MELAKA: Malaysia menyasarkan untuk mencatat keputusan terbaik sekali gus dinaikkan ke Kumpulan Satu kejohanan tenis wanita Billie Jean King Cup yang akan berlangsung di Pusat Tenis Nasional, Jalan Duta di Kuala Lumpur, dari 8 hingga 14 Ogos depan.
Presiden Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM) Mirzan Tun Mahathir berkata ini kerana sudah sekian lama Malaysia bersaing dalam Kumpulan Dua kejohanan antarabangsa itu sejak diperkenalkan pada 1963.
Beliau berkata 11 negara yang terdiri daripada Taiwan, Singapura, Thailand, Hong Kong, Iran, Pacific Oceania, Vietnam, Iraq, Laos, Maldives dan Malaysia telah menyatakan komitmen untuk menyertai kejohanan berkenaan.
"Dalam Kumpulan Dua (kejohanan berkenaan), Malaysia akan berdepan Thailand, Hong Kong dan Taiwan.
"Cabaran terbesar Malaysia adalah Thailand memandangkan mereka pemenang pingat emas dalam acara tenis pada Sukan SEA di Hanoi baru-baru ini," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Mirzan berkata setakat ini enam pemain sudah dikenal pasti untuk mewakili Malaysia, namun bergantung kepada prestasi ditunjukkan mereka dalam beberapa pertandingan kebangsaan dan antarabangsa sebelum bermula kejohanan Billie Jean King Cup.
"Kita masih dalam proses untuk memilih pemain mewakili negara pada kejohanan peringkat antarabangsa itu kerana mereka perlu mengumpul mata mencukupi," katanya.
Sementara itu, Mirzan berkata LTAM sekali lagi diberi penghormatan oleh Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) untuk menganjurkan tiga kejohanan ITF Men's World Tennis Tour M15 yang berlangsung di Seremban, Negeri Sembilan dari 18 hingga 24 Julai, Kuala Lumpur (25-31 Julai) dan Kuching, Sarawak (1-7 Ogos).
Kejohanan itu akan memberi ruang kepada pemain untuk beraksi di ATP Challenger Tour dan ATP Tour sebelum bersaing di peringkat Grand Slam.
Kedua-dua kejohanan tersebut melibatkan kira-kira 550 pertandingan di 70 negara dengan menawarkan hadiah wang tunai bernilai USD15,000 dan USD25,000.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 17 2022
Sudah sekian lama Malaysia bersaing dalam Kumpulan Dua kejohanan antarabangsa itu sejak diperkenalkan pada 1963. - Unsplash
AWANI Ringkas: Tuntutan RM100 juta tidak berasas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Borneo [07/07/2024] - Tiada kemalangan jiwa | PRN Sabah | Maal Hijrah 2024
Awani Borneo 7 Julai 2024 bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini
Bakal berlangsung selama 3 jam setengah ini, konsert ini akan dipenuhi dengan lagu-lagu hit daripada dua buah kumpulan ini.
Urus tadbir perlu bersifat telus, ambil kira cabaran rakyat
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu urus tadbir wilayah itu sentiasa mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh manusia sejagat.
Pendekatan agresif noktahkan miskin tegar di Sabah
Kerajaan Negeri Sabah terus mengambil pendekatan bersifat agresif bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah.
Graduan Iban pertama Universiti Al-Azhar penerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak 1446H
Graduan Iban pertama yang melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir antara 14 penerima yang menerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak pada Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1446H/2024M di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching hari ini.
Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia
Beregu lelaki negara Kang Khai Xing-Aaron Tai gagal mengakhiri kemarau kejuaraan selama tujuh tahun Malaysia di Kejohanan Badminton Remaja Asia.
Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shafie
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal memberitahu parti berasal dari Sarawak tidak perlu memasuki Sabah untuk mengukuhkan kerjasama blok borneo.
Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
Dua buah rumah jenis separuh kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Lembai Permai, Kundasang pada Ahad.
KKM peruntukkan RM21.5 juta naik taraf 58 klinik daif Sabah
KKM memperuntukkan RM21.5 juta untuk menaik taraf 58 klinik kesihatan daif di seluruh negeri Sabah.
Pemain tenis Serena Williams ikat tali pertunangan dengan pengasas Reddit
Serena Williams dilaporkan telah mengikat tali pertunangan dengan pengasas bersama syarikat media sosial Reddit, Alexis Ohanian.