Pemain-pemain Malaysia terus menampilkan persembahan yang hambar selepas gagal layak ke separuh akhir dalam acara trio pada Kejohanan Boling Dunia 2017 di Las Vegas, Amerika Syarikat, lewat Khamis.
Dalam kategori wanita, trio Natasha Roslan, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi dan Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman muncul pemain terbaik Malaysia selepas menduduki tangga ketujuh daripada 60 trio, dengan catatan 3,661 jatuhan pin dalam enam perlawanan pada pusingan kelayakan, menurut laman sesawang kejohanan www.2017wc.worldbowling.org.
Trio Malaysia yang lain terdiri daripada Sin Li Jane, Esther Cheah dan Shalin Zulkifli berada di tempat ke-14 dengan melakukan 3,593 jatuhan pin pada kejohanan empat tahun sekali itu yang berlangsung di South Point Bowling Plaza.
Dalam kategori lelaki, dua trio Malaysia - Adrian Ang, Timmy Tan dan Ahmad Muaz Mohd Fishol serta Alex Liew, Muhd Syafiq Ridhwan Abdul Malek dan Muhammad Rafiq Ismail, masing-masing menduduki tempat ke-14 dan ke-17, daripada 72 trio selepas melakukan 3,641 jatuhan pin dan 3,620 jatuhan pin dalam enam perlawanan.
Hanya empat pasangan teratas dalam kedua-dua kategori aan melangkah ke separuh akhir.
Untuk rekod, Malaysia hanya berjaya meraih pingat perak dalam dalam acara beregu wanita menerusi Shalin dan Sin Li Jane pada Selasa.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 01 2017
![Malaysia terkandas dalam acara trio pada Kejohanan Boling Dunia Malaysia terkandas dalam acara trio pada Kejohanan Boling Dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/71479829006_SyaidatulAfifahBad.jpg)
Syaidatul Afifah Badrul Hamidi (gambar) bersama Natasha Roslan dan Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman muncul pemain terbaik Malaysia selepas menduduki tangga ketujuh daripada 60 trio. - BERNAMA/Fail
![Kekalahan di Sungai Bakap bukan penamat hadapi PRK seterusnya - Ahmad Zahid Kekalahan di Sungai Bakap bukan penamat hadapi PRK seterusnya - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720350017_TBZahidHamidi.jpg)
Kekalahan di Sungai Bakap bukan penamat hadapi PRK seterusnya - Ahmad Zahid
Kekalahan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di Pulau Pinang semalam bukanlah penamat kepada gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan khus
Pentas jual anugerahkan pakej media bernilai RM55,600
Jelajah JIWA SME 2024 melabuhkan tirai untuk siri pertama di Johor Bahru. Pemyampai Astro AWANI, Irfan Faruqi membawakan perinciannya.
Perpaduan kaum, agama asas penting mesti dipelihara - Agong
Sultan Ibrahim bertitah dalam konteks Malaysia, perpaduan kaum dan agama yang kukuh adalah asas penting yang mesti dipelihara.
![John Cena umum bakal bersara dari gelanggang WWE John Cena umum bakal bersara dari gelanggang WWE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720357611_JohnCena.jpg)
John Cena umum bakal bersara dari gelanggang WWE
John Cena, hari ini mengejutkan peminat dengan mengumumkan akan bersara daripada gelanggang gusti pada tahun hadapan.
![Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720354301_HannahYeoh.jpg)
Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah
Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu selepas Sarawak untuk menjadi hos bersama penganjuran temasya Sukan SEA 2027, menurut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
'Unifikan' platform perniagaan anda dengan Unifi Business
Unifi Business selaku rakan digital pilihan lebih 400,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) berhasrat membantu mentransformasikan perniagaan melalui penyelesaian digital komprehensif.
![Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720348842_TBdroneattack.jpg)
Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine
Keadaan darurat diisytiharkan di daerah Podgorensky wilayah Voronezh, Rusia selepas kebakaran tercetus akibat serangan dron Ukraine, kata gabenor wilayah, Alexander Gusev pada Ahad.
![Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720349985_TBmassage.jpg)
Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing
Polis menahan 39 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pekerja seks dan tukang urut dalam serbuan di 10 premis urut sekitar Lembah Klang, Jumaat lepas.
PDRM kutip lebih RM1 juta diskaun saman
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Pahang Deputi superintanden Ahmad Ridha Hariri berkata jumlah itu ialah hasil bayaran yang diterima daripada 2,000 pengunjung yang mendapatkan tawaran diskaun 50 peratus daripada PDRM.
AWANI Ringkas: Tuntutan RM100 juta tidak berasas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Malaysia terkandas dalam acara trio pada Kejohanan Boling Dunia Malaysia terkandas dalam acara trio pada Kejohanan Boling Dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/71479829006_SyaidatulAfifahBad.jpg)
Malaysia terkandas dalam acara trio pada Kejohanan Boling Dunia
Trio Natasha Roslan, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi dan Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman muncul pemain terbaik Malaysia selepas menduduki tangga ketujuh daripada 60 trio.