KUALA PERLIS: Daerah Kuala Perlis bakal dibangunkan sebagai hab sukan permotoran dan destinasi pelancongan sukan lasak, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Perlis Abu Bakar Hamzah.
Beliau berkata usaha itu sejajar dengan hasrat kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan yang ingin memberi galakan kepada anak muda untuk terlibat dalam sukan itu.
"Kita mempelawa mana-mana penganjur yang berminat memilih Kuala Perlis sebagai tapak penganjuran sukan permotoran kerana kita ingin tarik lebih ramai pengunjung ke sini seterusnya menjana pendapatan tambahan kepada penduduk setempat yang sebahagian besarnya terdiri daripada keluarga nelayan," katanya kepada Bernama hari ini.
Menurut Abu Bakar kerajaan negeri juga bersedia mengadakan rundingan dengan mana-mana pihak yang berminat untuk menjadikan Kuala Perlis sebagai hab sukan permotoran dan destinasi pelancongan sukan lasak sekali gus menyediakan tempat bagi membantu penganjur.
Beliau berkata setakat ini sambutan yang diterima daripada penganjur amat menggalakkan selepas Pertandingan 4X4 di Pulau Ketam pada 4 Feb lepas.
"Selepas ini akan ada satu lagi kejohanan sukan permotoran iaitu kejohanan motocross pada Mac ini. Penduduk Kuala Perlis mula berminat dengan sukan ini dan insya-Allah saya berharap pada masa akan datang kita dapat mencungkil bakat muda untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa," katanya.
Katanya selain penganjuran sukan permotoran, kerajaan Perlis juga akan menganjurkan Kampen Bersih dan Cantik Kuala Perlis sebagai usaha mengindahkan daerah ini yang menjadi satu daripada destinasi pelancongan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 06 2023

Abu Bakar (tiga, kanan) ketika hadir pada Pertandingan 4X4 di Pulau Ketam, baru-baru ini. - Foto Facebook Abu Bakar Hamzah
AWANI Ringkas: Lima video 'deepfake' penipuan pelaburan dikesan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sapura Energy: Bukan 'bailout', tapi pelaburan strategik
Kerajaan menafikan dakwaan bahawa suntikan dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy merupakan satu bentuk bailout bagi menyelamatkan syarikat berkenaan.

AirBorneo: Sarawak bakal peroleh model pesawat jenis ATR 72-600 baharu
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.

Google Photos kelak tidak akan menyimpan imej RAW secara automatik
Imej DNG akan disimpan dalam folder tersendiri dan dikenal pasti sama ada telah diproses atau belum.

Kiosk Sentuhan Madani kedua di KL Sentral akan dilancar esok
Kerajaan akan memperluaskan inisiatif Kiosk Sentuhan Madani ke lokasi strategik kedua di Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral).

Lelaki langgar mati suami isteri mengaku tidak bersalah memandu bawah pengaruh dadah
Tertuduh, Ng Ju Han, 20, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi.

Kes kolej vokasional: Tertuduh pertama dakwa hanya tolak, tepis bahu mangsa
Tertuduh pertama dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu bahawa dia tidak memukul mangsa ketika di bilik asrama, sebaliknya hanya menolak serta menepis bahu.
Suruhanjaya Eropah umum langkah balas terhadap tarif AS
Suruhanjaya Eropah pada Rabu mengumumkan pelaksanaan langkah balas terhadap tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap blok negara berkenaan.
[TERKINI] Bukan 'bailout', pelaburan dalam Sapura Energy langkah strategik
Kerajaan menafikan pembiayaan RM1.1 bilion kepada Sapura energy sebagai tindakan 'bailout' terhadap syarikat berkenaan, sebaliknya ia merupakan langkah pelaburan strategik.

ACLE: Jaringan Obregon dibatal VAR, ini penjelasan Subkhiddin
JDT terpaksa akur jaringan Suphanat Mueanta di separuh masa kedua bertindak sebagai pemisah sekali gus menyingkirkan JDT daripada kejohanan.

Kuih kapit Kamsiah jadi pilihan musim perayaan termasuk Tahun Baharu Cina
Kamsiah kini telah banyak menerima tempahan kuih kapit itu untuk sambutan Tahun Baharu Cina pada penghujung bulan ini.

Tambang feri ke Langkawi naik antara RM3 hingga RM10.50 bermula 1 Jan 2025
Ferry Line Ventures mengumumkan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Perlis dan Kuala Kedah berkuat kuasa 1 Jan 2025.

Penduduk Kuala Perlis berpesta sambut fenomena air pasang besar
Lebih 2,000 penduduk di Kuala Perlis seperti berada di dalam taman tema air mengambil kesempatan berpesta.

Sembilan perjalanan feri laluan Kuala Kedah-Langkawi-Kuala Kedah dibatalkan
Kapten Baharin berkata, jumlah keseluruhan penumpang yang terbabit adalah seramai 1,791 orang.

Tragedi Ramadan: Tiga rumah di Kampung Warna, Kuala Perlis musnah terbakar
Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada litar pintas sebuah rumah sebelum merebak ke dua buah rumah berhampiran.

Kastam rampas enam guni ganja bernilai RM420,000 dicampak ke laut
Dadah itu dipercayai diseludup dari negara jiran dan dibawa masuk secara haram melalui jalan laut dengan menggunakan bot nelayan.

Kuala Perlis bakal jadi hab sukan permotoran - ADUN
Usaha itu sejajar hasrat kerajaan menerusi KBS yang ingin memberi galakan kepada anak muda untuk terlibat dalam sukan itu.

Banjir surut sepenuhnya, satu PPS ditutup
Banjir kilat di Perlis surut sepenuhnya dan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Kuala Perlis ditutup malam ini.

Kapal layar RM200 juta kejutkan warga Kuala Perlis
Kehadiran kapal layar mewah jenis Adastra itu bagaimanapun tidak mengganggu aktiviti nelayan.

Projek pergerukan alur pelayaran dilaksana, pastikan operasi feri Langkawi-Kuala Perlis lancar
Jabatan Laut Malaysia (JLM) telah mengambil langkah serta-merta untuk melantik kontraktor bagi menjalankan kerja-kerja pengerukan