Selepas dibelasah 0-7 oleh pasukan di ranking keempat dunia, Belanda pada perlawanan pembukaan Kumpulan D Piala Dunia 2018, ketua jurulatih skuad hoki lelaki negara, Roelant Oltmans percaya anak buahnya mampu beraksi dengan lebih baik pada perlawanan seterusnya.
Menurut laporan Bernama, pengendali dari Belanda itu yang ternyata kecewa dengan persembahan buruk anak buahnya di Stadium Kalinga di Bhubaneswar, India, malam tadi.
Bagaimanapun, beliau mahu mereka bangkit apabila menentang pasukan di kedudukan ke-13 dunia, Pakistan pada Rabu ini.
"Mengecewakan...terlalu banyak melakukan kesilapan dalam struktur permainan dan penguasaan bola sehingga menyebabkan pasukan lawan dapat menjaringkan gol yang tidak sepatutnya.
"(tetapi) Perkara positif ialah kita akan berusaha beraksi dengan lebih baik pada perlawanan seterusnya," kata jurulatih berusia 64 tahun itu melalui WhatsApp
Pada aksi malam tadi, naib juara edisi 2014 itu mendominasi permainan menentang pemenang pingat perak Sukan Asia 2018, Malaysia, menyaksikan peledak utama juara Eropah itu, Jeroen Hertzberger menjaringkan hatrik (minit ke-11, 29 dan 60), sekali gus dinobatkan Pemain Terbaik Perlawanan.
Empat lagi gol pasukan Belanda dijaringkan Mirco Pruijser (minit ke-21), Mink van der Weerden (minit ke-35), Robbert Kemperman (minit ke-42) dan Thierry Brinkman (minit ke-57).
Selepas menentang juara dunia empat kali, Pakistan, skuad Malaysian Tigers yang menduduki ranking ke-12 dunia, akan melengkapkan aksi peringkat kumpulan berdepan juara dunia dua kali yang juga pasukan di kedudukan keenam dunia, Jerman pada 9 Disember.
Malaysia perlu menamatkan saingan di kedudukan tiga teratas dalam aksi peringkat kumpulan untuk layak ke pusingan kalah mati.
Pencapaian terbaik skuad negara pada Piala Dunia ialah menduduki tempat keempat apabila Malaysia menjadi tuan rumah edisi 1975, sementara dalam edisi lepas pada 2014, berada di kedudukan tercorot dalam kalangan enam pasukan dalam Kumpulan A selepas tumpas dalam kesemua lima perlawanan.
Bernama
Sun Dec 02 2018
![Malaysian Tigers mampu beraksi lebih baik selepas ini - Oltmans Malaysian Tigers mampu beraksi lebih baik selepas ini - Oltmans](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/81543737811_HokiPialaDunia.jpg)
SELEPAS di belasah 7-0 ketua jurulatih skuad hoki lelaki negara, Roelant Oltmans yakin anak buahnya mampu bangkit dalam perlawanan seterusnya. - Foto Stadium Astro
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Piala Negara-Negara: Speedy Tigers akhiri kempen di tempat ketujuh Piala Negara-Negara: Speedy Tigers akhiri kempen di tempat ketujuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717942759_TBHOKIMSIA.jpg)
Piala Negara-Negara: Speedy Tigers akhiri kempen di tempat ketujuh
Malaysia menang 5-4 ke atas Austria dan menduduki tempat ketujuh daripada sembilan negara dalam kempen Piala Negara-Negara 2024.
![Piala Asia: Thailand sekat impian Malaysia ke final Piala Asia: Thailand sekat impian Malaysia ke final](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715821824_TSNU.jpg)
Piala Asia: Thailand sekat impian Malaysia ke final
Tuan rumah berada di depan seawal minit ketujuh menerusi jaringan pukulan sudut penalti Todkaew Jiratchaya.
![Piala Sultan Azlan Shah: Jepun dan Pakistan kekal rekod tanpa kalah Piala Sultan Azlan Shah: Jepun dan Pakistan kekal rekod tanpa kalah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715385186_tbPialaSultanAzlan.jpg)
Piala Sultan Azlan Shah: Jepun dan Pakistan kekal rekod tanpa kalah
Juara tiga kali Pakistan terselamat apabila seri 1-1 dengan pasukan di kedudukan ke-10 dunia, New Zealand.
![Piala Sultan Azlan Shah: Malaysia menang tipis 1-0 ke atas Korea Selatan Piala Sultan Azlan Shah: Malaysia menang tipis 1-0 ke atas Korea Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715355323_TBHOKI.jpg)
Piala Sultan Azlan Shah: Malaysia menang tipis 1-0 ke atas Korea Selatan
Malaysia melengkapkan jadual pusingan awal Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) ke-30 dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas juara tiga kali Korea Selatan di Stadium Hoki Azlan Shah malam ini.
![SASC: Speedy Tigers bangkit tewaskan Kanada 6-2 SASC: Speedy Tigers bangkit tewaskan Kanada 6-2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714923642_TBHOKI.jpg)
SASC: Speedy Tigers bangkit tewaskan Kanada 6-2
Pasukan hoki lelaki negara bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Kanada 6-2 pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-30, malam ini.
![Sarjit bayangkan empat pemain senior sertai Speedy Tigers Sarjit bayangkan empat pemain senior sertai Speedy Tigers](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713314632_Hoki.jpg)
Sarjit bayangkan empat pemain senior sertai Speedy Tigers
Sarjit akan menyenarai pendek 18 pemain daripada 30 pemain untuk kejohanan jemputan di Ipoh dari 4-11 Mei.
![Ahmad Najmi pengurus baharu Speedy Tigers Ahmad Najmi pengurus baharu Speedy Tigers](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51711932634_AhmadNajmi.jpg)
Ahmad Najmi pengurus baharu Speedy Tigers
Subahan berkata, Ahmad Najmi merupakan calon yang sesuai untuk memegang jawatan tersebut.
![Sarjit umum 30 pemain Speedy Tigers esok Sarjit umum 30 pemain Speedy Tigers esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711854259_TBSarjitSingh.jpg)
Sarjit umum 30 pemain Speedy Tigers esok
Senarai itu akan dikecilkan dengan 18 pemain bakal disenarai bagi menyertai saingan Piala Sultan Azlan Shah pada 4 hingga 11 Mei depan.
![Speedy Tigers uji kekuatan dengan New Zealand 1 Mei depan Speedy Tigers uji kekuatan dengan New Zealand 1 Mei depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710890445_SpeedyTigersHoki.jpg)
Speedy Tigers uji kekuatan dengan New Zealand 1 Mei depan
Perlawanan persahabatan di Ipoh itu bagi menguji kekuatan Speedy Tigers yang 'berwajah' baharu sebelum beraksi di Piala Sultan Azlan Shah.
![Arul harap Sarjit teruskan aspek sains sukan dalam skuad hoki negara Arul harap Sarjit teruskan aspek sains sukan dalam skuad hoki negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710458933_tbArulSelvaraj.jpg)
Arul harap Sarjit teruskan aspek sains sukan dalam skuad hoki negara
Banyak elemen sains sukan diperkenalkan bagi meningkatkan prestasi skuad negara dengan harapan ia mampu bersaing dengan pasukan terbaik dunia.