Ikon hoki negara Datuk Mirnawan Nawawi dilantik sebagai pengurus pasukan lelaki negara berkuat kuasa serta-merta bagi membantu ketua jurulatih Arul Selvaraj sehingga Sukan Olimpik Paris 2024.
Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Datuk Seri Subahan Kamal mengesahkan pelantikan itu selepas mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah Eksekutif badan induk hoki negara itu di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, petang tadi.
"Kami sebulat suara bersetuju melantik Mirnawan sebagai pengurus skuad senior lelaki kebangsaan. Sudah tiba masanya kita kembali ke era dahulu apabila ikon hoki diberikan tanggungjawab mengemudikan pasukan kebangsaan.
"Sebelum ini, kita lantik jurulatih sebagai pengurus pasukan tapi kita merasakan sistem tersebut tidak memberi kesan positif kerana peranan jurulatih dan pengurus berbeza. Pengurus lebih kepada motivasi, jurulatih lebih kepada taktikal," katanya kepada media, hari ini.
Mesyuarat itu turut membincangkan mengenai bekas pemain kebangsaan bagi jawatan pengurus pasukan hoki wanita serta pengurus pasukan hoki remaja.
Mengenai pelantikan pengarah teknikal Projek Khas Sukan Asia 2026, Subahan berkata tiada kata putus dimuktamadkan setakat ini.
Beliau berkata pihaknya memerlukan sedikit masa untuk membuat pertimbangan sebelum mengumumkan pelantikan jawatan baharu itu.
"Kita berharap jawatan tersebut dapat diisi sebelum Program Pembangunan Hoki Negara (NHDP) bermula pada 1 Okt depan," katanya.
Jawatan berkenaan diwujudkan buat pertama kali untuk memastikan skuad hoki lelaki dan wanita negara meraih pingat emas pada Sukan Asia 2026 di Nagoya, Jepun.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 26 2020
![Mirnawan Nawawi dilantik pengurus skuad hoki lelaki negara Mirnawan Nawawi dilantik pengurus skuad hoki lelaki negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-09/61601129286_TBMIRNAWANNAWAWIHO.jpg)
Datuk Mirnawan Nawawi dilantik sebagai pengurus pasukan lelaki negara berkuat kuasa serta-merta. - Foto Instagram/@mirnawannawawi
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Sarjit jurulatih baharu Speedy Tigers Sarjit jurulatih baharu Speedy Tigers](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709449801_SarjitSingh.jpg)
Sarjit jurulatih baharu Speedy Tigers
Sarjit yang merupakan jurulatih pasukan hoki Johor pernah mengendalikan skuad Speedy Tigers dari Januari 2007 hingga Disember 2008.
![Arul berdepan fasa sukar bersama skuad kebangsaan Arul berdepan fasa sukar bersama skuad kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699311886_ArulSelvaraj.jpg)
Arul berdepan fasa sukar bersama skuad kebangsaan
Situasi tersebut membuatkan Arul terpaksa fokus kepada latihan berskala kecil dengan hanya melibatkan 12 orang pemain.
![Sukan Asia Hangzhou: Skuad hoki lelaki ulangi pencapaian buruk Doha Sukan Asia Hangzhou: Skuad hoki lelaki ulangi pencapaian buruk Doha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51691921279_TBArulSelvaraj.jpg)
Sukan Asia Hangzhou: Skuad hoki lelaki ulangi pencapaian buruk Doha
Kekalahan terbaharu 2-5 The Speedy Tigers kepada Pakistan dalam penentuan tempat kelima dan keenam hari ini membangkitkan persoalan.
![Sukan Asia: Arul bangga Speedy Tigers dahagakan emas di China Sukan Asia: Arul bangga Speedy Tigers dahagakan emas di China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51691921279_TBArulSelvaraj.jpg)
Sukan Asia: Arul bangga Speedy Tigers dahagakan emas di China
Ketua jurulatih skuad hoki lelaki kebangsaan, Arul Selvaraj, bangga dengan semangat juang tinggi pemain untuk mencipta sejarah membawa pulang emas sulung Sukan Asia bagi edisi 2022 di Hangzhou, China.
![Hoki Piala Dunia: Speedy Tigers terlepas peluang tamatkan saingan kelompok sepuluh terbaik Hoki Piala Dunia: Speedy Tigers terlepas peluang tamatkan saingan kelompok sepuluh terbaik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81674730338_TBINDIAHOCKEY.jpg)
Hoki Piala Dunia: Speedy Tigers terlepas peluang tamatkan saingan kelompok sepuluh terbaik
Hasrat skuad Speedy Tigers untuk menamatkan saingan di tempat kesembilan saingan Kejohanan Hoki Piala Dunia 2023 lebur selepas tumpas kepada Afrika Selatan.
![Speedy Tigers usah terbuai kejayaan lalu - Arul Selvaraj Speedy Tigers usah terbuai kejayaan lalu - Arul Selvaraj](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673992514_TBArulSelvaraj.jpg)
Speedy Tigers usah terbuai kejayaan lalu - Arul Selvaraj
Arul Selvaraj berkata apabila berentap di pentas Piala Dunia, cabaran yang akan dihadapi pastinya berbeza demi memburu kemenangan.
![Arul Selvaraj pertimbang bawa pemain simpanan beraksi Arul Selvaraj pertimbang bawa pemain simpanan beraksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673992514_TBArulSelvaraj.jpg)
Arul Selvaraj pertimbang bawa pemain simpanan beraksi
Skuad negara sudah berlepas ke Bhubaneswar, India dari Rourkela, India semalam, bagi meneruskan perjuangan menentang New Zealand.
![Speedy Tigers dijinakkan Korea Selatan Speedy Tigers dijinakkan Korea Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81669673795_HOKI.jpg)
Speedy Tigers dijinakkan Korea Selatan
Para pemain negara akan kembali fokus perlawanan seterusnya dalam memberikan persembahan terbaik apabila berdepan Kanada.
![Arul Selvaraj gesa nasib ACT ditentukan segera Arul Selvaraj gesa nasib ACT ditentukan segera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/61611015919_ArulSelvaraj.jpg)
Arul Selvaraj gesa nasib ACT ditentukan segera
Setakat ini hanya tiga negara yang mampu mengesahkan penyertaan, sementara yang lain masih terikat dengan polisi pintu sempadan negara masing masing ekoran penularan mendadak COVID-19.
![Mirnawan Nawawi dilantik pengurus skuad hoki lelaki negara Mirnawan Nawawi dilantik pengurus skuad hoki lelaki negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/61601129286_TBMIRNAWANNAWAWIHO.jpg)
Mirnawan Nawawi dilantik pengurus skuad hoki lelaki negara
Ikon hoki negara Datuk Mirnawan Nawawi dilantik sebagai pengurus pasukan lelaki negara berkuat kuasa serta-merta bagi membantu ketua jurulatih Arul Selvaraj sehingga Sukan Olimpik Paris 2024.