KOTA BHARU: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersedia untuk bertemu dengan mana-mana persatuan belia yang berdepan dengan isu kelesuan termasuk membabitkan ahli persatuan, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim.
Beliau berkata setakat ini, isu terbabit bukan sesuatu yang membimbangkan dalam kalangan persatuan belia memandangkan golongan belia dan persatuan ketika ini sangat aktif, tambahan pula persatuan belia sama ada yang bergabung dengan Majlis Sukan Negara (MSN) atau yang bergerak sendiri, mempunyai peranan masing-masing dalam masyarakat.
"Lesu atau tidak (persatuan) kita tidak tahu kayu ukur macam mana. Itu pendapat yg dikeluarkan oleh mereka (Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia Veteran (MAYC Veteran). Kita tengok dari sudut aktiviti golongan muda itu sendiri saya kira sekarang zaman ini sangat menarik (aktif).
"Malah, ramai golongan muda kini melibatkan diri dengan sangat aktif dalam ekonomi, inovasi, kesenian dan budaya. Bahkan, banyak tajuk-tajuk berita kini dihiasi dengan kejayaan golongan muda dan aktiviti ekonomi sekarang berkisar daya usaha golongan muda," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir merasmikan Majlis Sambutan Hari Pencegahan Lemas Sedunia Peringkat KBS Tahun 2023 dan tinjauan pelaksanaan program Kemahiran Latihan Asas Sukan: (KLAS Renang) di Kelantan Golf and Country Club Kota Bharu, di sini pada Jumaat.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan MAYC Veteran semalam yang mendedahkan penghijrahan orang muda ke bandar-bandar untuk mencari kerja atau penyambung pengajian antara punca banyak pertubuhan belia menjadi lesu.
Dalam perkembangan sama, Adam Adli berkata KBS baru sahaja melancarkan Program Rakan Muda yang merupakan antara usaha pembangunan jati diri golongan belia selain turut melancarkan Program Sekolah Rukun Negara, untuk mendedahkan belia dengan kefahaman dan pengetahuan demokrasi.
"Jadi kita boleh lihat banyak aktiviti yang telah dijalankan oleh kerajaan dengan melibatkan golongan belia. Lesu ini kalau tidak bergerak...tetapi sekarang kita bagi banyak platform untuk (belia) bergerak," katanya.
Mengulas mengenai program berkenaan, Adam Adli berkata KLAS Renang yang dilancarkan pada Mei lalu membabitkan kategori 12 tahun mendapat sambutan yang menggalakkan selain pihaknya akan memperluaskan ke kategori bawah enam tahun, warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) pada masa akan datang.
"Kita boleh nampak pelaksanaan KLAS Renang ini sangat positif dan tidak mustahil sekiranya peserta bakal menjadi atlet pada satu hari nanti memandangkan menerusi program ini peserta bukan sahaja didedahkan dengan asas renang tetapi turut didedahkn dengan teknik-teknik renang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 28 2023

Reaksi spontan Adam Adli ketika bergambar bersama para peserta pada Hari Pencegahan Lemas Sedunia di Kelantan Golf and Country Club, Kota Bharu, 28 Julai 2023. --fotoBERNAMA
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

KBS galakkan generasi muda terlibat aktiviti kesukarelawan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan penglibatan generasi muda berumur 13 hingga 30 tahun pada sambutan hari Kesukarelawanan Belia Malaysia 2024 (HKBM 2024) pada Sabtu.

Isu 3R: AMK buat laporan polis terhadap Muhyiddin
Ketua AMK Adam Adli Abd Halim berkata laporan polis berkenaan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh, bersama-sama AMK Pahang.

Perkasakan belia untuk kemajuan masa depan - Adam Adli
Pengiktirafan Malaysia terhadap golongan itu adalah penting dalam usaha membentuk masa depan negara dan merujuk pengenalan Model Pembangunan Belia MADANI 2030 tahun lepas.

Belia perlu ada integriti, harga diri, maruah - Adam Adli
Belia perlu ada integriti, harga diri, maruah - Adam Adli

Persatuan sukan perlu pastikan atlet ada perlindungan Perkeso - Adam Adli
Kementerian Belia dan Sukan menggesa semua persatuan sukan memastikan atlet bernaung di bawahnya mendapatkan perlindungan Perkeso.

KBS buat 22 perubahan dalam sembilan bulan untuk tambah baik pentadbiran sukan dan belia negara
Dalam masa 9 bulan, KBS di bawah pimpinan Hannah Yeoh dan Adam Adli berjaya membuat 22 perubahan bagi menambah baik pentadbiran KBS.

Adam Adli terkejut ‘kontroversi’ APBN dibawa ke Parlimen
Isu tersebut bukanlah kepentingan awam buat masa sekarang malah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga telah mengendalikan isu tersebut sebaiknya.

Sekolah dicadang terap elemen ilmiah, intelektual sampaikan mesej Palestin
Pihak sekolah dicadang menerapkan elemen ilmiah dan bersifat intelektual dalam menyampaikan mesej kepada pelajar supaya mereka lebih memahami tentang isu sebenar yang berlaku di Palestin.

KBS akan bantu, sokong bangunkan sukan flag football
KBS akan membantu dan memberi sokongan diperlukan Malaysia American Football Association (MAFA) dalam membangunkan sukan flag football negara.

KBS sedia bertemu dengan persatuan belia yang berdepan isu kelesuan
Setakat ini isu kelesuan bukan sesuatu yang membimbangkan memandangkan golongan belia dan persatuan ketika ini sangat aktif.