Arena Mobile Legends Malaysia akan digegarkan dengan penubuhan pasukan terbaharu yang terdiri daripada pemain-pemain popular tanah air, Dzulhakkim ’Unta’ Abd Rashid, Mohamad Amir Afdhal ‘Syno’ Ruzlan, Muhammad Hilman Aufa ‘ComeToPapa’ Zulfahrizal dan Edmond ‘Error’ Yue.
Pengurus pasukan ICON MY, Andi Basri berkata penubuhan pasukan itu adalah untuk memberi saingan kepada pasukan tempatan yang lain dan seterusnya menjadi yang terbaik di rantau ini.
“ICON MY ditubuhkan berdasarkan pengalaman mereka menyertai National Arena Contest iaitu sebuah pertandingan atas talian pada setiap minggu antara pasukan Malaysia dengan negara lain.
“Kesemua pemain ini mempunyai skil tersendiri. Selain bertarung dalam talian, kami juga mahu bertarung dalam kejohanan-kejohanan yang akan datang.
"Sudah tentunya fokus kami adalah bagi merebut Piala Asia Tenggara Mobile Legends iaitu kejohanan terbesar dalam masa terdekat ini,” katanya dalam satu temu bual bersama Astro AWANI hari ini.
BACA: 2ez4jepv sah tinggalkan MyA, bakal tubuh pasukan sendiri
Andi berkata, pemilihan nama ICON MY itu adalah berdasarkan populariti dan skil permainan yang ditonjolkan keempat-empat pemain itu sehingga menjadi sanjungan dan ikutan pemain-pemain Mobile Legends tempatan.
Contohnya Mohamad Amir Afdhal kini merupakan pemain terbaik dunia bagi penggunaan hero fighter baharu, iaitu Martis pada musim ini.
Dia juga terkenal dengan penggunaan hero Chou dan sering memuat naik video-video berkaitan dengan Mobile Legends di YouTube.
Dzulhakkim dan Muhammad Ilham pula pernah menjadi permain terbaik dunia bagi kategori hero assassin Lancelot dan Natalia. Manakala bagi Edmond pula, pemain itu terkenal dengan skil hook menangkap hero lawan dengan menggunakan hero tank Franco.
Selain mereka berempat, pasukan ini turut terdiri daripada pemain muda yang merupakan bekas anggota pasukan Team Eksdi Muhammad Ilham Idraki dan Muhammad Farid serta bekas pemain Mysterious Assassins (MyA) Jr, Muhammad Faiz Hanifiah.
Sementara itu, kapten pasukan Muhammad Hilman berkata dia yakin dengan keserasian setiap ahli pasukan berkenaan mampu membawa ICON MY pergi lebih jauh dalam e-sukan ini.
"Saya sangat mengharapkan ICON MY setanding dengan pasukan Indonesia, Thailand dan Filipina," katanya.
Senada dengan keyakinan Muhammad Hilman, pemain tank pasukan ini Edmond berkata mereka akan menggiatkan lagi latihan yang akan dijalani termasuk dengan mengadakan perlawanan persahabatan dengan negara lain.
"Kami mempunyai hubungan dengan barisan skuad terbaik dunia di luar sana, jadi kami akan cuba membuat perlawananan persahabatan dan mempelajari meta (Strategi Paling Efektif) baharu," jelas Edmond.
Mobile Legends merupakan satu permainan video mudah alih atas talian multi-pemain yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Moonton.
Bagi setiap satu perlawanan, dua kumpulan akan bertarung untuk 'memusnahkan' pangkalan musuh mereka dan pada masa yang sama mereka juga perlu mempertahankan pangkalan sendiri melalui beberapa laluan yang disediakan.
Dengan 100 juta muat turun di peranti Android dicatatkan di seluruh dunia, Mobile Legends turut menjadi kegilaan ramai rakyat Malaysia terutama dalam kalangan golongan muda.
Mariah Ahmad
Sun Apr 22 2018
Pemilihan nama ICON MY itu adalah berdasarkan populariti dan skil permainan yang ditonjolkan keempat-empat pemain itu sehingga menjadi sanjungan pemain-pemain Mobile Legends tempatan.
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Mobile Legends: Syno, Unta, ComeToPapa dan Error tubuh pasukan baharu ICON MY
Penubuhan pasukan itu adalah bagi memberi saingan kepada pasukan tempatan yang lain dan seterusnya menjadi yang terbaik di rantau ini.