SEPANG: Selepas mencipta pencapaian membanggakan pada Sukan Komanwel Birmingham 2022, jaguh angkat berat negara Muhamad Aznil Bidin mempunyai misi serampang dua mata pada temasya Sukan Asia ke-19 tahun depan.
Badang negara itu menyasarkan kilauan pingat emas untuk menjadi atlet angkat berat pertama negara menaiki podium dalam sejarah penganjuran Sukan Asia.
Katanya kejayaan tersebut juga akan membantu beliau dalam memburu mata bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024 sekali gus mencapai cita-citanya membuat penampilan pada temasya sukan berprestij itu.
"Misi utama saya sudah semestinya untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik tetapi saya juga perlu memastikan angkatan bebanan di Sukan Asia terbaik untuk buru medal sebab belum pernah ada atlet angkat berat (Malaysia) menang medal sukan itu.
"Kalau mahu pergi Olimpik saya perlu menyertai sekurang-kurangnya empat kejohanan tetapi markah mesti sempurna... satu daripadanya medan memburu mata di Sukan Asia, jadi saya mesti memberikan yang terbaik di sana," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.
Pada masa sama, atlet berusia 28 tahun itu mengakui bakal berdepan saingan hebat dari atlet seperti China, Indonesia dan Vietnam.
Beliau berkata Kejohanan Dunia di Colombia pada Disember ini adalah kejohanan terdekat untuk beliau sekali lagi menguji ketahanan mental dan fizikal dalam mempersembahkan aksi terbaik.
Menjelang kejohanan itu, Muhammad Aznil berkata selepas memenangi emas pada Sukan Komanwel Birmingham, beliau kembali meneruskan latihan bagi memperbaiki kelemahannya.
"Saya akan menyertai kejohanan di Colombia untuk kutip point dan setakat ini saya yakin dengan strategi yang ditetapkan jurulatih Yon Haryono sebab lepas menang emas di Birmingham pun sebenarnya saya terus berlatih tanpa henti," kata atlet kelahiran Kedah itu.
Kejayaan tersebut membuktikan kehebatan beliau apabila mempertahankan emas yang dimenangi pada edisi 2018 di Gold Coast, Australia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 08 2022

Badang negara itu menyasarkan kilauan pingat emas untuk menjadi atlet angkat berat pertama negara menaiki podium dalam sejarah penganjuran Sukan Asia. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Pujian kepada skuad angkat berat, banyak usaha perlu dilakukan - Amirul Hamizan
Kejayaan tersebut dianggap cemerlang sekali gus melepasi pencapaian pada edisi 2018 di Gold Coast, Australia.

Sukan Komanwel: PM ucap tahniah Mohamad Aniq, Muhamad Aznil sumbang emas pertama, kedua negara
Ismail Sabri turut berharap atlet Malaysia akan terus menyumbang lebih banyak pingat buat negara.

Sukan Komanwel: Skuad angkat berat sumbang emas kedua Malaysia
Skuad angkat berat negara terus mencipta sensasi apabila menyumbangkan pingat emas kedua kepada Malaysia, pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 di sini, hari ini.

Badang negara mahu tamat 'badi' pingat
Atlet angkat berat negara Muhamad Aznil Bidin mahu menamatkan 'badi' tanpa pingat, dalam penyertaannya di temasya Sukan SEA ke-30 kali ini.

Tuah pakai baju Amirul Hamizan
Dua atlet muda negara, Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad dan Muhamad Aznil Bidin, bergilir-gilir memakai baju berwarna biru dan hitam milik Amirul Hamizan, yang juga pengurus pasukan.