MELBOURNE: Victoria di Australia mencatatkan kes COVID-19 paling rendah sejak awal bulan ini.

Sebanyak 1,355 kes baharu dikesan dan 11 kes kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Komander Tindak Balas COVID-19 negeri, Jeroen Weimar berkata kali terakhir Victoria melaporkan kes serendah itu adalah pada 2 Oktober lepas.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Melbourne pada Sabtu.

Tambahnya leboh 92 peratus penduduk berusia 16 tahun ke atas telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19, manakala hampir 80 peratus daripada golongan tersebut telah lengkap menerima dua dos suntikan.

Sementara itu tiga kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan di New South Wales dengan 236 kes positif baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Manakala Wilayah ACT mengesan sembilan kes baharu COVID-19.