BIRMINGHAM: Peman boling padang berpengalaman negara, Siti Zalina Ahmad kembali meraih pingat indvidu dalam tempoh 16 tahun pada temasya Sukan Komanwel setelah menewaskan wakil Norfolk Island, Shae Wilson pada aksi penentuan gangsa acara singles wanita edisi Birmingham pada Isnin.
Atlet kebangsaan berusia 43 tahun itu bangkit daripada kekecewaan setelah tumpas di peringkat separuh akhir, untuk menewaskan pemain Norfolk Island itu 21-10 untuk meraih gangsa di Victoria Park, Leamington Spa di sini.
Terdahulu pada saingan separuh akhir Isnin, Siti Zalina tumpas kepada pemain dari Guernsey, Lucy Beere 15-21.
Pingat emas acara berkenaan dimenangi pemain Australia, Ellen Ryan, yang menumpaskan Beere 21-17 di pentas final.
Kejayaan meraih gangsa individu itu juga adalah keempat bagi Siti Zalina di temasya Sukan Komanwel selepas memenangi kejuaraan singles pada edisi 2002 di Manchester, England, sebelum mempertahankan gelaran tersebut pada edisi 2006 di Melbourne, Australia.
Siti Zalina juga memenangi pingat emas dalam acara pairs bergandingan dengan Emma Firyana Saroji pada edisi 2018 di Gold Coast, Australia.
Pasangan Malaysia itu akan turun mempertahankan gelaran tersebut dalam acara pairs bermula Selasa ini (2 Ogos).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 02 2022
Aksi Siti Zalina ketika berdepan Olivia Eunice Buckingham dari Niue pada pusingan pertama acara Boling Padang Perseorangan Wanita pada Sukan Komanwel Birmingham 2022, 29 Julai. - Gambar fail/BERNAMA
Indonesia rancang had umur untuk platform digital, lindungi kanak-kanak
Indonesia sedang merangka peraturan baharu bagi melindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian, termasuk menetapkan had umur pada platform digital.
Siasatan kes tipu isteri pelawak selesai
Kertas siasatan berhubung kes penipuan berjumlah RM95,180 melibatkan isteri kepada seorang pelakon dan pelawak sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).
Lebih 6 juta berisiko maut akibat HIV/AIDS, tanpa dana AS - PBB
Penggantungan program bantuan luar oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump boleh menyebabkan 6.3 juta kematian akibat HIV dan AIDS dalam tempoh empat tahun akan datang, menurut sebuah organisasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menangani penyakit itu.
Sifat tamak, ingin cepat kaya dorong peningkatan kes mangsa pelaburan - Polis
Keinginan untuk cepat kaya dikenal pasti menjadi pendorong kepada peningkatan bilangan mangsa jenayah komersial terutamanya membabitkan pelaburan tidak wujud di Terengganu.
Wanita maut terjatuh dari tingkat atas PPR
Seorang wanita ditemui mati di tempat parkir motosikal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai, Johor Bahru.
Wanita berusia lingkungan 20-an itu dipercayai terjatuh dari tingkat atas bangunan tersebut.
Wanita berusia lingkungan 20-an itu dipercayai terjatuh dari tingkat atas bangunan tersebut.
KDN haramkan tiga buku
KDN mewartakan perintah larangan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 [Akta 301] berkuat kuasa pada 21 dan 22 Januari, tiga tajuk buku iaitu "My Shadow Is Purple, Koleksi Puisi Masturbasi dan All That's Left In The World.
KPM tidak pernah benarkan syarikat swasta, perunding kewangan buat aktiviti di sekolah: Fadhlina
Kementerian Pendidikan Malaysia tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana syarikat swasta atau perunding kewangan untuk menjalankan aktiviti dalam kawasan sekolah.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, mana-mana pihak luar yang ingin memasuki setiap fasiliti KPM perlu mendapatkan kebenaran rasmi terlebih dahulu.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, mana-mana pihak luar yang ingin memasuki setiap fasiliti KPM perlu mendapatkan kebenaran rasmi terlebih dahulu.
Keputusan tidak teruskan garis panduan hadiri rumah ibadat bukan Islam tepat - GRS
Ketua Penerangan GRS Datuk Joniston Bangkuai dalam kenyataan pada Jumaat
berkata keputusan ini menunjukkan kerajaan persekutuan mengambil berat tentang sentimen rakyat dalam isu perkauman dan agama.
berkata keputusan ini menunjukkan kerajaan persekutuan mengambil berat tentang sentimen rakyat dalam isu perkauman dan agama.
Sarawak tidak perlu garis panduan agama - SUPP
Menyifatkan Sarawak sebagai negeri “sekular”, Setiausaha Agung SUPP, Sebastian Ting, berkata mereka mendapati garis panduan yang dicadangkan itu “tidak perlu dan keterlaluan”.
Garis panduan lawat rumah ibadat bukan Islam ikut negeri
Garis panduan bagi umat Islam menghadiri majlis di rumah ibadat bukan Islam yang telah diguna pakai di setiap negeri sudah memadai untuk dijadikan rujukan.
Sukan Komanwel: Juara bertahan Siti Zalina-Emma Firyana kandas di separuh akhir
Pasangan negara terpaksa akur di tangan wakil Australia, Kristina Krstic dan Ellen Ryan, 10-13.
Sukan Komanwel Birmingham 2022: Siti Zalina-Emma Firyana pertahan emas boling padang
Mereka diberi tentangan sengit sebelum menumpaskan gandingan dari Guernsey, Rosemary Ogier-Lucy Beere, 22-19 di Victoria Park, Leamington Spa.
Komanwel 2022: Siti Zalina raih gangsa singles
Atlet kebangsaan berusia 43 tahun itu menewaskan pemain Norfolk Island untuk meraih gangsa di Victoria Park.
Sukan Komanwel: 2 wakil negara ke suku akhir boling padang
Siti Zalina Ahmad mara dalam kelompok lapan terbaik dalam acara singles (perseorangan) wanita.
Malaysia raih emas acara boling padang
Siti Zalina Ahmad bergandingan dengan Emma Firyana Saroji yang bermula agak longlai pada tiga ends pertama ketinggalan 7-0 kepada gandingan Nicolene Neal dan Colleen Piketh.
Siti Zalina sedia untuk 'berperang'
Siti Zalina, 38, secara peribadinya mahu memadam episod duka di Glasgow, Scotland pada 2014 apabila beliau gagal memberikan saingan selepas berehat sementara daripada sukan kesayangannya itu.
Boling padang: Pairs Wanita tambah pingat emas kelima
Beregu boling padang wanita negara, Siti Zalina Ahmad dan Auni Fathiah Khamis ternyata 'menjadi'.