Manchester United mengesahkan kemaraan mereka ke pusingan kelima Piala FA Inggeris selepas membenam Fulham 4-1 di Old Trafford.

Gol pendahuluan United hadir seawal minit ketiga menerusi sepakan penalti.

Pemain veteran United, Ryan Giggs mudah menyerpurnakan sepakan penalty menewaskan penjaga gol, Mark Schwarzer selepas pemain Fulham, Aaron Hughes menyentuh bola menggunakan tangannya.

United terus selesa di hadapan apabila Wayne Rooney menggandakan kelebihannya pada minit ke-50.

Keadaan makin parah buat Fulham apabila penyerang berbisa United, Javier Hernandez menjaringkan dua gol pada minit ke-52 dan 66 bagi membolehkan United selesa mendahului 4-1.

Fulham bagaimanapun berjaya mendapat gol saguhati pada minit ke-76 apabila Hughes menanduk masuk hantaran sepakan penjuru Giorgos Karagounis.

Keputusan empat satu itu kekal hingga ke wisel penamat.

Undian pusingan kelima Piala FA inggeris akan berlangsung hari ini.