PRESTASI cemerlang Max Verstappen memperoleh kedudukan pertama Grand Prix Abu Dhabi apabila Lewis Hamilton mengisytiharkan Mercedes tidak mempunyai jawapan kepada kelajuan dipamerkan Red Bull.
Hamilton dan Verstappen menuju ke perlumbaan terakhir memburu gelaran. Kedua-dua pelumba terakhir dengan 369.5 mata, namun Verstappen memiliki kelebihan hasil sembilan kemenangan pada 2021 berbanding lapan dilakar Hamilton.
Pelumba Red Bull, Verstappen, mungkin sudah mengambil langkah terbaik dalam memburu gelaran pertamanya, dan menamatkan dominasi Hamilton, selepas merekodkan masa terbaik dengan satu minit 22.109 saat dalam percubaan pertama Q3 semalam.
Hamilton bakal memulakan perlumbaan di petak kedua, ketinggalan 0.371 saat di belakang pencabar terdekatnya itu, sementara Lando Norris di tempat ketiga manakala rakan sepasukan Verstappen, Sergio Perez, di tempat keempat.
On pole for the final race of an incredible season
Bagi pihaknya, Hamilton berasa gembira kerana mengekalkan Verstappen dalam jarak yang dekat, dengan penyandang juara dunia itu memuji pesaingnya, "Pertama, Max melakukan pusingan hebat hari ini. Kami tidak dapat bersaing dengan masa itu.
"Mereka sangat laju bermula daripada sesi latihan, kami tidak dapat memberikan jawapan. Kami berada dalam kedudukan yang baik, saya ingin berfikir mengenai tayar yang bakal digunakan untuk perlumbaan sebenar nanti.
"Pusingan terakhir amat baik, saya tidak boleh pergi lebih laju lagi. Saya tidak dapat mengalahkan masa yang dilakukan Max hari ini, dia layak mendapat petak pertama. Saya masih di barisan hadapan. Saya bersyukur kerana dapat melihat di mana dia berada!"
Astro Arena
Sun Dec 12 2021
Max Verstappen ketika beraksi dalam pusingan kelayakan Grand Prix F1 Abu Dhabi di Abu Dhabi, UAE, 11 Dis 2021. (Foto AP)
Pasukan PBB akan lawat Bangladesh, siasat pembunuhan semasa protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini.
Misi perdagangan Pulau Pinang ke AS tingkat hubungan pelabur, teroka teknologi baharu
Misi pelaburan dan perdagangan InvestPenang ke AS berjaya mengeratkan hubungan dengan pelabur dari negara tersebut serta menyediakan peluang meneroka teknologi AI dan teknologi terkini.
Keluarga Muhammad Nidza Afham reda, serah hal siasatan kepada polis
Keluarga Muhammad Nidza Afham Mokhtar menyerahkan sepenuhnya urusan siasatan kematian Allahyarham kepada pihak berkuasa.
AWANI 7:45 [15/08/2024] – Nidza Afham selamat dikebumikan | Pembunuhan kejam | Sangkal dakwaan pengguna X | Srettha dilucut jawatan PM
#AWANI745 malam ini bersama Irfan Faruqi langsung dari Johor Bahru;
- Kematian Nidza Afham tiada unsur jenayah, punca masih tunggu siasatan makmal
- Pemain bola bawa kerambit masa gaduh rupa-rupanya senarai 'wanted' polis
- Produk Malaysia mendunia, kerajaan sasar tembusi pasaran antarabangsa
- Lebih 24 jam terkandas di Jeddah, jemaah umrah tuntut penjelasan Malaysia Airlines
- Kematian Nidza Afham tiada unsur jenayah, punca masih tunggu siasatan makmal
- Pemain bola bawa kerambit masa gaduh rupa-rupanya senarai 'wanted' polis
- Produk Malaysia mendunia, kerajaan sasar tembusi pasaran antarabangsa
- Lebih 24 jam terkandas di Jeddah, jemaah umrah tuntut penjelasan Malaysia Airlines
AWANI Ringkas: Jenazah ibu MB Kedah selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Jenazah Nidza Afham selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemecatan Srettha sebagai PM Thailand mengejutkan - Pemerhati politik
Pertempuran antara ideologi parti rakyat dan parti-parti gabungan semasa akan menjadi semakin sengit.
MCMC bakal lancar Kempen Kesedaran Keselamatan Dalam Talian - Teo
Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bakal melancarkan Kempen Kesedaran Keselamatan Dalam Talian yang komprehensif dalam masa terdekat.
Nenggiri miliki potensi jadi destinasi ekopelancongan
Pemandangan suasana pergunungan dalam kawasan Nenggiri yang dihiasi landskap menarik sering mengundang kunjungan pelawat untuk menikmati keindahannya, kata Malim Gunung Mohamad Saifful Rizal Jusoh.
Pemenang emas Olimpik Indonesia Rizki Juniansyah ditawar kerja kerajaan
Rizki Juniansyah, yang memenangi pingat emas dalam acara angkat berat 73kg lelaki di Sukan Olimpik Paris 2024 telah menerima tawaran pekerjaan daripada Kementerian Belia dan Sukan Indonesia.
Mercedes tiada jawapan kepada kelajuan Red Bull
Verstappen memiliki kelebihan hasil sembilan kemenangan pada 2021 berbanding lapan dilakar Hamilton.
F1: Rosberg kalahkan Hamilton untuk gondol kejuaraan dunia sulung
Berkedudukan kedua di GP Abu Dhabi, Rosberg berkelebihan lima untuk meraih kejuaraan dunia sulung, sekaligus menyamai pencapaian ayahnya Keke pada 1982.