Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung jumlah keseluruhan penyokong yang hadir di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada malam perlawanan akhir pertama antara Malaysia dengan Vietnam, pada 11 Dis lepas, yang dikatakan melebihi kapasiti stadium berkenaan.
Setiausaha Agung AFF, Datuk Seri Azzuddin Ahmad berkata selepas berakhirnya perlawanan final kedua esok di Hanoi, serta kembalinya beliau ke Kuala Lumpur, satu penyiasatan secara menyeluruh akan dilakukan.
"AFF akan berhubung dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi mendapat maklumat terperinci bagaimana jumlah penonton yang hadir menyaksikan perlawanan di SNBJ yang dilihat melebihi daripada kapasiti yang sepatutnya.
"Buat masa ini pihak AFF ingin mencari punca apa yang sebenarnya yang berlaku dahulu sebelum membuat komen yang selanjutnya," katanya kepada Bernama ketika ditemui sebelum mesyuarat pengurus pasukan di Ibu pejabat Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF), di sini hari ini.
Menurut laman sesawang rasmi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), SNBJ boleh menampung seramai 85,000 penonton dalam satu masa manakala pada malam perlawanan akhir berkenaan, jumlah rasmi penonton yang diumumkan di stadium ialah 88,482 penonton.
BACA: Piala AFF Suzuki: Malaysia ikat Vietnam 2-2
TONTON: Final AFF: Beli tiket tapi tak ada tempat duduk!
BACA: Penonton Piala AFF melimpah? Ini jawapan FAM
Namun, lebih parah, berdasarkan laporan media tempatan, pengiraan mata kasar yang berada di dalam stadium berkenaan pada malam itu dikatakan melebihi 100,000 penonton.
Ia sesuatu perkara serius yang diperlu diperhalusi oleh FAM pada masa akan datang supaya tiada kejadian yang tidak diingini berlaku pada stadium "keramat" skuad Harimau Malaya itu.
BACA: Di sini Harimau Malaya akan beraksi!
BACA: Harimau Malaya mungkin kalah sebab ...
Dalam pada itu, dalam perkembangan lain, Azzuddin berkata VFF telah mengambil inisiatif sendiri dengan memperhebat langkah-langkah keselamatan dengan lebih komprehensif untuk penyokong kedua-dua pasukan yang datang ke stadium My Dinh untuk aksi final kedua Piala AFF Suzuki 2018, esok.
"Pihak FAM juga menekankan faktor keselamatan bagi penyokong Malaysia yang hadir di Hanoi bagi memberikan sokongan kepada pasukan kebangsaan.
"Saya percaya pihak Vietnam juga mengambil langkah keselamatan yang menyeluruh, di mana semua agensi keselamatan negara itu akan terlibat mengawal kelansungan perlawanan itu nanti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 14 2018
Para penyokong Harimau Malaya memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberi sokongan kepada pasukan negara pada Perlawanan Akhir Pertama menentang Vietnam sempena Kejohanan Piala AFF Suzuki 2018, 11 Dis, 2018. --fotoBERNAMA/Fail
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Biden, Macron dijangka umum gencatan senjata Israel-Hezbollah
Rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
WHO kecam serangan hospital di utara Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam serangan berterusan rejim Zionis ke atas Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza.
Perkara itu disampaikan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sebuah ciapan di X.
Serangan Israel di beirut tengah ragut 29 nyawa
Kawasan padat penduduk di tengah Beirut, musnah akibat serangan udara Israel pada Sabtu lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 29 orang, termasuk kanak-kanak.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
UAE tahan tiga suspek kes bunuh rabai
Ketiga-tiga suspek merupakan warga Uzbekistan berusia 28 hingga 33 tahun.
Gantz desak Netanyahu dedah perjanjian dengan Lubnan
Pemimpin pembangkang Israel Benny Gantz, mendesak Netanyahu mendedahkan butiran perjanjian gencatan senjata yang dilaporkan hampir dimeterai antara Israel dan Lubnan.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Biden, Macron dijangka umumkan gencatan Israel-Hezbollah
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan Presiden Perancis Emmanuel Macron dijangka mengumumkan gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah dalam tempoh 36 jam, kata empat sumber kanan Lubnan.
Jurucakap keselamatan nasional White House, John Kirby, menyatakan bahawa rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Jurucakap keselamatan nasional White House, John Kirby, menyatakan bahawa rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
NATO seru perniagaan bersedia untuk senario waktu perang
Pegawai kanan NATO menyeru syarikat perniagaan untuk bersiap sedia menghadapi senario waktu perang dengan menyesuaikan pengeluaran dan pengedaran bagi mengurangkan kerentanan terhadap ugutan dari Rusia dan China.
Pengerusi Jawatankuasa Ketenteraan NATO, Laksamana Rob Bauer dari Belanda, berkata memastikan perkhidmatan dan barangan penting tetap dihantar dalam apa jua keadaan adalah penting dalam usaha pencegahan NATO.
Pengerusi Jawatankuasa Ketenteraan NATO, Laksamana Rob Bauer dari Belanda, berkata memastikan perkhidmatan dan barangan penting tetap dihantar dalam apa jua keadaan adalah penting dalam usaha pencegahan NATO.
Bangunan AFF di Putrajaya penuh semak samun
Video tular memperlihatkan keadaan bangunan ibu pejabat itu dipenuhi semak-samun dengan sampah dan air bertakung di beberapa tempat.
Skuad Harimau Muda akhiri saingan AFF 2023 di tempat keempat
Skuad Harimau Muda bimbingan E. Elavarasan menyamai rekod terbaik Malaysia menduduki tempat keempat pada edisi sulung 2005.
Harimau Muda enggan berputih mata, buru pingat gangsa di Thailand
Skuad Bawah 23 Tahun ebangsaan bertekad untuk bangkit semula bagi melakar kemenangan ke atas pasukan tuan rumah pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat Kejohanan B-23 AFF esok.
Sampai masa AFF, AFC bergerak ke hadapan?
AFF ataupun AFC perlu mengambil inisiatif untuk memastikan semua ahli gabungannya mendapat manfaat sewajarnya.
AFF: Malaysia U19 bukti kemampuan diri
Sama-samalah kita percaya pada kemampuan skuad Harimau Muda ini dan pengurusan kejurulatihannya.
B-19 AFF: Harimau Muda benam Vietnam, mara ke final
Harimau Muda menewaskan Vietnam 3-0 pada aksi separuh akhir di Bekasi, Indonesia, hari ini.
AFF: Proses pembangunan tidak sistematik punca kegagalan - Teong Kim
Bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Lim Teong Kim mempertahankan prestasi mengecewakan barisan pemain muda negara pada kempen Kejuaraan B-23 AFF.
Kejohanan AFF B23: Laos tambah perit Malaysia
Skuad B23 negara terpaksa berdepan satu lagi kekecewaan apabila kecundang 2-0 di tangan Laos dalam saingan Kejohanan AFF B23, sebentar tadi.
Kejohanan Futsal AFF: Malaysia diundi bertemu Thailand, Indonesia
Skuad futsal kebangsaan bakal berdepan cabaran sengit pada Kejohanan Futsal Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 dari 3 hingga 12 April ini.
FAM optimis kemampuan skuad B-23 raih kemenangan ke atas Laos esok
FAM optimis skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan mampu melakar kemenangan dalam aksi menentang Laos esok.