IPOH: Presiden Persatuan Bolasepak Daerah Hilir Perak Datuk Mohd Azhar Jamaluddin hari ini dipilih sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Perak Darul Ridzuan (PAFA) bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sejak 21 Jan tahun lepas.
Pemilihan Mohd Azhar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jong dipersetujui sebulat suara pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang dianjurkan 14 ahli gabungan PAFA di sini hari ini.
Mesyuarat turut melantik Setiausaha Politik Menteri Besar Perak Datuk Sham Mat Sahat sebagai Timbalan Presiden dan Setiausaha Persatuan Bola Sepak Daerah Kerian Tajul Hasnan Omar sebagai Setiausaha Kehormat PAFA yang baharu.
Mohd Azhar dan Sham dicalonkan oleh 13 ahli gabungan dan menang tanpa bertanding selepas pencalonan mereka diedarkan kepada seluruh gabungan pada Sabtu lepas.
EGM itu dihadiri 42 perwakilan mewakili 14 ahli gabungan PAFA manakala empat lagi ahli gabungan, Tanjung Malim, Batu Gajah, Kuala Kangsar dan Majlis Sukan India Perak tidak hadir.
Dalam sidang medianya, Mohd Azhar berkata tugasnya kini adalah mengembalikan semula perjalanan PAFA ke landasan yang betul selepas dilihat kehilangan nakhoda sejak awal tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 19 2021

ADUN Changkat Jong Datuk Mohd Azhar Jamaluddin dilantik sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) bagi sesi 2018/2021 pada Kongres Luar Biasa PAFA di Pusat Konvensyen Amanjaya hari ini. - Foto BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Mohd Azhar presiden baharu PAFA
Datuk Mohd Azhar Jamaluddin dipilih sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Perak Darul Ridzuan (PAFA) bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sejak 21 Jan tahun