KUALA LUMPUR: Akibat terlalu penat, bekas juara dunia remaja Goh Jin Wei berkata beliau hampir pengsan selepas set pertama perlawanan pusingan pertama Masters Malaysia 2022 di sini hari ini.
Jin Wei, yang merupakan satu-satunya perseorangan wanita negara masih beraksi dalam kejohanan itu, mengakui beliau telah menggunakan banyak tenaga dalam set pertama menentang pemain Amerika Syarikat Beiwei Zhang di Axiata Arena.
Bagaimanapun, perseorangan nombor 69 dunia itu akhirnya mengungguli perlawanan 21-19, 21-18 untuk meraih tempat di pusingan kedua esok.
"Saya rasa saya bertuah memenangi perlawanan ini.. saya hampir pengsan ketika mahu menukar gelanggang sebelum set kedua, mungkin saya terlalu fokus untuk dapatkan mata demi mata ketika set pertama," katanya kepada pemberita selepas perlawanan.
Halangan sukar menanti Jin Wei di pusingan kedua apabila beliau dijadualkan bertemu perseorangan nombor dua dunia Tai Tzu Ying dari Taiwan.
Bagaimanapun, Jin Wei tekad untuk 'menyajikan' Tzu Ying dengan tentangan sengit
"Saya akan 'menikmati' perlawanan dan pastinya akan cuba melakukan yang terbaik untuk memberi tekanan esok," katanya.
Sementara itu beregu campuran negara Chen Tang Jie-Valeree Siow mempamerkan aksi bertenaga untuk mengejutkan pilihan kelapan Mark Lamsfuss-Isabel Lohau dari Jerman 21-17, 21-11.
Tang Jie, yang mengakui kurang konsisten hari ini, melahirkan rasa syukur dengan keupayaan Valeree menangani situasi dan membantunya sepanjang perlawanan itu.
Tang Jie-Valeree dijadualkan bertemu Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran selepas pasangan Thailand itu menewaskan Zachariah Josiahno Sumanti-Hediana Julimarbela dari Indonesia 21-18, 21-16.
Sementara itu, pemain profesional Soong Joo Ven gagal mara dalam dua kategori hari ini.
Joo Ven yang bergandingan dengan pemenang perak Olimpik Rio 2016 Goh Liu Ying dalam beregu campuran memenangi set pertama 21-19 sebelum tewas kepada pasangan Indonesia Hafiz Faizal-Serena Kani, 15-21, 18-21.
Terdahulu, Joo Ven disingkirkan oleh Li Shi Feng dari China 14-21, 12-21 dalam saingan perseorangan lelaki.
Beregu lelaki muda negara Wan Arif Wan Junaidi-Muhammad Haikal Nazri pula berjaya mencatat kemenangan selepas berhempas-pulas selama satu jam lima minit menentang rakan senegara dan beregu profesional Boon Xin Yuan-Wong Tien Ci, 15-21, 21-17, 21-17.
Wan Arif-Muhammad Haikal bakal berdepan Man Wei Chong-Tee Kai Wun, selepas Wei Chong-Kai Wun menumpaskan Nur Mohd Azriyn Ayub-Lim Khim Wah, 21-13, 21-14, dalam perlawanan antara dua beregu Malaysia pada pusingan pertama semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 06 2022
Aksi pemain Badminton perseorangan Wanita, Goh Jin Wei ketika perlawanan menentang pemain Amerika Syarikat, Beiwen Zhang pada Perlawanan Badminton 'Perodua Malaysia Masters 2022' di Axiata Arena Bukit Jalil hari ini. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Pekerja Islam berdepan diskriminasi solat Jumaat diminta buat aduan - Exco
Pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Jan tahun depan diminta membuat aduan.
Lebih 2,000 alumni bakal sertai Malam Alumni UM 2024
Aktiviti ini dijangka memberi motivasi kepada pelajar baharu dan alumni muda untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.
MediaTek lancar cip Dimensity 8350
Ia dihasilkan menggunakan teknologi 4nm, hadir dengan empat teras CPU Cortex-A715, empat teras CPU Cortex-A510, GPU Mali-G615 MC6, dan NPU 780.
[KOLUMNIS] Perolehan aset terpakai: Pilihan praktikal pertahanan
Pembelian aset terpakai ini terbukti mampu menawarkan jalan tengah yang pantas dan efektif.
Sidang Parlimen: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Fasa akhir pembinaan kapal Littoral Combat Ship (LCS) pertama dijadualkan siap akhir tahun ini dan dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan dalam kontrak.
'Kita perlukan pasukan penembak dron' - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata Malaysia memerlukan pasukan penembak dron bagi mengatasi masalah penyeludupan dadah dalam negara.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Jin Wei lepasi halangan pertama dalam kejar impian ke Olimpik Paris 2024
Jin Wei, yang kini menduduki ranking ke-31 dunia, bakal berdepan tugas berat pada pusingan kedua, esok, menentang pilihan ketujuh.
Jin Wei gembira kembali beraksi di Kejohanan Super 1000
Pemain berusia 22 tahun yang menghuni ranking ke-33 dunia itu mahu memberikan yang terbaik di hadapan penyokong tempatan di Axiata Arena.
Pemain antarabangsa hangatkan kejohanan Malaysia Purple League
Penganjuran kejohanan berkonsep liga itu menyaksikan lapan pasukan tempatan berentap merebut kejuaraan.
Kehilangan besar namun BAM hormati keputusan Jin Wei - Mohamad Norza
Goh Jin Wei pernah menyatakan hasrat untuk bersara sejak bulan lepas berikutan masalah kesihatan yang dialaminya.
Bekas juara remaja dunia Jin Wei umum persaraan
Pemain berasal dari Pulau Pinang mengumumkan persaraan pada usia muda itu menerusi satu video yang dimuat naik di YouTube.
Jin Wei tidak sertai Master Malaysia - BAM
Pihak kejurulatihan percaya pemain berumur 19 tahun itu memerlukan lebih banyak masa untuk kembali cergas.
Seluruh England: Jin Wei perlu kerah segala keringat
2018 menyaksikan Jin Wei membuat penampilan pertamanya dalam kejohanan ini namun dia disingkirkan Aya Ohori dalam pusingan kedua.
Terbuka Jerman: Yamaguchi sekat impian Jin Wei ke final
Pertemuan kedua buat dua seteru itu pada tahun ini menyaksikan Yamaguchi merakamkan kemenangan dalam tempoh 33 minit.
Lee Chong Wei kagum pada Jin Wei
Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mahu jaguh remaja dunia dua kali, Goh Jin Wei lebih yakin dengan kemampuan diri untuk tampil lebih kompetitif.