LONDON: Negeri Victoria di Australia menarik diri sebagai tuan rumah Sukan Komanwel 2026 berikutan kos acara itu melebihi anggaran kira-kira AUD$5 bilion (AS$3.4 bilion), lapor Agensi Berita Jerman ( dpa).
Ketua Menteri Victoria Daniel Andrews memberitahu media di Melbourne bahawa beliau tidak bersedia untuk membelanjakan sehingga AUD$7 bilion untuk "acara sukan 12 hari".
"Tahun lalu apabila pihak berkuasa Sukan Komanwel mendekati kami dan memerlukan seseorang sebagai penganjur Sukan Komanwel 2026, sebagai sebuah negeri kami gembira dapat membantu, tetapi sudah tentu tidak pada sebarang harga.
"Saya telah membuat banyak keputusan yang sukar dalam tugas ini, ini bukan satu daripadanya. Ia agak jelas, kami tidak akan membelanjakan enam hingga tujuh bilion untuk acara sukan selama 12 hari. Kami tidak hanya membuat keputusan popular, kami melakukan apa yang betul dan ia mungkin menjadi salah," katanya.
Belanjawan asal untuk temasya itu dianggarkan sekitar AUD$2.6 bilion tetapi melonjak hampir tiga kali ganda.
Andrews berkata pihaknya telah mengadakan "perbincangan mesra" dengan pihak berkuasa Komanwel di London dan akan meneruskan perbincangan dengan mereka pada pagi Selasa.
"Adalah tidak wajar dan bertentangan dengan kepentingan pembayar cukai untuk saya membuat spekulasi dan menjalankan rundingan dengan pihak lain pada sidang media di sini hari ini. Sementara itu, kami akan membiarkan pasukan kami yang di London menangani isu-isu ini," katanya.
Andrews berkata anggaran itu "jelas di bawah kos sebenar".
Kerajaan negeri Victoria sebaliknya akan menggunakan wang yang dianggarkan untuk menambah baik kompleks sukan dan perumahan di wilayah Victoria.
Sukan Komanwel 2026 telah ditetapkan untuk diadakan di wilayah Victoria di seluruh bandar seperti Geelong, Bendigo, Ballarat, Gippsland dan Shepparton.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 18 2023

Ketua Menteri Victoria Daniel Andrews memberitahu beliau tidak bersedia untuk membelanjakan sehingga AUD$7 bilion untuk "acara sukan 12 hari". - Gambar fail/AP
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.

Derma pakaian, PM Britain didakwa langgar peraturan Parlimen
Keir Starmer tidak mengisytiharkan seorang ahli perniagaan kaya dan penderma Parti Buruh membeli pakaian mewah untuk isterinya, Victoria.

Selesema burung dikesan di ladang keenam di Victoria Australia
Pihak berkuasa tempatan di negeri Victoria, Australia melaporkan bahawa virus selesema burung telah dikesan di ladang keenam, yang sudah dalam kuarantin.

Seorang maut, puluhan dipindahkan selepas letupan kimia di Australia
Seorang maut manakala 30 lagi dipindahkan selepas letupan kimia berlaku di sebuah kilang di negeri Victoria, Australia pada Khamis, lapor Xinhua.

Tarik diri tuan rumah Sukan Komanwel, kerajaan Victoria bayar AS$243 juta
Negeri Victoria di Australia akan membayar AS$243 juta selepas ia memutuskan untuk menarik diri daripada menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026.

Kos terlebih: Victoria, Australia tarik diri jadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026
Negeri Victoria di Australia menarik diri sebagai tuan rumah Sukan Komanwel 2026 berikutan kos acara itu melebihi anggaran kira-kira AUD$5 bilion.

Warga emas maut selepas kereta dipandu rempuh sofa tengah jalan
Seorang warga emas disahkan maut selepas kenderaan dipandunya merempuh sebuah sofa yang diletakkan di tengah jalan.

Victoria, Australia menang bidaan tuan rumah Sukan Komanwel 2026
Temasya berdasarkan "model berbilang bandar" yang baharu, di mana acara akan berlangsung di beberapa kawasan luar bandar.

Perjanjian praperkahwinan anak sulung David Beckham bernilai RM16 juta
David Beckham dan Victoria akan terima menantu sulung esok.

COVID-19: Victoria catat jumlah kes terendah dalam beberapa minggu
Sebanyak 1,355 kes baharu dikesan dan 11 kes kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Tenis Terbuka Australia dijalankan seperti biasa
Terbuka Australia sebelum ini telah ditangguh dan telah dipertandingkan tanpa kehadiran penonton di Melbourne selama lima hari.