KUALA LUMPUR: Empat pasangan beregu badminton negara memberikan keceriaan kepada peminat tempatan pada pada perlawanan pembukaan Masters Malaysia 2023 di Arena Axiata, di sini hari ini.
Pasangan beregu terbaik negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya mengatasi cabaran sengit dari juara Sukan SEA 2023 Pramudya Kusumawardana-Yeremia Erich Yoche Yacob Rambitan dari Indonesia, 21-18, 10-21, 23-21, dalam perlawanan yang berlangsung selama 55 minit.
Pasangan dari Korea Selatan Choi Sol Gyu-Kim Won Ho menanti Aaron-Wooi Yik pada pusingan kedua selepas pasangan itu menewaskan Christo Popov-Toma Junior Popov dari Perancis, 24-22, 21-10, dalam satu lagi perlawanan pembukaan.
Bercakap mengenai perlawanan hari ini, Wooi Yik mengakui bahawa mereka kehilangan fokus pada set kedua selepas pasangan Indonesia itu mengubah taktik mereka, yang membolehkan lawan mereka itu mengheret perlawanan ke set penentuan.
"Di set kedua, kami terlalu cepat buang mata dengan senang dan tak selesa dengan permainan mereka, agak kelam kabut dan cemas, namun dalam set ketiga walaupun banyak kesilapan, kita kekalkan permainan dan tidak berikan mata mudah kepada lawan," katanya kepada media di sini.
Sementara itu, pasangan beregu profesional negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi menewaskan pasangan China Ren Xiang Yu-Tan Qiang, 21-16, 21-18 bagi menempah satu lagi slot ke pusingan kedua.
Pasangan pilih keenam itu akan berhadapan pasangan dari Taiwan Lu Ching Yao-Yang Po Han, yang menewaskan Ruben Jille-Ties Van Der Lecq dari Belanda, 21-17, 21-15.
Yew Sin gembira kerana permainan mereka hari ini menjadi sekali gus berjaya menewaskan pasangan China itu, manakala Ee Yi berkata mereka tidak akan memandang mudah terhadap cabaran satu lagi pasangan dari China Ching Yao-Po Han selepas ini, walaupun mereka berjaya mengalahkan pasangan itu pada peringkat kumpulan di Piala Sudirman, 21-8, 23-21, minggu lepas.
Dalam satu lagi perlawanan, pasangan bukan pilihan Man Wei Chong-Tee Kai Wun berjaya melakukan kejutan selepas mereka menewaskan pasangan pilihan ketujuh dari Denmark Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen, 25-23, 21-16 dan akan berhadapan sama ada pasangan Alexander Dunn-Adam Hall dari Scotland atau satu lagi pasangan negara Tan Kian Meng-Tan Wee Kiong, dalam pusingan kedua.
Sementara itu pasangan beregu wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah memulakan kempen mereka dengan baik selepas menewaskan pasangan kembar dari Bulgaria Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva, 21-17, 21-15.
Pasangan ke-11 dunia itu, selepas ini akan berhadapan pasangan dari Jepun Rena Miyaura-Ayako Sakuramoto yang menewaskan pasangan dari England Chloe Birch-Lauren Smith, 21-12, 21-8, dalam satu lagi perlawanan.
Pearly ketika ditemui selepas perlawanan gembira kerana berjaya membalas dendam terhadap pasangan kembar Stoeva itu, yang telah mengalahkan mereka 19-21, 14-21, pada pusingan awal Terbuka Malaysia 2023, Januari lepas dan berharap untuk mengekalkan momentum kemenangan mereka ketika berhadapan pasangan Jepun selepas ini.
Bagaimanapun pasangan beregu profesional wanita negara Vivian Hoo-Lim Chiew Sien terkeluar awal selepas mereka tewas kepada Maiken Fruergaard-Sara Thygesen dari Denmark, 13-21, 18-21.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 23 2023
Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya mengatasi cabaran sengit dari juara Sukan SEA 2023 Pramudya Kusumawardana-Yeremia Erich Yoche Yacob Rambitan dari Indonesia dalam perlawanan yang berlangsung selama 55 minit. - Gambar Bernama
Maritim Malaysia dipilih perintis integrasi AI dalam pengoperasian
Maritim Malaysia dipilih sebagai salah satu jabatan di bawah KDN sebagai perintis pengintegrasian teknologi AI dalam pengoperasian.
NAFAS perlu kekal sebagai pembekal utama baja negara
Faizul berkata, sejak sekian lama PPK membuat tempahan baja daripada NAFAS dan pengagihan berjalan mengikut jadual.
NRES perkasa Akta Hakmilik Strata - Nik Nazmi
Hal ini bagi memastikan skim-skim strata yang dibangunkan dapat disediakan dokumen hak milik strata mengikut kehendak perundangan semasa.
Bursa ASEAN perlu bangun instrumen tarik pelabur asing - CEO Bursa Malaysia
Beliau berkata ASEAN mesti terangkum dan mampan untuk menjadi ekonomi keempat terbesar di dunia menjelang 2030.
Solusi lebih holistik perlu dirancang elak banjir berulang
Tumpuan perlu diberikan bukan hanya kepada kerja-kerja mitigasi jangka pendek tetapi perlu menerapkan perubahan iklim.
Dua beradik jual ikan 'sekoq dua kupang', bantu golongan memerlukan
Dua beradik, Mohamad Syamil Zulkifli dan Mohamad Shauki Zulkifli mengambil inisiatif menjual ikan seekor 20 sen bagi membantu golongan memerlukan.
Jeneral Joseph Aoun dipilih sebagai Presiden Lubnan yang baharu
Pelantikan Jeneral Joseph Aoun bagi mengisi kekosongan jawatan presiden, dengan seorang jeneral yang mendapat sokongan Amerika Syarikat.
Donald Trump beri penghormatan terakhir untuk Jimmy Carter
Lawatan ini menandakan kali pertama beliau kembali ke Capitol sejak rusuhan ganas yang berlaku pada 6 Januari 2021.
74 kanak-kanak di Gaza terbunuh minggu pertama 2025 - UNICEF
Serangan "waktu malam" oleh Israel di kawasan seperti Bandaraya Gaza, yang dianggap sebagai “zon selamat telah meragut nyawa kanak-kanak.
Kerajaan MADANI sentiasa mudah cara selesai masalah pelabur - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Kerajaan MADANI sentiasa memudah cara dan mencari kaedah terbaik serta pantas dalam menyelesaikan mana-mana masalah yang dihadapi pelabur.
PMM sasar atlet panjat dinding ke LA28
Persekutuan Mendaki Malaysia (PMM) menyasarkan untuk sekurang-kurangnya seorang atlet panjat dinding negara menjejakkan kaki di pentas Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Nurul Izzah Izzati sedia 'tawan' Eropah pada 2025
Tiada sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 yang khusus buat bintang muda berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang kini terus sibuk menjalani latihan di Velodrom Nasional Nilai.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
Aaron tetap waspada hadapi WTF 2024
Walaupun tanpa kehadiran beberapa pesaing utama, pemain beregu lelaki badminton negara Aaron Chia enggan memandang enteng cabaran Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou, China.
ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.
PSM setia dengan Ahmad Jais
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.
Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025
Program pembangunan yang diusahakan pasukan the Razkals sudah bermula sejak 2020 untuk cuba melayakkan atlet Malaysia ke Olimpik pada 2028.
Keputusan Sabah tidak jejas persiapan Sukan SEA 2027 - Hannah
Persiapan penganjuran Sukan SEA 2027 tidak terjejas meskipun Sabah memutuskan mahu mempertimbangkan semula cadangan menjadi penganjur bersama.
KOM 'pantau' pemenang emas SUKMA 2024
Acara olahraga yang berlangsung selama lima hari pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 menyaksikan satu rekod kebangsaan dan 11 rekod temasya baharu dirakamkan.
PM Anwar setuju Sarawak jadi penganjur bersama Sukan SEA 2027
Perdana Menteri berkata, perkara itu akan dibentang dan disahkan dalam mesyuarat jemaah menteri pada Rabu depan.