KUALA LUMPUR: Tan Sri Mokhzani Mahathir mempertahankan jawatan presiden untuk menerajui Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) buat penggal kedua berturut-turut pada pemilihan sesi 2023 hingga 2026.
Pemilihan sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk sukan permotoran negara itu menyaksikan Mokhzani meraih 13 undi ahli gabungan untuk menewaskan legenda sukan permotoran dua roda negara, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini dengan lima undi dalam pertandingan satu lawan satu.
Mokhzani, yang bersyukur dapat mengekalkan kerusi nombor satu MAM, berikrar untuk membasmi perlumbaan haram lebih-lebih lagi selepas insiden perlumbaan drag pada 'Malaysia Drag Bike National ET Record Championship Road Tour 2023' di Pekan, Pahang, bulan lepas.
"Isu pembasmian perlumbaan haram bukan terletak pada MAM sahaja namun kita perlu bekerjasama semua dengan pihak termasuk ahli gabungan, Kementerian Belia dan Sukan, Pejabat Pesuruhjaya Sukan, polis dan majlis daerah di setiap negeri.
"Semua pihak perlu bekerjasama dalam memastikan perlumbaan dapat berlangsung dengan selamat baik kepada peserta mahupun penonton," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Perlumbaan berlangsung di Pekan itu bertukar tragedi selepas seorang pelumba drag, Muhammad Hattem Rashdi, 22, meninggal dunia apabila motosikal ditungganginya terbabas pada hari pertama saingan.
Mokhzani juga berkata pihaknya akan mengutamakan lebih banyak program di akar umbi bagi mencungkil bakat baharu sukan permotoran negara.
Pada masa sama, katanya, MAM akan mencari jalan dalam menarik lebih banyak lagi minat pihak swasta untuk melabur dalam sukan permotoran bagi memastikan ia dapat berkembang dengan baik.
Sementara itu, penyandang Timbalan Presiden MAM, Datuk Mohd Rhiza Gahzi pula memperoleh 13 undi sekali gus mengekalkan jawatan dengan menewaskan Kuan Meng Heng yang mendapat lima undi.
Jawatan Setiausaha Agung juga menyaksikan S. N. Nanthan masih diberi kepercayaan ahli gabungan yang memberinya 13 undi sekali gus mengatasi lawannya, Adien Yen Khalid selepas hanya mendapat lima undi.
Prinsipal pasukan RNF MotoGP Racing Team, Datuk Razlan Razali juga masih memegang jawatan bendahari walaupun berkongsi sembilan undi dengan seorang lagi calon, Jed David, sebelum Mokhzani menggunakan kuasanya memilih Razlan untuk penggal kedua berturut-turut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 05 2023

Tan Sri Mokhzani Mahathir mempertahankan jawatan presiden untuk menerajui Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) buat penggal kedua berturut-turut pada pemilihan sesi 2023 hingga 2026. - Gambar fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Bantuan kepada veteran permotoran ikut kemampuan MAM - Mokhzani
Keputusan mengenai bantuan itu bukan diputuskan seorang diri, tetapi perlu melalui beberapa proses termasuk perbincangan bersama barisan komuniti.

Notis pengisytiharan harta kepada SPRM untuk siasatan terhadap bapa - Mirzan dan Mokhzani
Mirzan dan Mokhzani memaklumkan notis pengisytiharan harta mereka kepada SPRM adalah bagi siasatan yang sedang dijalankan terhadap Dr Mahathir.

Dua anak Mahathir sudah isytihar harta kepada SPRM - Azam Baki
SPRM mengesahkan telah menerima pengisytiharan harta daripada dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

SPRM setuju lanjut tempoh isytihar harta anak Tun M - Azam Baki
SPRM membenarkan tempoh lanjutan pengisytiharan harta dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

SPRM belum terima notis isytihar harta dua anak Tun M
Azam berkata, pihaknya ada berbincang dengan peguam kepada Mirzan Mahathir dan Tan Sri Mokhzani Mahathir mengenai tempoh pengisytiharan.

Mokhzani letak jawatan pengerusi Maxis, Hamidah dilantik pengerusi sementara
Maxis Bhd hari ini mengumumkan bahawa Pengerusinya, Tan Sri Mokhzani Mahathir akan meletak jawatan berkuat kuasa 30 Jun, 2024.

Kumpul maklumat selama 43 tahun lalu usaha mustahil - Anak Tun M
Dalam satu kenyataan bersama, Mokhzani dan Mirzan menegaskan bahawa SPRM telah memberi tempoh 30 hari untuk memenuhi permintaan itu.

Mokhzani kekal Presiden MAM, fokus basmi perlumbaan haram
Tan Sri Mokhzani Mahathir mempertahankan jawatan presiden untuk menerajui Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) buat penggal kedua berturut-turut pada pemilihan sesi 2023 hingga 2026.

Maxis lantik Goh sebagai CEO baharu berkuat kuasa 1 Disember
Goh akan secara rasminya mengambil alih jawatan CEO Maxis, Gokhan Ogut, yang menamatkan perkhidmatannya pada 30 Nov 2022.

Proton X50, Taman Tasik Putrajaya dan Putrajaya 2020 dalam video Tun Mahathir
Yayasan Kepimpinan Perdana, Taman Tasik Putrajaya Proton X50, Putrajaya 2020, antara dilihat dalam video aktiviti berbasikal Dr Mahathir.