Ikon boling Shalin Zulkifli dan bintang muda Muhammad Rafiq Ismail mencetuskan fenomena apabila meraih gelaran berganda dalam pertarungan penuh mendebarkan acara masters lelaki dan wanita pada temasya Sukan SEA ke-29.
Keceriaan di gelanggang boling Sunway Mega Lanes itu membantu kontingen negara menambah lima emas pada Jumaat untuk mengekalkan kedudukan di persada carta pungutan pingat dengan 68 emas, 46 perak dan 44 gangsa.
Tambahan koleksi emas itu adalah momentum yang sempurna bagi tuan rumah mendahului carta, menjelang perlawanan kemuncak bola sepak separuh akhir lelaki dengan Indonesia di Stadium Shah Alam hari ini, serta acara terjun dan gimrama yang dijangka menjadi lubuk emas negara.
Vietnam yang terus meraih emas acara renang dan olahraga, kekal menduduki tangga kedua keseluruhan dengan 43 emas, diiikuti rapat Singapura yang meraih 39 pingat.
Juara keseluruhan edisi 2015, Thailand, hanya mengumpul 34 emas untuk berada di tangga keempat.
Shalin, 39, menggunakan pengalamannya untuk mengatasi pencabar Indonesia, Tanya Roumimper dengan kemenangan tipis satu pin dengan 223-222 bagi emas ketiganya untuk melabuhkan tirai pertandingan itu.
Muhammad Rafiq, 20, menebus kekecewaan di tangan musuh yang sama pada edisi lepas apabila mengalahkan juara bertahan Yannaphon Larp-Apharat 213-190 dari Thailand dalam acara final masters, sekali gus meraih empat pingat, kelebihan satu lagi pingat daripada penampilan sulungnya di Singapura dua tahun lepas.
Boling padang menepati ramalan dengan mengutip emas berganda dalam acara triples lelaki dan wanita manakala dalam acara silat, Malaysia menggondol pingat emas dalam ganda wanita.
Dalam acara triples lelaki, Malaysia menewaskan Brunei 19-9 dan wanita pula menewaskan Filipina 19-11 pada final, iaitu merangkul tiga daripada empat emas yang dipertaruhkan sejak Khamis dan Malaysia ialah pasukan pilihan untuk acara pairs dan singles selepas ini.
Pesilat negara, Nur Syazreen A Malik dan Nor Hamizah Abu Hassan memenangi emas acara ganda wanita dan Singapura meraih perak manakala gangsa milik Indonesia.
Malaysia turut muncul juara ganda lelaki pada Khamis.
Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Malaysia ( MASOC) mengumumkan perubahan venue acara silat dari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) ke Stadium Juara yang berkapasiti 3,000 untuk menampung peminat sukan itu.
Silat menawarkan 20 pingat emas, ketiga tertinggi selepas olahraga dan renang.
Pada hari penentuan acara olahraga, ratu pecut Vietnam, Le Tu Chinh melengkapkan pencapaian hatri emas apabila mengetuai pasukannya merangkul emas acara 4x100m selepas menyapu bersih acara 100m dan 200m.
Malaysia sekadar menghuni tangga keempat dalam acara 4x400m lari berganti-ganti lelaki dan wanita, namun kuartet lelaki berjaya memecahkan rekod kebangsaan dengan catatan 39.27s di sebalik ketiadaan pemenang emas 100m, Khairul Hafiz Jantan yang mengalami kecederaan hamstring.
Dalam acara heptatlon, Norliyana Kamaruddin mendapat tepukan penonton walaupun tidak memenangi sebarang pingat. Mengumpulkan keseluruhan 5,247 mata, Norliyana berjaya memecahkan 36 tahun rekod kebangsaan yang dicipta Pesuruhjaya Sukan, Datuk Zaiton Othman pada temasya Sukan SEA Manila 1981.
Dua lagi emas diraih dalam acara lompat tinggi wanita yang berakhir Khamis, dengan ketiga-tiga atlet berkesudahan merekodkan lompatan setinggi 1.83m. Dalam keputusan yang diumumkan Khamis, atlet Vietnam Duong Thi Viet An dan Singapura Michelle Sng berkongsi pingat emas dan gangsa dirangkul atlet negara, Yeap Sean Yee berdasarkan kiraan semula.
Ini merupakan kali kedua emas berganda ditawarkan dalam temasya ini. Acara final gelang roman gimnastik artistik juga mempunyai dua pemenang yang mempunyai mata yang sama, iaitu dua gimnas Malaysia, Tan Fu Jie dan Jeremiah Loo.
Dalam sepak takraw pula, Malaysia sekali lagi berakhir dengan kutipan gangsa bagi acara kuadran lelaki yang dimenangi oleh Thailand dan Myanmar meraih perak.
Sebanyak 51 lagi emas menjadi buruan hari ini yang akan menyaksikan persaingan sengit dalam acara renang, olahraga, bola keranjang, golf, menembak, ping pong dan tenis.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 25 2017
![Malaysia ceria dengan 68 emas, Shalin dan Rafiq cetus semangat Malaysia ceria dengan 68 emas, Shalin dan Rafiq cetus semangat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-08/71503708216_AtletnegaraRafiq.jpg)
Rafiq (kiri) dan Shalin (tengah) bersama pingat Emas masing-masing bagi acara Masters Lelaki dan Wanita Sukan SEA KL2017, Jumaat, 25 Ogos, 2017. Malaysia turut menang pingat Gangsa acara Masters Lelaki menerusi Alex Liew (kanan). -- fotoBERNAMA
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Doping: Wendy Ng mohon sidang video Doping: Wendy Ng mohon sidang video](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/81519318014_WendyNg.jpg)
Doping: Wendy Ng mohon sidang video
Wendy sepatutnya menghadiri pendengaran kes doping itu di Switzerland tetapi memohon pertimbangan itu susulan perbelanjaan ke negara itu sangat tinggi.
![11 atlet TUDM dinaikkan pangkat selepas rangkul emas pada Sukan Sea KL2017 11 atlet TUDM dinaikkan pangkat selepas rangkul emas pada Sukan Sea KL2017](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/71518685399_TUDM.jpg)
11 atlet TUDM dinaikkan pangkat selepas rangkul emas pada Sukan Sea KL2017
Majlis Pemakaian Pangkat anggota itu disempurnakan sendiri oleh Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia Jeneral Tan Sri Affendi Buang
![SEAGF umumkan tiga nama atlet gagal ujian doping KL2017 SEAGF umumkan tiga nama atlet gagal ujian doping KL2017](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/61513123345_TANSRITUNKUIMRAN.jpg)
SEAGF umumkan tiga nama atlet gagal ujian doping KL2017
Selain Wendy, dua atlet Thailand - Nurisan Loseng peserta acara Pencak Silat dan perenang Benjaporn Sriphanomthorn juga gagal dalam ujian "Sampel B' yang dilaksanakan baru-baru ini.
![Empat dalang cuba serang penutup KL2017 didakwa Empat dalang cuba serang penutup KL2017 didakwa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/71496913648_CourtGavel.jpg)
Empat dalang cuba serang penutup KL2017 didakwa
Semua mereka yang bekerja sebagai buruh binaan itu didakwa merupakan ahli kumpulan Abu Sayyaf dan menyembunyikan maklumat berkaitan kumpulan pengganas terbabit.
![APG KL2017 ditutup penuh bangga, meriah APG KL2017 ditutup penuh bangga, meriah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/71506180210_PenutupPara.jpg)
APG KL2017 ditutup penuh bangga, meriah
Kontinjen Indonesia dinobatkan sebagai juara keseluruhan dengan meraih 126 emas, 75 perak dan 50 gangsa.
![Malaysia tepati sasaran naib juara walaupun gagal raih 103 emas Malaysia tepati sasaran naib juara walaupun gagal raih 103 emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/51506180222_TeamMAS.jpg)
Malaysia tepati sasaran naib juara walaupun gagal raih 103 emas
Pencapaian kali ini iaitu 90 emas, 85 perak dan 83 gangsa adalah lebih baik pada edisi 2015 di Singapura dengan Malaysia menduduki tangga ketiga keseluruhan.
![Firdaus Zonis sedia sertai pasukan elit jika dipanggil Firdaus Zonis sedia sertai pasukan elit jika dipanggil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/81505749604_PecutBasikal.jpg)
Firdaus Zonis sedia sertai pasukan elit jika dipanggil
Muhamad Firdaus, 21, berkata setakat ini beliau akan menjalani latihan dengan atlet para.
![APG - Olahraga: Enam pingat emas berjaya dituai APG - Olahraga: Enam pingat emas berjaya dituai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/51505748616_SitiNoorIasah.jpg)
APG - Olahraga: Enam pingat emas berjaya dituai
Siti Noor Radiah Ismail menghadiahkan emas pertama buat skuad olahraga selepas mengungguli acara lompat jauh wanita T20, sebelum Eddy Bernard dan Muhammad Afiq Mohamad Ali Hanafiah menambah dua lagi.
![Perdana Menteri rasmi Sukan Para ASEAN KL2017 Perdana Menteri rasmi Sukan Para ASEAN KL2017](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/61505659485_Pembukaan.jpg)
Perdana Menteri rasmi Sukan Para ASEAN KL2017
Selepas menyampaikan ucapan, Khairy menjemput Perdana Menteri untuk mengisytiharkan Sukan Para ASEAN (APG) ke-9 KL2017 dirasmikan.
![Khairul Hafiz ingin segera pulih dari kecederaan Khairul Hafiz ingin segera pulih dari kecederaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-08/51503417410_KhairulHafiz.jpg)
Khairul Hafiz ingin segera pulih dari kecederaan
Raja Pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan ingin segera pulih daripada kecederaan dan kini memberi tumpuan penuh kepada proses pemulihan selepas temasya Sukan SEA KL2017.