SHAH ALAM: Dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Mirzan Mahathir dan Tan Sri Mokhzani Mahathir meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersabar serta memahami kekangan dalam mengisytihar harta kepada agensi itu.
Dalam satu kenyataan bersama, Mokhzani dan Mirzan menegaskan bahawa SPRM telah memberi tempoh 30 hari untuk memenuhi permintaan itu.
Mereka berkata, tugas untuk mengumpulkan maklumat selama 43 tahun itu sukar dan satu usaha yang mustahil.
“SPRM telah meminta senarai aset sejak 1981 iaitu tahun ketika bapa kami menjadi Perdana Menteri.
“Kami sedang menyusun maklumat yang ada dan melibatkan pihak berkaitan untuk membantu serta menasihati mengenai proses tersebut,” katanya pada Khamis.
Media pada 18 Januari lalu melaporkan, SPRM mengkehendaki Mirzan mengisytiharkan segala aset alih dan tidak alih yang berada dalam pegangannya sama ada di dalam atau di luar negara dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis.
Mokhzani pula disiasat mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
Pada Selasa, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kedua-dua mereka boleh menghadapi tindakan undang-undang jika gagal mengisytiharkan harta seperti diminta.
Beliau berkata, notis di bawah Seksyen 36 Akta SPRM telah dihantar kepada mereka, tetapi tiada maklum balas diterima.
Dalam pada itu, Mokhzani dan Mirzan berkata, perlu ada sekatan bagi semua pihak untuk mengulas mengenai siasatan terhadap mereka bagi mengelakkan sebarang salah nyata atau prasangka.
“Ia terutamanya apabila tidak dimaklumkan mengenai penyiasatan secara spesifik selain berkaitan dengan bapa kami,” ujarnya.
- Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Feb 08 2024

Dalam satu kenyataan bersama, Mokhzani dan Mirzan menegaskan bahawa SPRM telah memberi tempoh 30 hari untuk memenuhi permintaan itu. - Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kumpul maklumat selama 43 tahun lalu usaha mustahil - Anak Tun M
Dalam satu kenyataan bersama, Mokhzani dan Mirzan menegaskan bahawa SPRM telah memberi tempoh 30 hari untuk memenuhi permintaan itu.