DANIIL MEDVEDEV menempah kekalahan keempat dalam lima perlawanan ketika tersingkir kepada Reilly Opelka di tanah airnya dalam Kejohanan Tenis Terbuka St Petersburg, awal pagi tadi.
Pemain pilihan utama itu mengakhiri rentak suramnya menerusi kemenangan ke atas Richard Gasquet dalam pusingan pertama dan dijangka mara sebaik dia memenangi set pertama ketika berdepan Opelka.
Tetapi pemain Amerika Syarikat (AS) tinggi lampai itu memadam kepincangan awalnya untuk menang 2-6, 7-5, 6-4 yang menyaksikannya mempertahankan empat mata break yang dimiliki Medvedev dalam set ketiga.
Pemain nombor enam dunia itu mara ke separuh akhir Terbuka AS sebelum menempuhi renteten keputusan mengecewakan, sekali gus memberi kemenangan terbesar dalam karier Opelka.
"Menentang salah seorang pemain terbaik dunia secara amnya apatah lagi dia beraksi di tempat sendiri sememangnya akan menjadi satu perlawanan yang sukar," kata Opelka.
"Ini adalah kemenangan yang amat besar ertinya bagi saya.
"Saya beraksi buruk dalam set pertama. Saya saya hampir tidak memungut sebarang mata menerusi servisnya tetapi sebahagiannya bergantung kepada usahanya sendiri. Daniil merupakan mimpi ngeri buat lawan."
Di akhir perlawanan, Medvedev kemudian menghempaskan raketnya ke gelanggang bagi melepaskan kekecewaannya.
Tuan rumah, bagaimanapun, masih mampu mengibarkan cabaran menerusi Andrey Rublev dan Karen Khachanov.
- StadiumAstro.com / Shaiful Shamsudin
Astro Arena
Fri Oct 16 2020

Di akhir perlawanan, Medvedev kemudian menghempaskan raketnya ke gelanggang bagi melepaskan kekecewaannya. - Reuters

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Tenis Final ATP: Medvedev ke separuh akhir, Alcaraz catat kemenangan sulung
Daniil Medvedev muncul individu pertama melayakkan diri ke separuh akhir Final ATP di Turin dengan menewaskan Alexander Zverev.

Sensasi gelaran Grand Slam ke-24 Djokovic
Pemain Serbia itu menewaskan Daniil Medvedev 6-3, 7-6 (7/5), 6-3.

Tenis Terbuka AS: Daniil Medvedev kejutkan Carlos Alcaraz untuk ke final
Daniil Medvedev mencipta kejutan dalam Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat apabila menumbangkan juara bertahan Carlos Alcaraz.

Terbuka Perancis: Daniil Medvedev tersingkir di pusingan pertama
Daniil Medvedev tewas dalam lima set kepada pemain kelayakan Brazil, Thiago Seyboth Wild.

Terbuka Madrid: Medvedev, Tsitsipas teruskan kemaraan, Auger-Aliassime tersingkir
Medvedev meneruskan kemaraan dengan mengatasi pemain Itali daripada pusingan kelayakan, Andrea Vavassori, 6-4, 6-3.

Nadal juarai Terbuka Mexico
Nadal menang 6-4, 6-4 ke atas bintang tenis berusia 26 tahun yang juga pemain ke-12 dunia serta pilihan keenam.

Nadal tewaskan Medvedev sekali lagi
Kemenangan pemain nombor lima dunia itu membolehkannya berdepan pemain nombor satu Britain, Cameron Norrie.

Djokovic masih bermotivasi walau takhta nombor satu dunia dirampas Medvedev
Tempoh 86 minggu Djokovic di kedudukan teratas ranking ATP berakhir selepas jaguh Serbia itu tewas kepada peserta daripada pusingan kelayakan, Jiri Vesely.

Nadal dijulang juara, ini antara fakta menarik Terbuka Australia 2022
Terbuka Australia 2022 melabuhkan tirainya malam tadi dengan Rafael Nadal dinobatkan sebagai juara perseorangan lelaki sekali gus mencipta rekod meraih gelaran Grand Slam ke-21 miliknya.

Medvedev mara ke pusingan keempat Terbuka Australia
Daniil Medvedev mengatasi pemain Belanda, Botic van de Zandschulp 6-4, 6-4, 6-2 di Arena Margaret Court.