BIRMINGHAM: Program latihan bagi atlet dari sukan boling padang, terjun dan olahraga perlu dirombak semula selepas mereka menampilkan prestasi membimbangkan pada Sukan Komanwel 2022 Birmingham di sini.
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berpendapat kebergantungan kepada atlet sedia ada pada temasya sukan empat tahun sekali itu perlu diubah dalam usaha mengangkat muka baharu mewakil negara pada masa akan datang.
"Pasukan terjun yang baru sahaja memenangi dua pingat gangsa di Kejohanan Dunia di Budapest baru-baru ini tidak dapat mengulangi prestasi mereka di Sukan Komanwel 2022 Birmingham.
"Penerjun negara lain yang lebih muda membuktikan program latihan di negara seperti England, Australia dan Kanada telah berjaya melahirkan ramai atlet pelapis berwibawa berbanding Malaysia yang masih mengharapkan muka-muka lama untuk bersaing," katanya pada sidang media mengenai rumusan prestasi kontinjen negara di sini, pada Isnin.
Bukan sahaja tidak berjaya menepati sasaran membawa pulang emas, kem terjun menerima tamparan hebat selepas ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong buat pertama kalinya gagal memenangi sebarang pingat dalam penyertaan pada temasya sukan berprestij itu sejak edisi New Delhi 2010.
Mohamad Norza berkata Persatuan Renang Malaysia juga perlu melihat program pembangunan sukan terjun di pelbagai peringkat bagi persediaan menghadapi temasya besar seperti Sukan Olimpik Paris 2024, Sukan Asia 2023 di Hangzhou China serta edisi 2026 di Aichi-Nagoya, Jepun selain Sukan Komanwel 2026 di Victoria, Australia.
Dalam pada itu, beliau menegaskan penyertaan atlet olahraga di peringkat Sukan Komanwel perlu dikaji semula memandangkan mereka masih tidak dapat mempamerkan prestasi diharapkan semasa bersaing di sini.
"Kita harus akur bahawa prestasi sukan olahraga hanya berlegar di peringkat Sukan SEA dan ini perlu diubah untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat lebih tinggi," tambahnya.
Katanya, jaguh lompat tinggi negara Nauraj Singh Randhawa tidak menunjukkan kesungguhan mempamerkan prestasi terbaik Birmingham selepas sekadar melepasi 2.05 meter (m) diikuti jaguh lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin yang tidak dapat memperbaiki catatan peribadi beliau serta kegagalan Andre Anura Anuar yang gagal membuat lompatan sah dalam lompat kijang lelaki.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara (MSN) Jefri Ngadirin berkata pendekatan latihan di luar negara oleh skuad boling padang selepas mereka berkampung selama sebulan di Birmingham menjelang temasya sukan itu perlu dikaji semula kerana ia mungkin sudah tidak relevan dan perlu mencari formula baharu bagi memastikan mereka kembali meraih emas di Victoria.
"Saya harap skuad boling padang dapat berani beri peluang kepada muka baharu, saya percaya struktur jurulatih mereka masih baik kerana mereka juga yang membawa kejayaan skuad negara di Glasgow 2014 dan Gold Coast 2018," katanya.
Pada temasya kali ini, skuad boling padang negara yang diletakkan sasaran satu emas menyumbang satu pingat perak dalam acara triples wanita (Nur Ain Nabilah Tarmizi, Syafiqa Haidar Afif Abdul Rahman dan Azlina Arshad) dan satu gangsa daripada Siti Zalina Ahmad bagi acara singles wanita.
Kontinjen negara meraih tujuh emas serta masing-masing lapan perak dan gangsa pada edisi di Birmingham 2022, menamatkan cabaran di tangga kesepuluh secara keseluruhan.
Pencapaian dilakar kontinjen negara itu sekali gus menyamai rekod tujuh emas dicatatkan mereka pada edisi 2018 di Gold Coast, Australia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 08 2022

Membentangkan rumusan prestasi kontinjen negara, Mohamad Norza antara lain menegaskan, penyertaan atlet olahraga di peringkat Sukan Komanwel perlu dikaji semula memandangkan mereka masih tidak dapat mempamerkan prestasi diharapkan. - Gambar fail
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas

Kedah beri ganjaran RM60,000 kepada 24 atlet
Seramai 24 atlet Kedah yang mewakili negara di Sukan Komanwel Birmingham 2022 dan Sukan SEA Kemboja 2023 menerima insentif keseluruhan berjumlah RM60,000 daripada kerajaan negeri Kedah.

Tiga badang negara mungkin tidak sertai Sukan SEA Kemboja
Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) Datuk Ayub Rahmat memberikan bayangan bahawa tiga badang negara, berkemungkinan tidak akan menyertai Sukan SEA Kemboja 2023.

Atlet Selangor cemerlang di Sukan SEA, Komanwel 2022 terima insentif
Insentif disampaikan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu majlis di Istana Alam Shah.

Joe Ee mahu fokus pada pelajaran, janji tampilkan aksi terbaik di Sukan Asia
Gimnas berusia 16 tahun itu berkata beliau tetap akan bekerja keras dan berlatih bersungguh-sungguh untuk Sukan Asia.

Biar Tze Yong berjaya dengan caranya sendiri - Choong Hann
Ada pihak mungkin berpendapat atlet itu sudah bersedia untuk 'mencabar' jaguh perseorangan Lee Zii Jia.

Senarai pemenang pingat Malaysia di Sukan Komanwel Birmingham 2022
Disenaraikan nama-nama pemenang pingat bagi kontinjen Malaysia di temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Selamat tinggal Birmingham, kita jumpa di Victoria
Dame Louise Marin menyifatkan Birmingham 2022 sebagai 'berani, menguja dan cemerlang' dan memberikan pujian kepada semua atlet.

Sukan Komanwel: Tidak mahu leka dengan kejayaan hari ini - Pearly
Mereka masih mempunyai ruang untuk diperbaiki walaupun berjaya menyumbang pingat emas ketujuh Malaysia.

Sukan Komanwel: Perjuangan membanggakan, Malaysia perbaiki kedudukan keseluruhan
Malaysia menamatkan saingan di kedudukan 10 sekali gus memperbaiki kedudukan di tempat ke-12 pada edisi 2018.

Beri peluang muka baharu, rombak program latihan - MOM
Kebergantungan kepada atlet sedia ada pada temasya sukan empat tahun sekali itu perlu diubah.