Bekas penyerang Kelantan Norshahrul Idlah Talaha belum membayar harga tebus kontrak kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) walaupun telah menyertai Darul Takzim FC.
Presiden Kafa Tan Sri Annuar Musa berkata mengikut peraturan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Norshahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, sepatutnya membayar harga tebus kontrak tersebut dalam tempoh 30 hari selepas didaftarkan dengan pasukan baru.
Annuar Musa, yang tidak mendedahkan nilai harga tebus kontrak itu berkata Mat Yo juga masih mempunyai baki kontrak bernilai RM400,000 bersama Kafa.
Jelas beliau, walaupun FAM mempunyai kuasa untuk memutuskan seseorang pemain layak bermain atau tidak setelah menebus kontrak, namun perkara itu sepatutnya tidak diambil mudah.
Ia kerana dibimbangi pemain lain tidak akan mengikuti peraturan pada masa hadapan. Justeru, Annuar Musa berharap agar FAM dapat menyelesaikan masalah itu dengan segera kerana tidak mahu ia berpanjangan tanpa penyelesaina yang kukuh daripada kedua-dua pihak.
Polemik perpindahan Mat Yo menjadi isu hangat selepas menamatkan kontrak secara sebelah pihal walaupun masih berbaki 13 bulan bersama Kafa.
Astro Awani
Thu Jan 03 2013
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Peminat Red Warriors, Harimau Selatan berkampung di Bukit Jalil
Demam perlawanan akhir Piala FA kian melanda peminat tegar bola sepak Kelantan dan Darul Takzim FC terutama di ibu negara dalam usaha mereka mendapatkan tiket di saat akhir.
Darul Takzim FC ke separuh akhir Piala FA
Dalam aksi suku akhir kedua Piala FA, Johor Darul Takzim, (DT) berjaya ke separuh akhir selepas menewaskan Selangor 4-2 menerusi sepakan penalti di Stadium Shah Alam.
Darul Takzim menang tipis keatas T-Team
Pasukan berstatus bintang, Darul Takzim FC meraih mata penuh dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas T-Team hasil jaringan penyerang sensasi, Daniel Guiza.
Del Nero bakal ditamatkan kontrak jika belum pulih
Pemain tengah import Darul Takzim FC, Simone Del Nero kini berdepan penamatan kontrak susulan kecederaan yang dialaminya belum pulih.
Darul Takzim lega kalahkan PKNS
Kemenangan 3-1 Darul Takzim FC ke atas PKNS mereda sedikit tekanan yang dialami anak buah Fandi Ahmad.
Fandi gembira Safee menemui sentuhan
Ketua jurulatih Darul Takzim, Fandi Ahmad mengakui gembira dengan prestasi penyerangnya Safee Sali yang kembali menemui sentuhan jaringan.
ATM gagal jinakkan Harimau Selatan
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) gagal mengutip tiga mata penuh setelah seri 2-2 dengan pasukan Darul Takzim FC pada saingan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam tadi.
Darul Takzim FC menang tipis keatas Perak
Darul Takzim FC sekadar menang 1-0 keatas Perak yang beraksi dengan sembilan pemain dalam satu perlawanan Liga Super malam tadi.
Mat Yo masih hutang Kafa harga tebus kontrak
Bekas penyerang Kelantan Norshahrul Idlah Talaha belum membayar harga tebus kontrak kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan.