KUALA LUMPUR: Sebanyak 6,769 atlet bawah 21 tahun sedang mengikuti program pelapis negeri yang dibimbing 400 jurulatih bertauliah, di 319 pusat latihan di seluruh negara.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim berkata 2,232 atlet berusia 13 hingga 15 tahun pula dibimbing 172 jurulatih bertauliah di 165 pusat latihan daerah menerusi program bakat.
"Kementerian Belia dan Sukan (KBS) komited memastikan negara tidak ketandusan bakat baharu sukan di peringkat akar umbi sehingga mereka dapat digilap dan menggantikan barisan atlet senior pada bila-bila masa," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Abdul Khalib Abdullah (PN-Rompin) mengenai perancangan dilakukan KBS dalam usaha mencari bakat-bakat baharu sukan bagi sukan popular seperti badminton dan bola sepak.
Adam Adli berkata kedua-kedua program itu menyediakan peralatan latihan, latihan mod separuh masa, pendedahan latihan dan pertandingan di peringkat daerah dan negeri.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan KBS menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) akan menganjurkan pertandingan liga sukan komuniti bagi peringkat daerah, negeri dan kebangsaan sebagai usaha mencari bakat baharu bagi sukan bola jaring, futsal dan bola keranjang.
Katanya kementerian menyasarkan penyertaan 100,000 orang dalam pertandingan tersebut dan ketiga-tiga sukan itu dipilih berdasarkan minat masyarakat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 23 2023
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim berkata 2,232 atlet berusia 13 hingga 15 tahun pula dibimbing 172 jurulatih bertauliah di 165 pusat latihan daerah menerusi program bakat. - Gambar fail/BERNAMA
Agong berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266, di Istana Negara hari ini.
'Dekriminalisasi' penggunaan dadah: KDN laksana libat urus intensif berkaitan pindaan akta
Saifuddin Nasution berkata kementerian telah mengendalikan 13 sesi libat urus pada tahun ini, 22 libat urus (2023), 11 libat urus (2022), tujuh libat urus (2021) dan empat sesi libat urus (2020).
Olimpik Paris: Perancis dikutuk gara-gara larang atlet wanita berhijab
Kumpulan hak asasi manusia menuduh Perancis 'hipokrasi diskriminasi' kerana enggan membenarkan atletnya memakai hijab pada Sukan Olimpik Paris.
Pekerja kilang papan mengaku rogol, cabul budak 5 tahun
Tertuduh, Lui Tien Peng, 54, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan.
Pempengaruh maut: Kerajaan teliti gubal undang-undang buli siber baharu- Fahmi
Kerajaan akan meneliti keperluan untuk menggubal undang-undang baharu bagi menangani insiden buli siber, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.
Lebih 1.3 juta murid akses DELIMa setakat 10 Julai lepas - KPM
Lebih 1.3 juta murid telah mengakses pelantar digital DELIMa bagi pembelajaran dalam talian secara aktif, setakat 10 Julai lepas.
Tentera AS tamatkan misi dermaga terapung untuk bantuan Gaza
Tentera Amerika Syarikat umum penamatan projek dermaga terapung yang ditubuhkan untuk menghantar bantuan ke Semenanjung Gaza.
Anggota JPJ didakwa atas 40 pertuduhan rasuah tak periksa lori syarikat pengangkutan
Seorang anggota JPJ tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen atas 40 pertuduhan gagal melaporkan pemberian rasuah RM42,100, antara 2016 hingga 2019.
Wan Ahmad Fayhsal digantung enam bulan daripada hadir sidang Dewan Rakyat
Seramai 110 Ahli Parlimen bersetuju, manakala 63 tidak bersetuju dengan usul berkenaan.
AWANI Ringkas: Polis sahkan DNA sepadan dengan Nur Farah Kartini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Belia perlu ada integriti, harga diri, maruah - Adam Adli
Belia perlu ada integriti, harga diri, maruah - Adam Adli
Persatuan sukan perlu pastikan atlet ada perlindungan Perkeso - Adam Adli
Kementerian Belia dan Sukan menggesa semua persatuan sukan memastikan atlet bernaung di bawahnya mendapatkan perlindungan Perkeso.
KBS buat 22 perubahan dalam sembilan bulan untuk tambah baik pentadbiran sukan dan belia negara
Dalam masa 9 bulan, KBS di bawah pimpinan Hannah Yeoh dan Adam Adli berjaya membuat 22 perubahan bagi menambah baik pentadbiran KBS.
Adam Adli terkejut ‘kontroversi’ APBN dibawa ke Parlimen
Isu tersebut bukanlah kepentingan awam buat masa sekarang malah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga telah mengendalikan isu tersebut sebaiknya.
Sekolah dicadang terap elemen ilmiah, intelektual sampaikan mesej Palestin
Pihak sekolah dicadang menerapkan elemen ilmiah dan bersifat intelektual dalam menyampaikan mesej kepada pelajar supaya mereka lebih memahami tentang isu sebenar yang berlaku di Palestin.
KBS akan bantu, sokong bangunkan sukan flag football
KBS akan membantu dan memberi sokongan diperlukan Malaysia American Football Association (MAFA) dalam membangunkan sukan flag football negara.
KBS sedia bertemu dengan persatuan belia yang berdepan isu kelesuan
Setakat ini isu kelesuan bukan sesuatu yang membimbangkan memandangkan golongan belia dan persatuan ketika ini sangat aktif.
Rakan Muda, program untuk bangunkan jati diri belia - Adam Adli
Program Rakan Muda yang diperkenalkan pada 1994 telah berjaya melahirkan generasi MADANI yang mampu bersosial dengan masyarakat.
KBS bakal lancar Rakan Demokrasi, galak belia dalam perbincangan politik
Rakan Demokrasi dijadual dilancarkan bersama Rakan Muda esok, yang akan melibatkan belia berusia dari 15 tahun.
KBS akan terus sokong Zii Jia
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan akan terus menyokong jaguh perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.