Azeem buru keputusan terbaik tanpa tekanan di Kuantan
Atlet kelahiran Teluk Intan, Perak itu sebaliknya berkata, dia hanya perlu fokus, tenang dan bebas sebarang tekanan untuk mencari keputusan terbaik.