TINDAKAN Filipina menarik diri sebagai tuan rumah bersama Piala Suzuki AFF 2016, kini merintis kemungkinan buat Malaysia tampil selaku tuan rumah pengganti saingan kali ini.
Selain Malaysia, Singapura dan Vietnam adalah dua lagi negara dalam senarai bersedia sekiranya salah satu tuan rumah menarik diri
Menurut Setiausaha Agung Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF), Datuk Azzuddin Ahmad, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah menyuarakan minat menganjurkan saingan Piala Suzuki tahun ini.
"Daripada secara tidak rasmi, maklum balas daripada FAM, mereka masih boleh menganjurkan oleh kerana di Malaysia ini kita banyak stadium. Saya juga difahamkan FAM sudah pergi ke peringkat mendapat surat pengesahan daripada Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA) bagi mendapatkan peruntukan menggunakan stadium," katanya.
Kata putus siapa akan menjadi tuan rumah bersama Myanmar akan hanya ditentukan selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan AFF pada 12 Mac depan.
Dalam pada itu, Azzuddin menjelaskan Filipina menarik diri selaku tuan rumah kerana gagal memenuhi salah satu syarat yang ditetapkan AFF.
"Dia tidak dapat memberi kepada kita kontrak bersama pihak stadium mereka. Apa masalah dalaman mereka, saya tidak tahu. Kita sudah bagi lanjutan tarikh akhir sebanyak tiga kali, sehingga 19 Februari lalu mereka memutuskan untuk menarik diri," tambahnya.
Saingan Piala Suzuki AFF 2016 tahun ini dijadual berlangsung dari 19 November hingga 17 Disember ini.
Astro Arena
Thu Feb 25 2016
AZZUDDIN: Filipina menarik diri selaku tuan rumah kerana gagal memenuhi salah satu syarat yang ditetapkan AFF.
Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025
Skuad hoki dalam dewan negara akan mengadakan beberapa aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum ke Piala Dunia.
[TERKINI] Suspek bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku didakwa
Seorang lelaki dipercayai menumbuk dada ibu kandungnya hingga maut dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, Kuala Lumpur Didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lawatan Rasmi PM: Lembaran baharu penerokaan peluang pelaburan
Anwar mengalu-alukan kehadiran lebih 200 peserta yang mewakili 147 syarikat Korea Selatan dari pelbagai sektor, termasuk semikonduktor, kenderaan elektrik, teknologi hijau dan kecerdasan buatan (AI).
AWANI Pagi: Inovasi Selangor Pemacu Modal Insan Berkemahiran
Saksikan wawancara eksklusif #AWANIPagi bersama Mohd Hidayat Mohd Sauffi, Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor merangkap Ketua Sekretariat Selangor Education Summit 2024, yang akan membincangkan peranan inovasi dan teknologi dalam memacu pembangunan modal insan di Selangor.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Wealth-Tech: The evolution of wealth management in Malaysia
Over the past decade, the landscape of wealth management and investing has undergone significant transformation, driven by technological advancements and innovative solutions. From robo-advisers to low-cost investment platforms, Malaysians now have more tools than ever to manage their finances and build wealth.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Azzuddin khuatir bakat tempatan tawar hati
Bekas Setiausaha Agung FAM tidak rela melihat perjalanan pemain tempatan terhenti di peringkat B-23 semata-mata.
Scammer menyamar bekas Setiausaha Agung FAM
Azzuddin hanya menyedari perkara itu selepas dimaklumkan beberapa kenalan untuk mengesahkan mesej yang diterima menerusi aplikasi Telegram beberapa hari lalu.
AFF akan siasat dakwaan jumlah penonton melebihi kapasiti SNBJ
Azzuddin berkata selepas berakhirnya perlawanan final kedua esok di Hanoi, serta kembalinya beliau ke Kuala Lumpur, satu penyiasatan secara menyeluruh akan dilakukan.
FAM boleh digantung jika boikot Piala AFF - Azzudin
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tetap akan membenarkan skuad kebangsaan meneruskan aksi di Piala AFF Suzuki yang sedang berlangsung di Yangon, Myanmar walaupun ada desakan untuk memboikotnya.
Futsal AFF ditunda ke Januari 2017 - Azzuddin
Kejohanan Futsal AFF 2016 yang sepatutnya berlangsung di Bangkok Isnin lepas tidak dibatalkan tetapi ditunda ke minggu ketiga Januari 2017.
Malaysia bakal anjur Piala Suzuki AFF 2016?
Tindakan Filipina menarik diri sebagai tuan rumah bersama Piala Suzuki AFF 2016, kini merintis kemungkinan buat Malaysia tampil selaku tuan rumah pengganti saingan kali ini.
FAM cadang skuad Harimau Muda C beraksi di Sukan Sea 2017
Acara bola sepak di Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur, kini kemungkinan akan dihadkan kepada bawah 21 tahun berbanding bawah 23 tahun dalam edisi temasya dwi tahunan itu sebelum ini.
Pelantikan Hamidin keputusan tepat
Pemilihan Datuk Hamidin Mohd Amin sebagai Setiausaha Agung FAM yang baru mendapat reaksi positif Datuk Azzuddin Ahmad.
FAM mahu Nazmi menjelaskan keputusan
FAM mahu pemain bola sepak remaja kebangsaan, Nazmi Faiz Mansor memberi penjelasan segera berhubung isu pelepasan dirinya dari Beira Mar.