DIEGO Maradona nyata berang dan kecewa dengan persembahan memalukan Argentina yang dibantai 3-0 oleh Croatia tempoh hari.
Enggan maruah negara terus dirobek, pemenang Piala Dunia 1986 Maradona meminta untuk diadakan masyuarat tergempar bersama skuad La Albiceleste sebelum perlawanan terakhir peringkat Kumpulan D menentang Nigeria pada Selasa ini – yang wajib mereka menangi.
Kata Maradona, amat tidak wajar untuknya berdiam diri memeluk tubuh tanpa melakukan sesuatu kepada pasukan yang menjadi darah dagingnya itu.
"Saya amat berang dan sangat kecewa, kerana sesiapa pun yang pernah menyarung jersi itu tidak pernah menyangka ia dipermainkan sedemikian oleh pasukan Croatia yang bukan pasukan Jerman, Brazil, yang bukan Belanda atau Sepanyol.
"Kami akan mempertahankan maruah kami," kata Maradona kepada saluran televisyen Venezuela, Telesur.
BACA: Kesukaran Argentina akibat pasukan, bukan hanya Messi - Hierro
BACA: Messi bukan pemimpin, dia bukan Ronaldo, kata Petit
Pada masa sama, Maradona, 57, turut lantang menyatakan bahawa segala episod buruk yang berlaku dalam skuad kebangsaan Argentina adalah berpunca daripada badan induk bola sepak negara itu sendiri, AFA.
"Semua orang hanya menerima sahaja apabila (Jorge) Sampaoli datang dengan komputer, dengan drone, dengan 14 kakitangan sokongan," ceritanya.
Argentina kini berada di dasar carta Kumpulan D selepas seri 1-1 dengan pendatang baharu, Iceland pada perlawanan pembukaan mereka sebelum dimalukan Croatia 3-0 pada Khamis.
Hanya dengan kemenangan ke atas Nigeria dapat memberikan nafas kepada Argentina untuk meneruskan perjuangan di Rusia, dengan syarat Iceland tewas kepada Croatia.
BACA: Malu Argentina kalah, penyokong tegar dipercayai bunuh diri
Israr Khalid
Mon Jun 25 2018
Maradona di Stadium Nizhny Novgorod di Rusia pada 21 Jun lalu. - REUTERS
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.63 mata kepada 1,602.72 daripada 1,600.09 semalam.
Hidap radang paru-paru kerana didakwa sering beri makan merpati
Seorang warga emas disahkan menghidap radang paru-paru dan ia didakwa mempunyai kaitan dengan rutinnya memberi makan kepada merpati.
SanDisk perkenal logo baharu lebih futuristik
SanDisk dijangka menggunakan penjenamaan baharu ini bermula awal 2025 apabila pemisahan mereka daripada Western Digital berlaku secara rasmi.
Lelaki dikurung, ditekap seterika selepas didakwa hamilkan teman wanita
Pihak polis sedang menjalankan siasatan bagi mengesahkan dakwaan tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya.
Akta 588: Beri moratorium ke atas apa-apa siasatan, pendakwaan - Syahredzan
Ia sementara menunggu proses perkenan diraja, pewartaan dan penentuan tarikh kuatkuasa bagi pindaan-pindaan tersebut.
Niaga SPOTLIGHT: AI for Business: Trends & Threats in 2025
NIAGA SPOTLIGHT looks at key areas and threats that come with this continued development and use of AI - workforce displacement, cybersecurity risks, and ethical concerns around data privacy and how best to address them.
Tehmina Kaoosji in conversation with Jean F. Queralt, Founder & CEO, The IO Foundation.
Tehmina Kaoosji in conversation with Jean F. Queralt, Founder & CEO, The IO Foundation.
Pengurus ladang rugi lebih RM200,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 56 tahun itu telah menyertai pelaburan Goldencrimson yang diiklankan di laman sosial.
SpaceX mahu lancar lebih banyak misi angkasawan swasta ke ISS
Misi itu bagaimanapun bergantung kepada kelulusan NASA dan ia membabitkan firma Vast.
Mohamad Hasan hadir sesi perundingan Troika ASEAN di Bangkok
Sesi konsultasi itu akan tertumpu kepada usaha keseluruhan ASEAN dan hala tuju pelaksanaak 5PC dalam menangani krisis di Myanmar.
HUAWEI Malaysia lancar telefon pintar boleh lipat HUAWEI Mate x6, HUAWEI FreeBuds Pro 4
HUAWEI Consumer Business Group (CBG) Malaysia sebagai peneraju teknologi utama memperkenalkan dua produk flagship terbaharunya, HUAWEI Mate X6 dan HUAWEI FreeBuds Pro 4 untuk memenuhi gaya hidup moden
Argentina kekal teratas dalam kedudukan FIFA, Jerman hampir kembali 10 teratas
Argentina mendahului, Perancis di tempat kedua dan Sepanyol semakin hampir.
Messi sokong rakan senegara menang Ballon d'Or
LIONEL Messi menyokong rakan senegaranya, Lautaro Martinez, untuk memenangi Anugerah Ballon d'Or tahun ini.
Piala Dunia 2026: Kempes sokong Lionel Messi ketuai cabaran Argentina pada usia 39 tahun
Kehadiran Messi mampu memberikan pengaruh yang signifikan terhadap penampilan keseluruhan pasukan La Albiceleste di Piala Dunia nanti.
Messi kembali sertai skuad Argentina untuk kelayakan Piala Dunia
Lionel Messi kembali menyertai skuad Argentina bagi kelayakan Piala Dunia FIFA menentang Venezuela dan Bolivia.
Argentina mohon ICC keluarkan waran tangkap terhadap Maduro
Buenos Aires meminta Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Presiden Venezuela Nicolas Maduro.
Paris 2024: Perancis benam Argentina, lolos ke separuh akhir
Jean-Philippe Mateta menanduk masuk hantaran silang bekas rakan sepasukan, Michael Olise, dalam tempoh lima minit pertama permainan.
Paris 2024: Almada, Echeverri temui sasaran tetapi Argentina sekadar naib juara Kumpulan B
Argentina antara pasukan pilihan untuk memenangi pingat emas ketiga mereka dalam temasya itu dan mereka jelas menyinar pada edisi kali ini.
Paris 2024: Tertunda satu jam, Maghribi malukan Argentina dalam aksi dramatik
Skuad Maghribi B23 itu menampilkan permainan bertenaga untuk menguji kekuatan skuad kendalian Javier Mascherano tersebut.
Final Copa America: Penyokong Colombia ceroboh stadium macam tikus, ikut sistem pengudaraan
Kelihatan penyokong Colombia yang tidak memiliki tiket cuba masuk ke dalam stadium menerusi sistem pengudaraan stadium.
Final Copa America: Sepak mula perlawanan ditunda 30 minit ekoran masalah di luar stadium
CONMEBOL mengumumkan, sepak mula ditangguhkan selama 30 minit hingga 8:30 pagi waktu Malaysia.