REAL BETIS 1 BARCELONA 1

Luis Enrique menggesa pegawai diberikan bantuan mengenai keputusan di garisan gol selepas melihat usaha Jordi Alba tidak diendahkan ketika Barcelona seri 1-1 di Real Betis, awal pagi tadi.

Tidak lama selepas Barca ketinggalan dengan jaringan pembukaan Alex Alegria, pengadil, Jose Hernandez Hernandez, gagal mengesan bola percubaan Alba yang jelas melepasi garisan gol.

Pasukan pelawat, bagaimanapun, menyamakan kedudukan dengan gol lewat Luis Suarez, tetapi Enrique mahu melihat pengadil dibantu ketika membuat keputusan itu, dengan LaLiga masih belum menggunakan teknologi garisan gol.

"Saya melihat gambar (percubaan), tetapi pengadil memerlukan bantuan," kata jurulatih Barca itu. "Mungkin melalui alat teknologi, (mereka memerlukan bantuan) dalam kes yang memberi manfaat kepada kita dan membahayakan kita."

Walaupun gembira meraih satu mata dalam aksi LaLiga itu, Enrique mengakui prestasi lemah ditunjukkan Barca.

"Pada penghujung separuh masa pertama, kami tidak merana, tetapi tidak mencipta banyak peluang bahaya. Kami bermain tidak betul.

"Pada separuh masa kedua, mereka memberi tekanan dan kami tidak dapat membuat hantaran dengan baik. Mereka mempunyai setengah jam yang sangat baik, di mana mereka menguasai kami.

"Saya berasakan bahawa kami menang dengan satu mata," katanya.