MELAKA: Kerajaan negeri berharap Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dapat meluluskan cadangan pembinaan gimnasium angkat berat di Nyalas bagi pembangunan sukan itu dalam usaha melahirkan lebih ramai bakat baharu yang mampu diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan, Fairul Nizam Roslan, berkata pembinaan pusat latihan baharu itu penting sebagai satu fasiliti yang lebih kondusif serta selesa memandangkan atlet negeri ini yang bernaung di bawah Kelab Angkat Berat Nyalas menggunakan Dewan Japerun Asahan sebagai pusat latihan kerana ketiadaan tempat untuk berlatih.
"Di bawah kelab ini juga kita mempunyai lebih 30 atlet pelapis yang berlatih selain 13 atlet negeri yang kini bersekolah di Sekolah Sukan Negeri (SSN), Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota.
"Rekod prestasi mereka sangat cemerlang seperti yang dicapai oleh Nurul Syasya Khairina Samsur yang melakar sejarah sebagai atlet pertama Melaka menghadiahkan kilauan emas bagi angkat berat pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2022," katanya kepada pemberita di Pusat Kegiatan Masyarakat Selandar, di sini, semalam.
Terdahulu beliau hadir menyempurnakan Majlis Penutup Kursus Kemahiran Jangka Pendek (KKJP) Pendidikan Kemahiran 2023 Parlimen Alor Gajah dan Majlis Meraikan Atlet Kelab Sukan Angkat Berat Nyalas yang mengharumkan nama Melaka di Kejohanan Angkat Berat Belia, Remaja dan Senior Kebangsaan di Rompin, Pahang, baru-baru ini.
Fairul, yang juga Penasihat Kelab Angkat Berat Nyalas, berkata pihaknya telah mengenal pasti tapak lokasi yang sesuai bagi pembinaan gimnasium tersebut yang bersebelahan Dewan Japerun Asahan.
Katanya, gimnasium itu tidak hanya berfungsi sebagai pusat latihan tetapi juga platform memberi pendedahan ilmu sukan itu secara menyeluruh termasuklah pembelajaran teori, fisioterapi dan anatomic termasuklah dilengkapi dengan kemudahan asrama untuk kegunaan masa depan.
"Kita juga berterima kasih kepada Majlis Sukan Negara (MSN) Melaka yang telah memperuntukkan lebih RM70,000 bagi menyediakan segala peralatan dan perkakasan sukan angkat berat ini.
"Selain itu pihak kita akan terus memperkasakan sukan angkat berat ini agar mampu melahirkan atlet yang cemerlang dan mampu meraih kejayaan lebih membanggakan di peringkat kebangsaan mahu pun antarabangsa pada masa akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 02 2023

Fairul Nizam (dua, kanan) menyampaikan sumbangan kepada atlet angkat berat Melaka selepas menyempurnakan Majlis majlis di Pusat Kegiatan Masyarakat Selandar, Melaka, 2 Jun 2023. --fotoBERNAMA
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Kategori baharu buat Aniq Kasdan mulai 2025
Jaguh angkat berat negara Mohamad Aniq Kasdan mengesahkan akan beraksi dalam kategori baharu, iaitu 60 kilogram (kg) bermula 2025.

Sukan SEA 2025: Atlet angkat berat berdepan cabaran kemungkinan perubahan kategori
Ini susulan mesyuarat IWF di Manama, Bahrain baru-baru ini yang memutuskan perubahan kategori bagi sukan berkenaan.

Mohamad Syahmi mahu ikut jejak Aniq
Atlet berusia 20 tahun itu berkata beliau tidak akan berhenti berusaha untuk ke peringkat lebih tinggi dalam sukan angkat berat.

Lapan kali Muhammad Hafizuddin pecah rekod kebangsaan
Muhammad Hafizuddin Roslin bagai tiada tandingan apabila memecah rekod kebangsaan sebanyak lapan kali dalam acara angkat berat kategori 81 kilogram (kg) lelaki untuk merangkul pingat emas SUKMA 2024.

Mohamad Aniq gembira sukan angkat berat mula dapat perhatian
Angkat berat kini lebih dikenali terutamanya selepas Aniq membuktikan bahawa Malaysia mampu memberi saingan di temasya sukan terbesar dunia itu.

Olimpik Paris 2024: Kalah dengan 1kg lebih mengecewakan - Mohamad Aniq
Mohamad Aniq terlepas penamat podium dalam acara angkat berat kategori 61kg lelaki di Sukan Olimpik Paris 2024, pada Rabu.

PABM teliti penggunaan suplemen buat Aniq Kasdan
Dalam aspek ini, Institut Sukan Negara perlu meneliti penggunaan suplemen yang mungkin boleh memberi tenaga dan kekuatan kepada atlet ini.

Mohamad Aniq buru ranking keempat kelayakan Olimpik Paris
Badang negara berkata untuk merealisasikan misi itu, beliau perlu membuat angkatan keseluruhan sebanyak 305 kg di Piala Dunia 2024 di Phuket, Thailand pada April depan.

Sukan Para Asia: Angkatan emas untuk abang Bryan - Bonnie
Malaysia raih emas kelima menerusi atlet powerlifting Bonnie Bunyau Gustin dalam acara 72 kilogram.

Keputusan Aniq dan Aznil masuk RTG diketahui selepas mesyuarat - Hannah
Hannah berkata, buat masa ini, beliau tidak boleh umum sebarang keputusan melibatkan program itu yang dipengerusikan bersama Presiden MOM.