Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, mengesahkan menerima peletakan jawatan Pengarah Teknikalnya, Morten Frost Hansen, berkuat kuasa hari ini.
Menurutnya, pakar badminton kelahiran Denmark itu telah menghantar surat peletakan jawatan bernotis enam bulan pada 11 Sept lepas dengan menyatakan alasan masalah peribadi.
Buat waktu ini, kata Mohamad Norza, tidak akan ada pengganti Frost dalam masa terdekat.
"Kita tidak memikirkan pengganti lagi kerana saya merasakan bahawa sistem ketua-ketua jurulatih sedia ada yang kita baru mulakan harus diberi peluang untuk kita lihat keberkesanannya.
"Dan saya memberi tempoh enam bulan untuk kita melihat perkara itu untuk diperdahului," ujarnya kepada Astro AWANI dengan nada optimis.
Tambahnya, kerja-kerja pentadbiran yang dikendalikan oleh Frost sebelum ini kini diambil alih oleh Pengurus Besar BAM, Michelle Chai.
Ini bukan kali pertama Frost meletak jawatan dalam pengurusan BAM kerana telah pun berbuat demikian pada tahun 1999 ketika menyandang jawatan Pengarah Kejurulatihanan pasukan Badminton negara.
Sementara itu, Bernama melaporkan Mohamad Norza berkata, BAM menerima peletakan jawatan Frost selepas mendapat satu kata sepakat daripada mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (CT).
"BAM akan berjumpa dan berbincang dengannya esok untuk memastikan ia berakhir dalam keadaan yang baik tanpa sebarang salah faham.
"Kita harap beliau terus maju dengan apa yang akan dilakukan selepas ini dan kita berterima kasih atas hasil kerjanya sepanjang bersama BAM.
"Beliau letak jawatan atas pilihannya sendiri... tiada tekanan daripada pihak BAM jadi kita pun kena teruskan perjuangan kita.
"Buat masa sekarang BAM tidak mempunyai perancangan untuk menggantikan Frost,” beliau dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat CT, hari ini.
Ekoran peletakan jawatan Frost, 59, yang dikenali sebagai 'Mr Badminton' itu, tugasnya akan diteruskan oleh ketua-ketua jurulatih iaitu Datuk Misbun Sidek (perseorangan lelaki), Cheah Soon Kit (beregu lelaki), Tey Seu Bock (perseorangan wanita), Wong Pei Ty (beregu wanita) and Chin Eei Hui (beregu campuran) dan dibantu oleh CT.
Frost memulakan tugasnya pada 23 Feb 2015, mengikat kontrak bersama Majlis Sukan Negara (MSN) sehingga 31 Dis 2020 dan juga merupakan bekas Pengarah Kejurulatihan BAM dari tahun 1997-2000.
Mohamad Norza menolak dakwaan bahawa peletakan jawatan Frost itu adalah ekoran prestasi tidak memberangsangkan skuad negara pada Piala Sudirman yang berakhir di pusingan suku akhir apabila tewas kepada Jepun 1-3 pada Jun lepas serta pencapaian Sukan SEA ke-29 yang dikatakan tidak mencapai sasaran walaupun meraih dua pingat emas seperti diumumkan.
Ditanya sama ada BAM akan terus menjadikan Pelan Pembangunan Sukan Jangka Panjang oleh Frost sebagai panduan, Mohamad Norza berkata pihaknya akan meneliti dan berbincang sama ada ia akan terus digunakan ataupun tidak dan perlu bersifat lebih realistik untuk mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ditetapkan.
“Kita telah menilai tahap prestasi kita di mana melalui pencapaian di Kejohanan Dunia dan juga Sukan SEA. Kami sedar skuad negara ada kekurangannya jadi kami perlukan kesungguhan dan kebijaksaan jurulatih-jurulatih untuk perbaikinya,” katanya.
Ini bukan kali pertama Frost meletak jawatan dalam sejarah pengurusan BAM kerana beliau pernah meletak jawatan 15 bulan lebih awal daripada kontrak sebenar, pada 1999, ketika menyandang jawatan Pengarah Kejurulatihanan BAM.
Arief Subhan
Mon Sep 18 2017

Frost memulakan tugasnya pada 23 Feb 2015, mengikat kontrak bersama Majlis Sukan Negara (MSN) sehingga 31 Dis 2020 dan juga merupakan bekas Pengarah Kejurulatihan BAM dari tahun 1997-2000. - Gambar fail

Usaha beri penekanan pelajar asrama penuh sertai STEM penting untuk capai sasaran 60,000 jurutera
Usaha memberikan penekanan supaya 70 peratus pelajar di sekolah berasrama penuh memilih aliran STEM adalah penting untuk mencapai sasaran 60,000 jurutera diperlukan.
Ekonomi: Kabinet UK gesa Reeves fikir semula pemotongan perbelanjaan
Dengan latar belakang pertumbuhan yang tidak stabil, Reeves cuba untuk memastikan perbelanjaan kerajaan tidak melebihi pendapatan bagi memenuhi peraturan bahawa perbelanjaan semasa mesti dibayar daripada resit cukai.
Tenaga kerja: Hakim arah Trump kembalikan semula ribuan pekerja yang dipecat
Keputusan itu merupakan tamparan paling hebat terhadap usaha Trump dan penasihat tertinggi, Elon Musk untuk mengecilkan birokrasi persekutuan secara drastik.

Warga emas ditemukan maut, dipercayai dibunuh
Mayat warga emas dipercayai dibunuh ditemukan di sebuah rumah di Kampung Baru Puchong, Selangor, semalam.
Ekonomi Singapura: Kadar pasaran wang merosot di sebalik peralihan dasar
Purata Kadar Semalaman Singapura (SORA), standard de facto untuk produk pinjaman negara itu, jatuh kepada 2.08% minggu ini, terendah sejak 2022.
Pasaran global: Rakuten Trade kekalkan sasaran FBM KLCI pada 1,730
Ia susulan penjajaran semula pasaran global memandangkan pelabur menyesuai dengan penyederhanaan berterusan di Wall Street.
Pantau Agenda Reformasi: Mampukah aura Faisal Halim naikkan semangat Harimau Malaya
Bersama Mohd Sadek Mustaffa, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM membincangkan tentang, mampukah aura Faisal Halim naikkan semangat Harimau Malaya.

Putin sokong gencatan senjata 30 hari
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Khamis berkata beliau menyokong gencatan senjata selama 30 hari dalam konflik Ukraine yang dicadangkan oleh Amerika Syarikat (AS).
Pengerusi Matrade: Khidmat Reezal Merican disambung 2 tahun lagi
MATRADE berkata pelanjutan tempoh perkhidmatan itu berdasarkan kejayaan cemerlang yang telah dicapai di bawah kepimpinan Reezal Merican sejak kali pertama dilantik sebagai pengerusi pada April 2023.
Prospek sektor utiliti kekal cerah
Ini kerana permintaan elektrik oleh pusat data diperlukan untuk menyokong peningkatan berterusan dalam infrastruktur penghantaran dan pengedarannya.

Herry akui misi Seluruh England 2025 gagal
Herry yang baharu memulakan tugas secara rasmi bulan lepas, mengakui keputusan mengecewakan itu antara pencapaian buruk sepanjang kariernya.

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.

Cedera: Zii Jia tarik diri Terbuka Swiss minggu hadapan
Pemain berusia 26 tahun itu cedera pada ligamen buku lalinya yang menyebabkan beliau terpaksa menarik diri daripada kejohanan itu.

All England: Wei Chong-Kai Wun tersingkir awal
Pasangan yang berada di ranking ketujuh itu tewas kepada gandingan China, He Ji Ting-Ren Xiang Yu 21-15, 21-8 dalam perlawanan berlangsung selama 32 minit.

All England: Sze Fei-Nur Izzuddin lepasi halangan pertama
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani hanya ambil masa 37 minit untuk menewaskan pasangan Korea Selatan, Gi Jung-Sa Rang 21-17, 21-14.

Pei Jing mahu tamatkan gandingan dengan Kian Meng tanpa penyesalan
Selepas hampir sembilan tahun bergandingan dalam beregu campuran, Lai Pei Jing tekad mengakhiri perjalanan bersama Tan Kian Meng dengan prestasi terbaik tanpa dibayangi tekanan atau penyesalan, pada K

Masters Orleans: Zii Jia mara ke suku akhir
Pemain perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia, mara ke pentas suku akhir Masters Orleans selepas menundukkan wakil India Srikanth Kidambi pada aksi pusingan kedua di Perancis hari ini.

Masters Orleans: Zii Jia mara ke pusingan kedua
Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia menepati ramalan melangkah ke pusingan kedua Masters Orleans selepas menumpaskan wakil Taiwan, Chi Yu Jen, di pusingan pertama hari ini.

Pearly fokus latihan fizikal, tingkatkan stamina
Pearly berkata perkara ini penting memandangkan bulan lepas tiada sebarang kejohanan disertai bersama gandingannya M Thinaah.

Yew Sin-Ee Yi mahu lakar kejutan di Seluruh England
Atlet berusia 30 tahun itu percaya dapat mencapai tahap terbaik menjelang kejohanan itu.