Dia menjadi tonggak utama pasukan dalam kemenangan keempat berturut-turut The Citizens dalam merangkul trofi EPL selain membantu Sepanyol menjuarai EURO 2024.
"Hari yang sangat istimewa untuk saya, keluarga dan negara. Ketika saya berusia 17 tahun, saya mengemas beg pakaian dan pergi ke Villarreal dengan impian untuk beraksi di EPL.
"Suatu hari saya menghubungi bapa saya sambil menangis dan memberitahunya bahawa semuanya sudah berakhir dan saya telah menyerahkan nyawa saya untuk sampai ke sini dan saya rasa, inilah dia.
"Ayah saya berkata bahawa kami telah datang jauh dari sini, 'mari teruskan' dan ini merupakan sesuatu yang mengubah pemikiran saya dan sekarang, inilah saya hari ini.
"Saya hanya budak biasa yang tidak pernah terpengaruh dengan stereotaip, kerja keras adalah perkara yang sangat penting.
"Saya hanya cuba menjaga diri. Rehat, dan menikmati masa lapang bersama keluarga untuk kembali dengan lebih kuat," katanya.
Dalam pada itu, pemain muda Barcelona, Lamine Yamal, dinobatkan sebagai pemenang anugerah Kopa Trophy 2024 yang membawa kepada pemain muda terbaik B-21.
Pemain berusia 17 tahun itu menewaskan pencabar terdekat seperti Arda Guler, Kobbie Mainoo dan Alejandro Garnacho. -- Stadium Astro