KUALA TERENGGANU: Pelumba pasukan berstatus WorldTeam, Astana Qazaqstan Team, Harold Martin Lopez menyasarkan untuk memperbaiki pencapaian pada penampilan keduanya di pentas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, yang akan memulakan kayuhan esok.
Pelumba berusia 22 tahun itu mengakui, pencapaian pada edisi lepas tidak begitu memberangsangkan selepas sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-21 secara keseluruhan, pada perlumbaan lapan peringkat itu.
"Pada ketika ini kedua-dua pasukan ProTeam dan Continental membariskan pelumba yang hebat, jadi tentunya LTdL kami ini bukanlah suatu yang mudah, walaupun ini merupakan penampilan kedua saya di sini.
"Tahun lepas, keputusan saya tidak begitu bagus bersama Astana dan kali ini saya datang ke Malaysia dengan pesiapan yang lebih baik. Saya juga lebih yakin dengan pasukan saya," katanya pada sidang media LTdL, di sini hari ini.
Pelumba kelahiran Ecuador itu dalam masa sama mahu membalas kepercayaan pasukan Astana, selepas mengikat kontrak dua tahun bersama pasukan WorldTeam itu.
Martin Lopez pernah memenangi dua peringkat perlumbaan di Vuelta a Guatemala dan menduduki tempat kedua keseluruhan Vuelta al Ecuador pada 2020.
Beliau juga memenangi ujian masa individu di Kejohanan Kebangsaan Ecuador Bawah 23 Tahun (B-23) dan turut menamatkan saingan tempat kedua perlumbaan jalan raya di Pan American B-23 Sukan Remaja pada 2021.
Pada tahun ini, beliau turut cemerlang selepas dinobatkan sebagai naib juara kategori klasifikasi remaja di Vuelta a Burgos bulan lepas.
Selain Martin Lopez, Astana dibarisi pelumba terbaik mereka iaitu Vadim Pronskiy, Yurif Natarov, Gleb Syritsa, Martin Laas dan Michele Gazzoli.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 22 2023

Pelumba dari pasukan Astana Qazaqstan Team Harold Martin Lopez Granizo bercakap pada sidang media menjelang siri Jelajah Le Tour de Langkawi Malaysia (LTdL) 2023 di sebuah hotel hari ini. - Foto Bernama
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.

LTdL 2023: Carr juara keseluruhan, Syritsa ungguli peringkat akhir
Simon Carr melakar sejarah menjadi atlet berbasikal pertama British memenangi gelaran Juara Keseluruhan (Jersi Hijau) perlumbaan jelajah berbasikal berprestij di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023.

LTdL 2023 : De Kleijn catat kemenangan sekali lagi
Pelumba Tudor Pro Cycling Team Arvid De Kleijn merangkul kemenangan peringkat kali kedua, pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023.

LTdL 2023: Carr dedikasi kemenangan peringkat 'queen stage' buat datuknya
Pelumba EF Education-Easypost, Simon Carr, muncul juara perlumbaan Peringkat 5, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 hari ini.

Penganjur dedah punca insiden van bawa pelumba LTdL terbabas
Kemalangan berlaku selepas pemandu hilang kawalan di satu selekoh selepas terlajak daripada starting line di UMK Jeli.

LTdL 2023: Peringkat ketiga milik Jackson
Pelumba pasukan Bolton Equities Black Spoke, George Jackson mempamerkan kayuhan bertenaga untuk menjuarai perlumbaan Peringkat Ketiga jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, dari Jeli ke Baling.

De Kleijn kuasai peringkat pertama LTdL 2023
Pelumba Tudor Pro Cycling Team, Arvid de Kleijn menjuarai peringkat pertama LTdL 2023 dari Kerteh ke Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu.

LTDL 2023: Martin Lopez mahu balas kepercayaan Astana
Pelumba pasukan berstatus WorldTeam, Astana Qazaqstan Team, Harold Martin Lopez menyasarkan untuk memperbaiki pencapaian di pentas LTdL 2023.

LTdL 2023: Pasukan tiba di Terengganu, pemburuan jersi hijau bermula
Bahang penganjuran LTdL tidak pernah terpadam sebelum acara kayuhan itu bermula esok hingga 30 Sept ini.

LTdL 2023: Skuad kebangsaan intai jersi putih
Skuad berbasikal kebangsaan menyasarkan untuk menyambar jersi putih (pelumba terbaik Asia) pada perlumbaan jelajah berbasikal berprestij di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, bermula Sabtu ini.

LTdL: KBS mohon syarikat korporat beri jawapan tajaan secepat mungkin
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyeru syarikat korporat yang berminat untuk menaja perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 untuk memberi keputusan penajaan secepat mungkin.