Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tetap akan membenarkan skuad kebangsaan meneruskan aksi di Piala AFF Suzuki yang sedang berlangsung di Yangon, Myanmar walaupun ada desakan untuk memboikotnya.
Pada masa sama, Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) memberi amaran FAM boleh digantung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sekiranya memboikot kejohanan itu sebagai bantahan penindasan berterusan kerajaan Myanmar ke atas etnik Rohingya.
Setiausaha Agung AFF Datuk Seri Azzuddin Ahmad berkata AFF sendiri turut berdepan tindakan undang-undang daripada rakan pemasaran rasmi kejohanan itu, Lagarde Sports jika FAM bertindak memboikotnya.
Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan Malaysia mempertimbangkan cadangan boikot berkenaan yang memberi implikasi negatif kepada banyak pihak yang terlibat secara langsung dengan kejohanan kali ini.
"Kita perlu membayar pampasan kepada Lagarde Sports sekiranya kejohanan ini diboikot...AFF sendiri tidak menerima apa-apa bantuan kewangan daripada kerajaan Malaysia," katanya kepada pemberita pada sidang media khas di sini, hari ini.
Pada masa sama, Azzudin turut mempersoalkan tindakan segelintir individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia yang lantang mendesak kerajaan memboikot kejohanan dwitahunan itu yang diadakan sejak 1996.
"Kenapa tunggu Piala AFF bermula baru mereka begitu ghairah usulkan supaya kejohanan ini diboikot?
"Presiden AFF adalah (Sultan Pahang) Sultan Ahmad Shah. Keyakinan (12 anggota gabungan AFF) di atas kepimpinan Tuanku Sultan meyakinkan mereka menyokong Tuanku dan kita pula tidak menghargai penghormatan itu," katanya.
Azzudin, bekas Setiausaha Agung FAM dari 2007-2013 berkata ada cara lain yang boleh diambil Malaysia untuk mengutuk tindakan tentera Myanmmar ke atas etnik Rohingya daripada memboikot kejohanan yang menyatukan negara Asean.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menegaskan skuad Harimau Malaysia akan tetap meneruskan aksi terakhir Kumpulan B menentang Myanmar di Stadium Thuwunna, Sabtu ini.
Beliau yang juga pengurus skuad kebangsaan turut meminta pemain kebangsaan untuk melupakan cadangan boikot tersebut dan terus fokus menghadapi aksi menentang Myanmar.
"Statut FAM, AFC dan FIFA menjelaskan bola sepak berkecuali daripada politik, agama, perkauman dan sebagainya dan kalau kita nak tarik diri, kita sepatutnya sudah berbuat demikian awal-awal lagi, bukannya sekarang kerana isu ini sudah lama berlaku.
"Kenapa FAM dan bola sepak menjadi mangsa pula untuk isu ini dan bukan melibatkan perkara lain? Isu ini sedikit sebanyak menjejaskan moral pemain skuad kebangsaan," kata Hamidin.
Beliau bagaimanapun berharap mesyuarat Kabinet, esok yang akan membincangkan isu itu dapat mencapai satu keputusan positif mengenai cadangan memboikot kejohanan tersebut.
Khamis lalu, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyeru pasukan negara menarik diri daripada Piala AFF Suzuki sebagai bantahan terhadap tindakan tentera Myanmar terhadap penduduk etnik Rohingnya. -- Bernama
Bernama
Thu Nov 24 2016
![FAM boleh digantung jika boikot Piala AFF - Azzudin FAM boleh digantung jika boikot Piala AFF - Azzudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/81456396084_AzzuddinAhmad.jpg)
Azzuddin (gambar) meminta kerajaan Malaysia mempertimbangkan cadangan boikot berkenaan yang memberi implikasi negatif kepada banyak pihak yang terlibat. - Gambar fail
![Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117052_SaifulNizamSaharud.jpg)
Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta
Seorang perunding pelaburan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1 juta.
![Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Kim Pan Gon undur diri kesan kepada Harimau Malaya
Apa reaksi peminat Harimau Malaya dan penganalisis sukan mengenai peletakan jawatan Kim Pan-Gon?
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
![Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
Keghairahan final Euro 2024 dibawakan ke restoran mamak
Kemeriahan dan keghairahan perlawanan final UEFA EURO 2024 antara Sepanyol dengan England di Berlin, Jerman dirasai di Malaysia, dibawakan oleh 'Astro BizOne Watch Party' di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam.
![Bangunan AFF di Putrajaya penuh semak samun Bangunan AFF di Putrajaya penuh semak samun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717236982_BangunanAFF.jpg)
Bangunan AFF di Putrajaya penuh semak samun
Video tular memperlihatkan keadaan bangunan ibu pejabat itu dipenuhi semak-samun dengan sampah dan air bertakung di beberapa tempat.
![Skuad Harimau Muda akhiri saingan AFF 2023 di tempat keempat Skuad Harimau Muda akhiri saingan AFF 2023 di tempat keempat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71693059517_pasukanbolasepak.jpg)
Skuad Harimau Muda akhiri saingan AFF 2023 di tempat keempat
Skuad Harimau Muda bimbingan E. Elavarasan menyamai rekod terbaik Malaysia menduduki tempat keempat pada edisi sulung 2005.
![Harimau Muda enggan berputih mata, buru pingat gangsa di Thailand Harimau Muda enggan berputih mata, buru pingat gangsa di Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692099407_SkuadbawahB.jpg)
Harimau Muda enggan berputih mata, buru pingat gangsa di Thailand
Skuad Bawah 23 Tahun ebangsaan bertekad untuk bangkit semula bagi melakar kemenangan ke atas pasukan tuan rumah pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat Kejohanan B-23 AFF esok.
![Sampai masa AFF, AFC bergerak ke hadapan? Sampai masa AFF, AFC bergerak ke hadapan?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51669948681_afc.jpg)
Sampai masa AFF, AFC bergerak ke hadapan?
AFF ataupun AFC perlu mengambil inisiatif untuk memastikan semua ahli gabungannya mendapat manfaat sewajarnya.
![AFF: Malaysia U19 bukti kemampuan diri AFF: Malaysia U19 bukti kemampuan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51657770742_pemainpemainmudaH.jpg)
AFF: Malaysia U19 bukti kemampuan diri
Sama-samalah kita percaya pada kemampuan skuad Harimau Muda ini dan pengurusan kejurulatihannya.
![B-19 AFF: Harimau Muda benam Vietnam, mara ke final B-19 AFF: Harimau Muda benam Vietnam, mara ke final](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41657711478_HarimauMudaAFFV.jpg)
B-19 AFF: Harimau Muda benam Vietnam, mara ke final
Harimau Muda menewaskan Vietnam 3-0 pada aksi separuh akhir di Bekasi, Indonesia, hari ini.
![AFF: Proses pembangunan tidak sistematik punca kegagalan - Teong Kim AFF: Proses pembangunan tidak sistematik punca kegagalan - Teong Kim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41645549714_LimTeongKim.jpg)
AFF: Proses pembangunan tidak sistematik punca kegagalan - Teong Kim
Bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Lim Teong Kim mempertahankan prestasi mengecewakan barisan pemain muda negara pada kempen Kejuaraan B-23 AFF.
![Kejohanan AFF B23: Laos tambah perit Malaysia Kejohanan AFF B23: Laos tambah perit Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81645460913_KejohananAFFBL.jpg)
Kejohanan AFF B23: Laos tambah perit Malaysia
Skuad B23 negara terpaksa berdepan satu lagi kekecewaan apabila kecundang 2-0 di tangan Laos dalam saingan Kejohanan AFF B23, sebentar tadi.
![Kejohanan Futsal AFF: Malaysia diundi bertemu Thailand, Indonesia Kejohanan Futsal AFF: Malaysia diundi bertemu Thailand, Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41645453664_FootballAssociation.jpg)
Kejohanan Futsal AFF: Malaysia diundi bertemu Thailand, Indonesia
Skuad futsal kebangsaan bakal berdepan cabaran sengit pada Kejohanan Futsal Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 dari 3 hingga 12 April ini.
![FAM optimis kemampuan skuad B-23 raih kemenangan ke atas Laos esok FAM optimis kemampuan skuad B-23 raih kemenangan ke atas Laos esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81645365336_TBHAMIDIN.jpg)
FAM optimis kemampuan skuad B-23 raih kemenangan ke atas Laos esok
FAM optimis skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan mampu melakar kemenangan dalam aksi menentang Laos esok.