KUANTAN: Acara separuh akhir 200 meter lelaki Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia mencipta kejutan apabila penyertaan pelari pecut negara Muhammad Azeem Fahmi dibatalkan kerana 'false start' atau salah mula.
Aksi separuh akhir di Stadium Darul Makmur di sini itu sepatutnya bermula 6 petang namun ditangguhkan ke 9 malam disebabkan hujan.
Acara akhir yang berlangsung kira-kira 10 malam kemudian menyaksikan atlet ATM Jonathan Nyepa meraih tempat pertama dengan catatan masa 21.28 saat, diikuti atlet Australia Jack Boulton (21.33 saat) dan atlet Pahang Muhammad Efrain Feerzan Khan di tempat ketiga (21.55 saat).
Muhammad Azeem ketika ditemui berkata kejadian itu berada di luar kawalannya.
"Apa yang berlaku ini atas kesalahan saya, saya sendiri tak sabar, tak ada rezeki saya untuk acara ini dan kini saya fokus untuk acara 100 meter," kata atlet kelahiran Perak itu.
Pelari muda berusia 20 tahun itu merupakan pemegang rekod 100 meter kebangsaan dengan catatan 10.09 saat dan catatan terbaiknya musim ini adalah 10.24 saat ketika beraksi pada Kejohanan Olahraga Jemputan LSU di Los Angeles pada 27 April lepas.
Bagaimanapun, catatan itu masih jauh jika dibandingkan dengan kelayakan ke Sukan Olimpik Paris yang memerlukannya mencatat 10 saat untuk layak secara merit.
Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata 2024 yang membuka tirainya hari ini berlangsung selama tiga hari dengan menampilkan 578 atlet terdiri daripada 17 pasukan dalam negara dan lapan negara luar termasuk Australia dan Rusia. - BERNAMA
Bernama
Fri Jun 14 2024

Acara separuh akhir 200 meter lelaki Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia mencipta kejutan apabila penyertaan pelari pecut negara Muhammad Azeem Fahmi dibatalkan kerana 'false start' atau salah mula.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Muhammad Azeem lakukan ‘false start’ di Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia
Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia mencipta kejutan apabila penyertaan Muhammad Azeem Fahmi dibatalkan kerana 'false start' atau salah mula.

'False Start' jejaskan aksi terakhir Dekwan di APG
Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi terlepas peluang mempertahankan pingat emas acara 100m lelaki T36 pada Sukan Para Asia (APG) 2022 Hangzhou.

Muhammad Azeem mohon maaf atas 'false start'
Muhammad Azeem Fahmi mengakui terlalu kecewa sehingga tidak dapat mengawal emosinya selepas penyertaannya dibatalkan.