BIRMINGHAM: Pasangan atlet boling padang negara, Siti Zalina Ahmad dan Emma Firyana Saroji bermula dengan langkah kanan dalam misi mempertahan gelaran pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 apabila mencatat kemenangan pada aksi pembukaan acara 'pairs' wanita hari ini.
Namun, kemenangan diraih pemenang pingat emas edisi 2018 di Gold Coast, Australia itu bukan mudah apabila diberi tentangan sengit sebelum menumpaskan gandingan dari Guernsey, Rosemary Ogier-Lucy Beere, 22-19 di Victoria Park, Leamington Spa.
Pada perlawanan kedua pusingan awal itu esok, Siti Zalina-Emma Firyana akan berdepan wakil Cook Islands Matapa Puia-Nooroa Mataio.
Rentak kemenangan pasangan wanita negara itu diteruskan Fairul Izwan Abd Muin apabila mudah menewaskan pemain Jamaica Robert Simpson, 21-4 dalam perlawanan pertama acara 'singles' lelaki.
Skuad negara juga cemerlang dalam acara lelaki berempat (fours) apabila gandingan Muhammad Idham Amin Ramlan, Izzat Shameer Dzulkeple, Mohammad Syamil Syazwan Ramli dan Muhammad Soufi Rusli mengetepikan cabaran pasukan Brunei, 21-8.
Skuad wanita bertiga negara bagaimanapun berdepan nasib berbeza pada perlawanan pusingan awal acara 'triples'.
Pasukan negara yang dibarisi Nur Ain Nabilah Tarmizi, Syafiqa Haidar Afif Abdul Rahman dan Azlina Arshad, tewas pada aksi pertama 14-17 kepada Fiji, sebelum bangkit pada perlawanan kedua dengan menumpaskan skuad Norfolk Island 24-8.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 02 2022
![Sukan Komanwel Birmingham 2022: Siti Zalina-Emma Firyana pertahan emas boling padang Sukan Komanwel Birmingham 2022: Siti Zalina-Emma Firyana pertahan emas boling padang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659480573_SitiZalinaAhmad.jpg)
Pada perlawanan kedua pusingan awal esok, Siti Zalina (foto) dan Emma Firyana akan berdepan wakil Cook Islands Matapa Puia-Nooroa Mataio. -Gambar fail/Bernama
JKR Sabah nilai kerosakan jalan di kawasan terjejas banjir
Jabatan Kerja Raya Sabah sedang memantau dan menilai kerosakan jalan yang terkesan akibat banjir di negeri itu dengan tumpuan akan diberikan di kawasan yang ditenggelami air.
Jumlah mangsa banjir di PPS Sabah meningkat
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 721 daripada 212 keluarga berbanding 695 daripada 189 keluarga pagi tadi.
![Mierul Aiman dan Meerqeen tarik ramai pengunjung serbu 'Assalamualaikum RaRa Kedah' Mierul Aiman dan Meerqeen tarik ramai pengunjung serbu 'Assalamualaikum RaRa Kedah'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739012709_MADAD.jpg)
Mierul Aiman dan Meerqeen tarik ramai pengunjung serbu 'Assalamualaikum RaRa Kedah'
Program Assalamualaikum RaRa 2025 berlangsung di Murtadha Dakwah Centre (MADAD), di Sungai Petani pada Sabtu menarik ramai pengunjung untuk hadir ke program agama itu.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak dalam kemaskininya memaklumkan
jumlah mangsa turun kepada 3,454 orang berbanding 3,921 orang pagi tadi.
jumlah mangsa turun kepada 3,454 orang berbanding 3,921 orang pagi tadi.
Fokus Minggu Depan: Garis panduan, muhibah dan sensitivity
Ikuti ulasan Presiden ABIM, Ahmad Fahmi Mohd Samsuddin mengenai garis panduan bagi muslim yang mengikuti program anjuran bukan muslim dalam konteks kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia.
![Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat petang ini, Sarawak menurun Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat petang ini, Sarawak menurun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739012767_banjir.jpg)
Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat petang ini, Sarawak menurun
Sekretariat JPBN Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 721 daripada 212 keluarga pagi tadi.
Pesawat Bering Air yang hilang dijumpai terhempas, semua penumpang maut
Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) mengesahkan penemuan bangkai pesawat yang sepadan dengan keterangan sebuah pesawat dilaporkan hilang di pesisir barat Alaska pada Khamis, lapor Xinhua.
Trump sekat ICC: Beri isyarat Israel kebal undang-undang - Amnesty
Setiausaha Agung Amnesty International Agnes Callamard mengecam perintah eksekutif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengenakan sekatan terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), menyifatkannya sebagai tindakan "melulu" yang memberi isyarat bahawa Israel berada di atas undang-undang dan melemahkan prinsip keadilan sejagat.
Kinabatangan dilanda banjir terburuk dalam tempoh lapan tahun
Kinabatangan kini berdepan banjir terburuk dalam tempoh lapan tahun, dengan paras air melepasi tahap bahaya dan memaksa penduduk di beberapa kampung berpindah ke pusat pemindahan sementara.
![Canselor Jerman Scholz kecam dasar luar Trump Canselor Jerman Scholz kecam dasar luar Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738553906_TBOlafScholzjp.jpg)
Canselor Jerman Scholz kecam dasar luar Trump
Scholz mengecam cadangan Trump agar bantuan ketenteraan berterusan kepada Ukraine harus dikaitkan dengan akses kepada sumber asli negara itu.
![Kedah beri ganjaran RM60,000 kepada 24 atlet Kedah beri ganjaran RM60,000 kepada 24 atlet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707915771_Sanusi.jpg)
Kedah beri ganjaran RM60,000 kepada 24 atlet
Seramai 24 atlet Kedah yang mewakili negara di Sukan Komanwel Birmingham 2022 dan Sukan SEA Kemboja 2023 menerima insentif keseluruhan berjumlah RM60,000 daripada kerajaan negeri Kedah.
![Tiga badang negara mungkin tidak sertai Sukan SEA Kemboja Tiga badang negara mungkin tidak sertai Sukan SEA Kemboja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670915266_athletes.jpg)
Tiga badang negara mungkin tidak sertai Sukan SEA Kemboja
Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) Datuk Ayub Rahmat memberikan bayangan bahawa tiga badang negara, berkemungkinan tidak akan menyertai Sukan SEA Kemboja 2023.
![Atlet Selangor cemerlang di Sukan SEA, Komanwel 2022 terima insentif Atlet Selangor cemerlang di Sukan SEA, Komanwel 2022 terima insentif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71662505410_RajaMudaSelangorT.jpg)
Atlet Selangor cemerlang di Sukan SEA, Komanwel 2022 terima insentif
Insentif disampaikan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu majlis di Istana Alam Shah.
![Joe Ee mahu fokus pada pelajaran, janji tampilkan aksi terbaik di Sukan Asia Joe Ee mahu fokus pada pelajaran, janji tampilkan aksi terbaik di Sukan Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71660078637_NgJoeEe.jpg)
Joe Ee mahu fokus pada pelajaran, janji tampilkan aksi terbaik di Sukan Asia
Gimnas berusia 16 tahun itu berkata beliau tetap akan bekerja keras dan berlatih bersungguh-sungguh untuk Sukan Asia.
![Biar Tze Yong berjaya dengan caranya sendiri - Choong Hann Biar Tze Yong berjaya dengan caranya sendiri - Choong Hann](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81659286851_TzeYongNg.jpg)
Biar Tze Yong berjaya dengan caranya sendiri - Choong Hann
Ada pihak mungkin berpendapat atlet itu sudah bersedia untuk 'mencabar' jaguh perseorangan Lee Zii Jia.
![Senarai pemenang pingat Malaysia di Sukan Komanwel Birmingham 2022 Senarai pemenang pingat Malaysia di Sukan Komanwel Birmingham 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71660003877_Senaraipemenangpin.jpg)
Senarai pemenang pingat Malaysia di Sukan Komanwel Birmingham 2022
Disenaraikan nama-nama pemenang pingat bagi kontinjen Malaysia di temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022.
![Selamat tinggal Birmingham, kita jumpa di Victoria Selamat tinggal Birmingham, kita jumpa di Victoria](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51660000997_TBBENDERABIRMINGHA.jpg)
Selamat tinggal Birmingham, kita jumpa di Victoria
Dame Louise Marin menyifatkan Birmingham 2022 sebagai 'berani, menguja dan cemerlang' dan memberikan pujian kepada semua atlet.
![Sukan Komanwel: Tidak mahu leka dengan kejayaan hari ini - Pearly Sukan Komanwel: Tidak mahu leka dengan kejayaan hari ini - Pearly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81659994855_TBBADMINTONKOMANWE.jpg)
Sukan Komanwel: Tidak mahu leka dengan kejayaan hari ini - Pearly
Mereka masih mempunyai ruang untuk diperbaiki walaupun berjaya menyumbang pingat emas ketujuh Malaysia.
![Sukan Komanwel: Perjuangan membanggakan, Malaysia perbaiki kedudukan keseluruhan Sukan Komanwel: Perjuangan membanggakan, Malaysia perbaiki kedudukan keseluruhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81659994715_TBBADMINTONEMAS.jpg)
Sukan Komanwel: Perjuangan membanggakan, Malaysia perbaiki kedudukan keseluruhan
Malaysia menamatkan saingan di kedudukan 10 sekali gus memperbaiki kedudukan di tempat ke-12 pada edisi 2018.
![Beri peluang muka baharu, rombak program latihan - MOM Beri peluang muka baharu, rombak program latihan - MOM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71652337363_PresidenMajlisOlim.jpg)
Beri peluang muka baharu, rombak program latihan - MOM
Kebergantungan kepada atlet sedia ada pada temasya sukan empat tahun sekali itu perlu diubah.