Malaysia memenangi dua perlawanan menentang pasukan yang mempunyai ranking lebih tinggi selepas menundukkan Nepal 2-0 dalam perlawanan persahabatan Tahap 1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini malam tadi.
Dua gol masing-masing dijaringkan Muhammad Safawi Rasid dan Shahrul Mohd Saad dalam separuh masa kedua melengkapkan kemenangan Harimau Malaya dengan pasukan di ranking 161 dunia selepas kemenangan 2-1 ke atas Afghanistan (ranking ke-149) dalam perlawanan "play-off" menentukan tempat ketiga dan keempat Piala Airmarine, Mac lepas.
Anak buah Tan Cheng Hoe yang merupakan ketua jurulatih negara bermula positif dengan menguasai perlawanan dengan usaha Syazwan Zainon dalam minit kelima terkena palang gol sebelum Muhammad Safawi merembat beberapa percubaan tetapi semuanya terus menuju penjaga gawang pelawat, Kiran Kumar Limbu.
Selepas ketandusan gol, pada separuh masa pertama, Harimau Malaya akhirnya mendapat gol sulung hasil sepakan penalti Muhammad Safawi pada minit ke-50, selepas Muhammad Akhyar Rashid dijatuhkan pihak lawan.
Malaysia meneruskan asakan untuk menambah jaringan sebelum Shahrul menanduk masuk bola ke dalam gawang Nepal pada minit ke-82 dan meletakkan Malaysia dalam kedudukan yang baik untuk menentang Timor Leste dalam perlawanan pertama kelayakan Piala Dunia FIFA, Jumaat ini.
Bercakap kepada wartawan selepas perlawanan, Cheng Hoe menjelaskan kemenangan malam ini adalah penting untuk membina keyakinan dalam perlawanan menentang Timor Leste.
Beliau memuji keinginan dan iltizam pasukan bimbingannya biarpun dengan keadaan padang yang tidak baik mereka tetap mengasak untuk mendapatkan gol.
"Berhadapan Nepal, ia adalah motivasi yang baik buat kami...perlawanan pemanas badan yang baik yang saya lihat pilihan terbaik yang kami ada sebelum bertemu Timor Leste.
Kami perlu meningkatkan lagi prestasi terutamanya di bahagian serangan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 02 2019

Pemain Harimau Malaya Matthew Thomas Davies (kanan) diasak oleh pemain Nepal Ranjit Dhimal pada perlawanan persahabatan menentang pasukan Nepal di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. - Foto BERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.

Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.

Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.

Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.

Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.

Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.

'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.

Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.

Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.

Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.