Beregu kebangsaan itu memerlukan tempoh 42 minit untuk menundukkan wakil Taiwan merangkap pilihan utama, Chan Nicole Gonzales-Wei Ye Hong, dengan straight set di Stadium Juara, Bukit Kiara, sebentar tadi.
Namun, lima mata yang dikutip Nicole-Yun Yang meletakkan penghujung set pertama dalam keadaan getir 20-20.
Tetapi situasi longlai itu tidak dibiarkan berterusan apabila dua mata akhir dimuktamadkan beregu negara yang berada di kedudukan ke-112 itu untuk menutup permainan 22-20.
Pei Kee-Mei Xing yang hanya satu mata dipisahkan dengan penyingkiran berikutan kecederaan lutut yang menimpa Ng Qi Xuan.
Mereka konsisten untuk menawan set kedua 21-11 bagi mengesahkan kejuaraan. - Stadium Astro