KUALA LUMPUR : Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) tidak menghalang mana-mana pasukan menaikkan harga tiket perlawanan Liga Malaysia (Liga-M) meskipun terdapat saranan supaya ia dikekalkan berikutan situasi semasa pandemik COVID-19.
Ketua Pegawai Eksekutif MFL Datuk Ab Ghani Hassan berkata kenaikan itu disebabkan faktor peningkatan kos yang bakal ditanggung pasukan apabila kehadiran penyokong ke stadium dibenarkan bermula 1 April ini.
Beliau berkata perbelanjaan pasukan akan meningkat apabila perlu menambah jumlah petugas di stadium selain menyediakan pelbagai kemudahan diperlukan sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi memelihara konsep gelembung sukan.
Selain daripada itu, beliau berkata kelab bola sepak perlu menampung kos penyediaan kemudahan seperti cecair pembasmi kuman dan alat pengimbas suhu.
"Harga barang pun naik pada masa ini, jadi saya rasa harga tiket pun akan naik, tidak dapat dielakkan. Apa yang penting peminat menyokong sebab apa dibelanjakan adalah untuk pasukan dan secara tidak langsung membantu pasukan," katanya kepada Bernama hari ini.
Pada masa sama, Ab Ghani berkata MFL telah meminta vendor tiket perlawanan Liga-M untuk menyediakan petugas serta kemudahan seperti pengimbas kod respons pantas di setiap stadium sebagai usaha meringankan beban pasukan.
"Perkara ini sedang diteliti, saya percaya vendor tiket dilantik MFL akan menyediakan kemudahan tersebut, jadi tidak perlu untuk pasukan berbelanja untuk perkara itu atau menanggung apa-apa lagi kos," katanya.
Isnin lepas, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyarankan harga tiket Liga-M dikekalkan seperti sedia ada, namun menyerahkan kepada MFL selaku badan pentadir Liga-M untuk mengadakan perbincangan berhubung perubahan itu.
"Saya sendiri menyokong saranan itu kerana ia penting memandangkan keadaan ekonomi hari ini, tetapi apabila saya melihat kepada keadaan pasukan ketika ini, mereka perlu menaikkan harga tiket atas sebab-sebab tertentu," kata Ab Ghani.
Dalam pada itu, Ab Ghani berkata beliau akan meminta semua pasukan untuk menghantar cadangan kenaikan harga tiket masing-masing untuk diteliti MFL terlebih dahulu.
Media sebelum ini melaporkan penyokong kemungkinan terpaksa menanggung kenaikan harga tiket perlawanan pada kadar sekitar RM5 hingga RM10 selepas dibenarkan kembali menyaksikan perlawanan di stadium bermula bulan depan.
Ia selepas beberapa pasukan Liga-M memberi bayangan bagi menaikkan sedikit harga tiket perlawanan daripada kebiasaan dalam menampung kos tambahan untuk mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 24 2021

Kata Ab Ghani, kenaikan itu disebabkan faktor peningkatan kos yang bakal ditanggung pasukan apabila kehadiran penyokong ke stadium dibenarkan bermula 1 April ini. - Gambar hiasan/BERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang

Penyertaan bekas pemain dalam FAM mampu pacu pembaharuan - Jamal Nasir
Legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan pemilihan dua bekas pemain kebangsaan dalam kepimpinan baharu FAM sebagai perkembangan positif kepada sukan itu.

Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.

KL City kutip tiga mata tewaskan TFC di laman sendiri
Kuala Lumpur City FC (KL City FC) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam ini.

Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak
Asmat berkata ini sebahagian daripada usaha untuk penglibatan yang lebih meluas dalam dunia sukan.

FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti idea penubuhan badan bebas pengadil untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti dilontarkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail.

Neymar sah kembali ke kelab pertama, Santos
Neymar menyatakan beliau telah lama mengimpikan langkah itu menjadi kenyataan.

Teruja kepulangan ke Santos FC, peminat Neymar ukir tatu di kaki
Kepulangan Neymar ke Santos FC mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat.

Paul Pogba beri bayangan bakal kembali ke pangkuan Man Utd?
Terdahulu, Pogba mencapai kata sepakat bersama Juventus untuk menamatkan kontraknya lebih awal atas persetujuan bersama.