KDN FC dalam kenyataan malam ini memaklumkan pemain berusia 33 tahun itu adalah bekas pemain antarabangsa Palestin yang beraksi di posisi sayap dan berkeupayaan bertindak sebagai penyerang.
"Dia menyertai pasukan setelah menjalani sisi pemilihan ketat bersama barisan kejurulatihan sejak Julai lalu termasuk diturunkan pada aksi persahabatan menentang Nara United dari Thailand," menurut kenyataan itu.
Karier antarabangsa Layth bermula pada tahun 2020 dengan 11 kali penampilan serta menjaringkan lima gol sepanjang mewakili skuad negaranya.
Sebelum ini, KDN FC telah menamatkan kontrak dua penyerang import iaitu pemain dari Guinea-Bissau, Valdumar Augusto Te dan Chadrack Lukombe Muzungu dari Congo.
-- BERNAMA