'Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran', itulah perumpamaan yang boleh digambarkan mengenai kegagalan skuad Harimau Muda A kendalian Datuk Ong Kim Swee untuk mempertahankan pingat emas pada temasya Sukan SEA edisi ke-27 di Myanmar yang menutup tirai secara rasmi pada Ahad.
Kegagalan pasukan bawah 23 tahun negara itu mempertahankan pingat emas buat kali ketiga berturut-turut selepas edisi 2009 di Laos di bawah kendalian Datuk K. Rajagobal sebelum momentum berkenaan diteruskan pada 2011 di Indonesia, ternyata menimbulkan pelbagai reaksi berbeza di kalangan beberapa pihak termasuk penggiat bola sepak, pemerhati serta jurulatih tempatan.
Rata-rata mereka berpandangan semua pihak perlu bekerjasama bagi memperbaiki mutu pasukan berkenaan untuk menghadapi edisi Sukan SEA 2015 di Singapura selain Malaysia sendiri yang menjadi tuan rumah pada 2017.
Skuad negara gagal meneruskan kemaraan ke peringkat akhir selepas tewas 3-4 kepada Indonesia menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada masa penuh perlawanan pada 19 Dis lepas.
Lebih menyedihkan, mereka turut kalah 1-2 kepada negara jiran, Singapura dalam perebutan pingat gangsa yang berlangsung di Stadium Zayar Thiri, kelmarin.
Thailand sebaliknya muncul juara acara 'ibu segala pingat' tersebut selepas mengalahkan Indonesia 1-0 pada aksi final.
Kegagalan Malaysia boleh dikaitkan dengan pelbagai faktor termasuk kecederaan beberapa tonggak utama termasuk Wan Zack Haikal Wan Nor dan Junior Eldstal dan sekaligus merencatkan perancangan Kim Swee yang terpaksa mengggunakan pemain yang ada dalam menggalas tanggungjawab mempertahankan pingat emas bola sepak Sukan SEA.
Kim Swee yang ditemui pemberita selepas perlawanan menentang Singapura, menyatakan rasa dukacita dengan kegagalan tersebut namun memuji kesungguhan yang dipamerkan oleh anak didiknya dalam memberikan tentangan sengit kepada pasukan-pasukan lain.
"Saya bukan ingin berdolak dalih mencari alasan bagi menutup hakikat kegagalan ini, namun kali ini kita tidak mempunyai pemain yang cukup kuat dan berpengalaman jika dibandingkan dengan skuad Sukan SEA 2011 dan 2009 yang rata-rata boleh disifatkan telah mempunyai tahap kematangan yang lebih tinggi," katanya.
Pengendali kelahiran Melaka ini tidak mahu menyalahkan mana-mana pemain atas kegagalan tersebut namun mengakui barisan pada kali masih muda dan belum didedahkan dengan kejohanan di peringkat antarabangsa.
"Sebelum datang ke Naypyitaw kita pincang sebelah kaki apabila barisan pemain utama seperti Wan Zack Haikal, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Syahrul Azwari Ibrahim, Nik Shahrul Azim Abdul Halim, Amer Saidin, Fandi Othman dan Gary Steven Rebbat tidak dapat bersama untuk membantu pasukan," katanya.
Kim Swee berharap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) harus mempunyai pemain pelapis daripada skuad bawah 19 tahun ke bawah bagi memastikan pasukan berkenaan tidak menghadapi masalah untuk mencari pemain yang mampu menggantikan pemain yang berdepan masalah kecederaan pada edisi 2015 di Singapura nanti.
"Dengan cara tersebut, pasukan akan mempunyai banyak pilihan pemain dan tidak hilang punca dengan kehadiran lebih ramai pemain," katanya.
Nada berbeza dilontarkan oleh Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong yang nyata kecewa dengan kegagalan skuad berkenaan untuk mempertahankan pingat emas.
"Apa pun alasan yang diberikan, kita tetap juga kehilangan satu pingat emas apabila skuad bola sepak kita gagal mara ke final dan terlepas pingat gangsa kelmarin," katanya.
Sementara itu, Pengurus Pasukan Datuk Seri Afandi Hamzah berkata walaupun gagal membawa pulang sebarang pingat pemain telah berjaya menunjukan peningkatan dari segi persembahan mereka walaupun rata-rata daripada mereka kali pertama berasksi di Sukan SEA.
"Walaupun mereka pulang dengan tangan kosong tapi mereka tidak memberi peluang mudah kepada pencabar apabila berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah sehingga perlawanan separuh akhir," katanya.
Harimau Muda menamatkan penantian selama 20 tahun untuk memenangi pingat emas dalam acara bola sepak lelaki selepas skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal menjuarai Sukan SEA 2009 di Vientiane, Laos.
Dua tahun kemudian, Kim Swee berjaya mempertahankan pingat emas itu selepas menewaskan Indonesia 3-4 menerusi penentuan sepakan penalti tetapi gagal mengulanginya pada edisi ke-27 temasya dwitahunan itu.
Bernama
Sun Dec 22 2013
Jurulatih Harimau Muda Datuk Ong Kim Swee kelihatan kecewa selepas tewas kepada Singapura pada perlawanan penetuan tempat ketiga dan keempat bola sepak Sukan Sea Myanmar ke-27. Harimau Muda tewas 1-2. --fotoBERNAMA
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
Ranking Harimau Malaya melonjak
Mengikut kiraan semasa tidak rasmi, Malaysia melonjak lima anak tangga daripada kedudukan 133 dunia ke kedudukan ke-128 dunia.
'Bola sepak Malaysia tidak gagal, anda yang gagal' - TMJ
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menganggap menguruskan sebuah kelab bola sepak bukan perkara yang susah jika pihak pengurusan bijak berbelanja.
Malaysia kini huni tangga ke-128 dunia, pintas Indonesia
Kedudukan ranking dan mata masih lagi boleh berubah bergantung kepada keputusan perlawanan seterusnya.
Tan Sri Ibrahim Saad banyak jasa dalam pembangunan bola sepak - Presiden FAM
Hamidin menambah Allahyarham juga banyak memberikan pendapat kepada rakan-rakan setugas demi pembangunan bola sepak tanah air.
FGV, NFDP kerjasama anjur Bright Cow Junior Cup 2024
FGV Holdings Berhad (FGV) dengan kerjasama Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) menganjurkan Bright Cow Junior Cup 2024 dan NFDP Carnival 2024 yang menyaksikan perlawanan sengit.
EPL: Kami tewas sekali lagi, kata Pep Guardiola kecewa
Ini kali pertama jurulatih kelahiran Sepanyol itu tewas dalam empat perlawanan sepanjang karier pengurusannya.
Piala Presiden 2024: Ubi muda JDT benam Selangor di MBPJ
Kedua-dua pasukan bakal membuat perhitungan sekali lagi dalam final kedua di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang pada Rabu depan.
Masa tepat TMJ pimpin FAM, Harimau Malaya - Safee Sali
Tunku Ismail disifatkan figura yang paling tepat dan berpengetahuan luas selain faham mengenai industri bola sepak negara.
Orang yang ada dalam industri bola sepak tak berfungsi - TMJ
Tunku Ismail menyifatkan mereka tidak mempunyai visi, komitmen, pengetahuan dan keinginan untuk memajukan bola sepak negara.